Kadangkala apa yang kita perlukan adalah masa berkualiti bersama sahabat baik sambil menikmati rawatan yang memanjakan. Dari rawatan kuku yang mewah hingga suasana spa yang menenangkan, setiap salon ini menawarkan pengalaman unik yang bukan sahaja memikat hati tetapi juga memberikan rasa relaxing yang mendalam.
Jika anda seorang pencinta kecantikan yang gemar bersantai sambil berkongsi momen berharga bersama ‘BFF’, EH! telah mengumpulkan pilihan salon kuku yang wajib anda cuba. Dari lokasi yang trendy hingga perkhidmatan yang first class, mari kita terokai salon-salon terbaik ini yang akan memastikan setiap kunjungan anda bukan sahaja menyegarkan tetapi juga penuh dengan pengalaman yang penuh bergaya.
7 Salon Kuku Yang Wajib Anda Cuba Bersama ‘BFF’;
1. The Nail Parlour
The Nail Parlour mula melangkah ke dunia kecantikan pada Januari 2006 di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, dan kini, mereka telah membuka 10 cawangan di sekitar Lembah Klang. Dengan vibe moden dan aesthetic, The Nail Parlour membawa salon kuku ke level yang lebih glam, menjadikannya ‘hotspot’ wajib singgah. Mereka menjanjikan produk dan servis kuku berkualiti tinggi yang fresh dan inovatif, dan sudah pasti dengan harga yang berbaloi.
Lokasi: 2nd Floor, 1 Utama Shopping Centre, Lot S113A, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10AM – 10PM
2. POSH Nail Spa
POSH Nail Spa memang terkenal dengan sentuhan mewah dan elegan. Diasaskan pada tahun 2010 dengan hanya dua kerusi, kini mereka telah berkembang menjadi tiga cawangan besar di Lembah Klang. Dengan kepakaran dalam menawarkan perkhidmatan manicure, pedicure, nail art, solekan, waxing, dan eyelash extension, POSH Nail Spa bukan sekadar salon, tapi destinasi kecantikan yang menjanjikan pengalaman glamor dan memanjakan diri!
Lokasi: 31, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM – 8PM
3. Nailed It
Sering menjadi pilihan selebriti dan pempengaruh digital, Nailed It adalah destinasi spa kuku yang menawarkan pengalaman santai dan moden. Dengan rawatan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden, salon ini mengekalkan standard dan kualiti yang tinggi. Dengan suasana yang mendamaikan, ia adalah tempat terbaik untuk anda melepaskan lelah dan menikmati detik santai, jauh dari kesibukan harian. Untuk anda yang mencari rawatan kuku yang segar, inovatif, dan versatil, Nailed It adalah pilihan sempurna.
Lokasi: Lot 2F-39, West Wing, 2nd Floor, Tropicana Gardens Mall No.2A Persiaran Surian, Tropicana Indah, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10AM – 10PM
4. Posh Belle
Sering dikunjungi oleh Athisha Khan dan Siti Hariesa, Posh Belle menawarkan perkhidmatan premium yang merangkumi facial, waxing, threading, hingga eyelash extension, yang membawa pengalaman kecantikan ke tahap yang lebih elegen. Setiap rawatan di sini menggunakan produk berkualiti tinggi, memastikan anda mendapat hasil yang memukau. jika anda mencari salon untuk memanjakan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki, Posh Belle adalah destinasi yang sempurna untuk anda!
Lokasi: 1st Floor, F 19, Ampang Point, Shopping Centre, Jln Memanda 3, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10;30AM – 8PM
5. Veniuvis (Parfait Ten Nail Spa)
Jika anda mencari pengalaman spa yang unik dan penuh seni, Veniuvis yang juga dikenali sebagai Parfait Ten Nail Spa, adalah destinasi yang wajib dikunjungi. Terletak di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Veniuvis menawarkan suasana yang cozy dan santai. Salon ini turut menyediakan pelbagai rawatan lain seperti waxing, facial, cupping, dan ear candling. Dengan sentuhan artistik dan suasana yang menenangkan, Veniuvis menjanjikan pengalaman kecantikan yang eksklusif dan menyegarkan.
Lokasi: 14, Jln Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10:30AM – 7PM
6. Golden File
Jika anda belum pernah ke Golden File Nail Salon di Mont Kiara, anda belum merasai pengamalan salon kuku yang sebenar! Terletak di kawasan elit Mont Kiara, salon ini menawarkan suasana yang tenang dengan ruang salon yang baru diperluas. Nikmati kerusi pedicure yang mengurut, bilik spa yang menenangkan, serta stesen kuku yang selesa untuk dirias. Golden File sentiasa memastikan setiap pelanggan mendapat rawatan terbaik dengan tahap kebersihan yang tinggi di salon mereka.
Lokasi: 1 Mont’ Kiara, 23A, 2nd Floor, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM – 9PM
7. Beauty Bar
Beauty Bar membawa rawatan kuku yang lebih mewah dan eksklusif. Di sini, anda bukan sahaja dapat menikmati rawatan waxing dan threading, tetapi juga rawatan manicure, pedicure dan tatarias kuku yang sempurna dalam suasana yang cozy dan moden. Beauty Bar adalah destinasi ideal untuk anda yang ingin tampil menawan sambil memanjakan diri dalam salon yang penuh aesthetic.
Lokasi: Plaza Damas, E-0-3, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10AM – 7PM
Artikel Berkaitan: 5 Spa Kesihatan Terbaik Dengan Harga Bawah RM100