28 hingga 30 Oktober, EH! berpeluang untuk terbang ke Singapura, menyertai previu koleksi Onitsuka Tiger musim Luruh/Panas 2025 secara eksklusif.
Minggu Fesyen Milan pada 18 September 2024, Onitsuka Tiger berjaya melancarkan Koleksi Musim Luruh/Panas 2025 koleksi segar mengenai pengembaraan dan penerokaan.
Mengangkat tema koleksi “Urban Beats,” Onitsuka Tiger mengambil pendekatan minimalis, menggabungkan praktikaliti dengan sentuhan muda dan nostalgia meresapi kesensitifan fesyen Generasi Z. Estetik androgini yang melangkaui jantina, mempamerkan perincian menarik pada helaian daripada renda hingga jaket safari berstruktur, mencipta gaya fesyen harian yang menjadi simbol evolusi.
Berpindah daripada sneaker ikonik mereka, Onitsuka Tiger memperkenalkan bentuk kasut baru musim ini, menampilkan clogs faux fur, square-toed pumps, loafers wide-soled dan sandal musim panas berlapis getah yang cukup selesa.