Berlangsung pada 23 November, suasana di Kaunter Burberry Seibu, The Exchange TRX, berbaur keharuman mempesona dan kecantikan penuh gaya apabila EH! bersama Burberry menganjurkan bengkel eksklusif EH! X Burberry Goddess. Acara ini menyaksikan kehadiran pembaca setia EH! dan EHsociates yang diraikan dengan penuh istimewa bersama model cantik, Nia Atasha dan jurusolek profesional, Ummi Nasir.
Burberry, jenama mewah yang terkenal dengan rekaan yang ikonik dan elegan, pastinya tidak asing lagi buat pencinta kecantikan mewah. Baru-baru ini EH! telah mengajurkan bengkel eksklusif yang membawa pembaca setia kami menyelami dunia haruman Burberry Goddess dan teknik solekan profesional. Dalam sesi ini, pembaca Setia EH! berpeluang mempelajari cara memadankan haruman mempesona dengan solekan elegan yang menjadikan mereka tampil lebih anggun bersama Nia Atasha dan Ummi Nasir
Acara ini dimulakan dengan perkongsian menarik daripada Nia Atasha, yang berkongsi rahsia dan tip kecantikan peribadinya. Nia turut mendedahkan bagaimana dia memilih haruman Burberry Goddess sebagai pelengkap gaya hariannya. Kehadirannya yang menawan bukan sahaja mencuri tumpuan tetapi juga memberi inspirasi kepada para pembaca setia EH! untuk lebih yakin dan bergaya.
Sesi diteruskan dengan demonstrasi solekan oleh Ummi Nasir, yang memperlihatkan teknik solekan elegan yang mudah dipadankan dengan pelbagai gaya. Dari trik menonjolkan fitur wajah hingga cara menggunakan produk dengan tepat, Ummi memastikan setiap pembaca membawa pulang ilmu yang bernilai. Sentuhan magisnya berjaya menyerlahkan kecantikan semula jadi pada model, sekaligus melengkapkan konsep keanggunan Burberry Goddess.
Acara ini tidak hanya berakhir di situ. Setiap pembaca setia yang hadir diraikan dengan cenderahati eksklusif daripada Burberry. Selain itu, suasana intim bengkel kecantikan tersebut membolehkan peserta berinteraksi lebih dekat dengan Nia Atasha dan Ummi Nasir, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna.
EH! amat berbangga dapat menganjurkan acara yang mendekatkan pembaca dengan jenama ikonik seperti Burberry. Kami berharap setiap peserta pulang dengan keyakinan baharu, bersama haruman dan solekan yang melambangkan gaya elegan mereka.
EH! ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan acara ini. Nantikan lebih banyak bengkel eksklusif bersama EH! yang pastinya akan memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Artikel Berkaitan: Sertai Pengalaman Kecantikan Mewah Di EH! X Burberry Goddess