An AI (Eye) For Every Dream, satu acara yang dijalankan untuk menyelami dunia AI dalam membentuk era baru bersama SAMSUNG.
Pada 12 November 2024, acara eksklusif, An AI (Eye) For Every Dream ini berlangsung di Glasshouse at Seputeh. Dibawah satu syarikat Biz Of RE, acara ini dibawa oleh EH!, GLAM, GLAM LELAKI, Harper’s Bazaar Malaysia dan ICON.
Acara ini mengajak tetamu untuk menerokai dunia AI yang inovatif, dibawakan oleh SAMSUNG, bersama-sama kami dalam suasana yang interaktif dan mengujakan.
Kami ingin membawa tetamu ke dalam pengalaman yang menggabungkan teknologi canggih dengan kreativiti, di mana mereka berpeluang untuk memahami dan merasai sendiri bagaimana AI boleh mencipta, mengubah, dan memperkaya dunia seni dan kehidupan seharian. Dalam acara ini, setiap tetamu dijemput untuk menyelami potensi luar biasa AI, sambil menikmati pelbagai aktivasi yang direka khas untuk membuka minda dan memberi inspirasi.
Stesen EH!
Kolaborasi bersama jenama kecantikan lokal Handmade Heroes, stesen EH! mengadakan aktivasi beauty circle di mana tetamu boleh menggunakan teknologi AI pada telefon pintar SAMSUNG.
Ai Photo Assist membantu pengguna mengubah lukisan menjadi karya seni yang memukau menggunakan pilihan Sketch to Image melalui Edge panels atau menu Air command.
Stesen GLAM
Stesen GLAM mempersembahkan ‘LED wall’ istimewa, V.”AI”.P, yang menampilkan wajah-wajah tetamu dalam versi AI.
Tetamu juga berpeluang mengambil ‘selfie‘, mengubah gambar mereka menjadi versi AI menggunakan Potraits Studio, dan membawa pulang gambar tersebut sebagai kenangan.
Stesen GLAM Lelaki
Di stesen GLAM Lelaki, para tetamu berpeluang menyelami sisi kreatif mereka melalui aktiviti interaktif yang menarik,’The Identity Play’. Mereka perlu mengambil selfie dan menjawab kuiz yang dirancang khusus untuk mencerminkan personaliti unik masing-masing.
Hasil dari kuiz tersebut akan menentukan gaya seni yang sesuai untuk potret mereka, dengan pilihan seperti gaya Comic, 3D Cartoon, Watercolor, atau Sketch. Setiap tetamu akan menerima potret yang disesuaikan dengan jawapan mereka,dan dapat membawa pulang untuk dijadikan kenangan.
Stesen Harper’s Bazaar
Bekerjasama dengan Bowerhaus, stesen The Expression Lounge ini mewujudkan ruang santai memberikan pengalaman kreatif yang unik kepada para tetamu. Mereka berpeluang menghasilkan kustom phone charm yang direka mengikut cita rasa dan pilihan peribadi mereka, menjadikan aksesori telefon ini lebih istimewa dan bermakna.
Selain itu, tetamu juga dapat menikmati teknologi Sketch to Image, di mana mereka boleh mengambil selfie dan melihat bagaimana gambar mereka diubah setelah meraka lukis. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membolehkan mereka membawa pulang kenang-kenangan yang kreatif dan personal.
The Talk
Sementara tetamu menghabiskan masa di stesen-stesen yang dijalankan, terdapat sesi ‘talk’ bersama usahawan, Sid Murshid, mulidisciplinary artist, Dhan Illani, usahawan, Nelissa Hilman dan Kenny Hills Hospitality Group Managing Director, Kai Zen Au.
Stesen HWC Coffee
Sepanjang acara diadakan, terdapat stesen HWC, di mana tetamu boleh berseronok sambil minum kopi yang tersedia, sebanyak mana yang mereka mahu.
Secara keseluruhannya, Acara ini cukup meriah dan berjalan dengan lancar.
Baca: Mengungguli Teknologi AI, Ini Reviu Saya Terhadap Samsung Galaxy Z Flip 6