Musim perayaan adalah waktu untuk bersinar, mencipta kenangan, dan merayakan keindahan diri. Tidak ada yang lebih istimewa daripada memberi diri anda sedikit kemewahan, atau berkongsi kebahagiaan dengan orang tersayang melalui bingkisan kecantikan yang menyegarkan dan memikat.
Musim perayaan semakin hampir, dan tahun ini, EH! ingin mengajak anda untuk tampil lebih berseri dan anggun dengan cara yang lebih bermakna. Bayangkan betapa menariknya bibir yang berkilau, kulit wajah yang sihat berseri, dan rambut yang lembut bak sutera dan semuanya tersedia dalam koleksi bingkisan kecantikan yang sempurna dari Sephora ini.
Sama ada anda ingin mencipta momen glamor untuk diri sendiri atau mencari sesuatu yang istimewa untuk dihadiahkan, EH! telah senaraikan 7 bingkisan yang pastinya memenuhi keinginan anda tanpa melampaui bajet. Dengan pilihan produk di bawah RM250, tiada alasan lagi untuk tidak menghadiahkan diri anda sedikit kemewahan atau berkongsi detik gembira dengan tersayang. Semua ini pasti berbaloi untuk dimiliki!
Intai Tujuh Bingkisan Bawah RM250 Di Sephora;
1. Kosas The Wet Set: Juicy Jellies Trio (RM145)
Siapa yang tidak mahu bibir yang juicy dan memikat? Kosas memperkenalkan Juicy Jellies Trio, set bibir eksklusif yang memberikan kilauan dewy dengan sentuhan sheer yang mempesona. Diperkaya dengan bahan-bahan mewah seperti hyaluronic acid, peptides, dan minyak primrose, trio ini bukan sahaja melembapkan bibir, malah memberi efek bibir yang lebih penuh dan lembut. Dari warna slushy (merah ceri) yang ceria hingga cola (coklat) yang elegan, set ini memberikan kesan segar yang menjadikannya teman ideal untuk menyempurnakan penampilan anda di musim perayaan.
2. Sephora Collection: Moving Lights Mini Mania Set (RM169)
Kulit segar dan bercahaya adalah impian setiap orang, dan Sephora Collection Moving Lights Mini Mania Set adalah jawapan untuk impian itu. Set mini ini mengandungi lima produk penjagaan kulit yang dirumus khas dengan bahan semulajadi untuk memberi kelembapan mendalam serta mencerahkan kulit secara semulajadi. Dengan saiznya yang mini, ia sangat sesuai untuk dibawa dalam perjalanan percutian hujung minggu atau kegunaan harian. Ditambah lagi, set ini dilengkapi dengan mask silicon boleh guna semula yang mesra alam dan beg fleece glow-in-the-dark yang praktikal. Kini, anda boleh mendapatkan kulit yang bercahaya, segar, dan terhidrat, walaupun ketika sedang bercuti.
3. Rare Beauty: Mini Blush & Luminize Trio (RM182)
Rare Beauty sentiasa tahu cara untuk memikat hati, terutama apabila tiba musim perayaan. Mini Blush & Luminize Trio dari Rare Beauty adalah pilihan tepat untuk memberikan kilauan semulajadi pada wajah anda. Set ini hadir dengan soft pinch liquid blush dalam dua warna memukau virtue dan beloved serta positive light liquid luminizer dalam warna enliven. Trio ini memberikan efek bercahaya yang sempurna untuk menyerlahkan seri wajah anda, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin tampil fresh dan glowing, memberi sentuhan glamor yang mudah dibawa ke mana-mana. A perfect gift untuk anda atau orang tersayang!
4. Fenty Beauty: Glossy Posse VII Gloss Bomb Trio (RM212)
Tidak ada yang lebih memikat daripada bibir yang berkilau dari Fenty Beauty Glossy Posse VII Gloss Bomb Trio. Hadir dengan tiga warna ikonik seperti dragon mami, hot cherry dan fenty glow, trio ini menjanjikan kilauan sempurna untuk bibir anda, tanpa rasa melekit. Sama ada untuk penampilan yang standout di pesta perayaan atau melengkapkan gaya santai anda, set ini adalah pelengkap wajib dalam tas tangan. Ditambah dengan aroma peach-vanilla yang menggoda, setiap sapuan pasti memberikan sensasi yang manis dan memikat.
5. OUAI Better Together Holiday Duo (RM226)
Siapa yang tidak mahu rambut yang sihat dan berkilau tanpa perlu meluangkan masa berjam-jam di salon? OUAI Better Together Holiday Duo adalah set perawatan rambut yang bakal mengubah rutin kecantikan anda. Mengandungi detox shampoo yang membersihkan kulit kepala secara mendalam, ia menanggalkan segala kotoran dan minyak berlebihan, membuatkan rambut terasa segar dan ringan. Manakala, leave in conditioner memberikan kelembapan tahan lama yang diperlukan. Tak perlu lagi risau tentang rambut kusut. Rasai keajaibannya dan nikmati rambut yang sempurna tanpa perlu beranjak dari rumah.
6. Tarte: The Golden Era Amazonian Clay Collector’s Set (RM240)
Buat Pencinta solekan, ini untuk anda! Tarte Golden Era Amazonian Clay Collector’s Set adalah pilihan tepat untuk anda yang suka bereksperimen dengan pelbagai gaya solekan. Dengan 24 warna baharu yang meliputi matte, shimmer, dan metallic, set ini sangat versatil untuk mencipta penampilan dari natural hingga glamor. Sesuai dipakai ke majlis perkahwinan, perayaan atau keluar bersama teman-teman. Dari gaya solekan glamor hingga natural, set ini mudah dibawa, siap untuk digunakan bila-bila masa anda mahu dan mencipta penampilan baru.
7. Sol de Janeiro Rio Body Retreat Trio (RM245)
Ingin rasai pengalaman spa tropika setiap hari? Sol de Janeiro Rio Body Retreat Trio membawa sentuhan tropika dengan tiga produk perawatan tubuh yang memikat dengan brazilian bum bum cream yang membantu menegangkan kulit, sementara brazilian play body wash, memberikan kelembapan sepanjang hari. Set ini juga dilengkapi dengan cheirosa 62 perfume mist yang memberikan aroma pistachio dan karamel masin. Setiap sapuan membawa anda seolah-olah bercuti di pantai tropika. Sempurna untuk memanjakan diri selepas hari yang sibuk, atau untuk menikmati sentuhan mewah dalam rutin kecantikan harian anda.
Artikel Berkaitan: Raikan Percutian Anda Dengan 10 Produk Kecantikan Pilihan EH!