Anugerah Biduan Negara adalah penghormatan tertinggi dalam industri muzik Malaysia, dianugerahkan kepada penyanyi yang berjasa besar dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia seni hiburan tanah air.
Anugerah ini mula diperkenalkan sebagai satu bentuk penghargaan kepada artis yang telah memberi impak yang besar dalam industri muzik Malaysia, sama ada dalam bidang nyanyian, penggubahan lagu atau komposisi.
Selain Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang menerima anugerah ini, terdapat beberapa selebriti lain yang turut dianugerahkan Anugerah Biduan Negara atas sumbangan luar biasa mereka.
Pemilihan penerima anugerah ini berdasarkan kepada sumbangan yang berterusan dan pengaruh besar dalam industri muzik Malaysia, yang meliputi pelbagai aspek, termasuk penghasilan album, persembahan pentas dan impak terhadap generasi seni yang akan datang.
Setiap penerima anugerah ini bukan sahaja berbakat, tetapi juga memberikan inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus berkarya dan memartabatkan seni budaya Malaysia. Berikut adalah antara senarai penyanyi tersohor yang menerima anugerah ini:
1.Allahyarham Puan Sri Datin Sri Saloma
Allahyarham Puan Sri Datin Sri Saloma, isteri kepada Tan Sri Datuk P. Ramlee, juga adalah seorang tokoh besar dalam dunia seni suara.
Suara merdunya dalam lagu-lagu klasik seperti Bila Larut Malam dan Senandung Semalam menjadikan Saloma sebagai antara penyanyi paling disegani dalam sejarah muzik Malaysia. Anugerah Biduan Negara yang diberikan kepadanya adalah pengiktirafan atas bakat besar dan pengaruhnya dalam muzik.
2. Datuk Syarifah Aini binti Syed Jaafar
Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat muzik tanah air. Dengan suara yang memukau dan keupayaan untuk menyampaikan emosi dalam setiap lagu, beliau telah merakamkan lebih dari 700 lagu sepanjang kariernya.
Lagu-lagu hitsnya seperti Seri Dewi Malam dan Bunga Tanjung masih menjadi siulan peminat sehingga kini.