Anugerah Grammy ke-54 yang berlangsung gilang gemilang di Staples Center, California, Los Angeles Februari lalu menyaksikan kemenangan besar berpihak kepada penyanyi British, Adele apabila merangkul enam anugerah sekaligus.
Anugerah muzik berprestij ini turut menyaksikan penampilan fesyen anggun selebriti barat di Red Carpet sehinggalah persalinan untuk persembahan. Antara yang mendapat perhatian adalah selebriti yang tampil menggayakan busana daripada Giorgio Armani seperti Adele, Rihanna, Lana Del Rey dan hos anugerah Grammy kali ini, LL Cool J.
Biarpun anugerah Grammy ke-54 ini sedikit suram berikutan pemergian penyanyi terkenal, Whitney Houston yang meninggal dunia dua hari sebelum acara Grammy berlangsung, persembahan hebat dan bertenaga tetap ditampilkan daripada artis-artis terkemuka seperti Chris Brown, Adele, Rihanna, Bruno Mars, Coldplay, Katy Perry dan Nicki Minaj.