Sepanjang tahun 2024, beliau tidak hanya dikenali kerana keperibadiannya yang menyenangkan hati, tetapi juga kerana pencapaian besar yang menginspirasikan ramai orang.
Khairul Aming, seorang personaliti dan influencer popular di Malaysia, terus mencuri perhatian ramai dengan bakat, personaliti yang menarik, serta pencapaian luar biasa dalam dunia media sosial dan industri hiburan.
Tahun ini penuh dengan kejayaan yang menyaksikan beliau melebarkan sayap dalam pelbagai bidang, daripada dunia kulinari, media sosial hingga dunia perniagaan.
Sepanjang tahun 2024, Khairul Aming telah berjaya mencipta beberapa momen manis yang bukan sahaja memberi inspirasi kepada peminatnya tetapi juga meningkatkan lagi reputasinya sebagai seorang figura yang berpengaruh di dalam negara mahupun luar negara. Berikut adalah 5 momen terbaik Khairul Aming yang mencuri tumpuan sepanjang tahun 2024:
1. Jualan RM 1.2 juta Dendeng Nyet Berapi
Salah satu jenama makanan beliau, Dendeng Nyet Berapi, mencatatkan jualan luar biasa sebanyak RM1.2 juta dalam masa 3 minit 39 saat dengan jualan sebanyak 80,000 unit. Kejayaan ini mencatat jualan terpantas di TikTokShop Malaysia, sekali gus berjaya memecah empat rekod baharu.
“Pada majlis pelancaran itu, ada empat rekod yang kita pecahkan termasuk jualan RM1 juta terpantas, iaitu selama tiga minit tiga puluh sembilan saat, kedua kita dapat ‘peak views’ tertinggi di Malaysia iaitu seramai 222, 800 dalam satu-satu masa. Rekod ketiga kita dapat tontonan keseluruhan tertinggi iaitu seramai 3.4 juta dan rekod keempat kita dapat ‘clickthrough rate’ (CTR) tertinggi iaitu lebih daripada 400 peratus dan keempat-empat rekod ini adalah tertinggi dalam sejarah TikTok Shop Malaysia sehingga ke hari ini,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi TikToknya.
2. Duta TikTokShop Ramadan 2024
Selepas melakar satu lagi kejayaan apabila menerima Anugerah Ikon Inspirasi sempena Sidang Kemuncak TikTok Shop 2023, Khairul Aming menerima satu lagi penghargaan apabila dirinya dilantik menjadi Duta TikTokShop Ramadan 2024.
Turut berganding bersama Nelly sebagai rakan pasukan Duta TikTokShop Ramadan 2024, duo ini berjaya membantu TikTokShop Ramadan 2024 mencapai pertumbuhan sebanyak 137% dari segi kandungan Ramadan-Raya berbanding 2023.
3. Malaysia Book of Records
Atas kejayaan Dendeng Nyet Berapi yang mencatatkan jualan luar biasa sebanyak RM1.2 juta dalam masa 3 minit 39 saat pada bulan Februari 2024, Khairul Aming menerima Malaysia Book of Records di Central Market.
4. Perdana Menteri New Zealand
Satu lagi momen manis, Khairul Aming diundang bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang ketika itu sedang berada di tanah air sempena rangka lawatan rasmi Malaysia-New Zealand.
Seiring itu, beliau turut mementaskan tanda aras baharu dalam konteks masakan digital menerusi penggambaraan video selama sembilan episod di New Zealand.
5. HALAL oleh JAKIM
Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi keluaran pempengaruh terkenal, Khairul Aming akhirnya menerima pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 20 November 2024, terus membuka peluang untuk memasarkan produk ke pasaran luar dengan lebih meluas.
Memasuki usia lima tahun dalam industri e-dagang dan juga pengilangan makanan di Kota Bharu, beliau sedang fokus untuk menghasilkan produk ketiga yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.
Baca : #EHTOP25 Aina Abdul