SAFETY FIRST:
Kenal pasti background penjual barangan sebelum anda membeli. Pastikan butiran penting seperti nama, alamat dan nombor telefon diperolehi atau jika ingin lebih selamat apa kata anda memilih penghantaran secara terus. Bukan saja memudahkan urusan malah anda akan rasa lebih yakin jika masih ingin berurusan pada masa akan datang. |
WELL PLANNED:
Semuanya di hujung jari! Anda buat pilihan dan anda juga yang menanggung kos pembayaran. Kaedah online shopping yang fleksibel memberikan anda masa dan peluang untuk merancang terlebih dahulu bajet perbelanjaan berbanding shopping di pusat membeli belah. Aturlah pembelian anda dengan bijak! |
SURVEY:
Antara advantage online shopping yang bagus kerana anda tidak perlu meninjau dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat perbandingan. Terdapat juga blog yang menyediakan product review yang memberi informasi tentang produk yang ingin dibeli. Sungguh mudah dan praktikal! |
CONFIRMATION:
Semak kod tempahan, slip pembayaran (bank transaction) saiz, warna dan harga barangan sebelum membuat bayaran. Semak juga tentang cara bayaran dan pengeposan. Ini bagi mengelakkan kesilapan berlaku kerana kebiasaanya penjual barangan online tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan. |