“Pemerah pipi adalah produk mekap yang paling kerap saya gunakan. Jika saya boleh memilih satu langkah dalam rutin kecantikan harian, saya memilih pemakaian pemerah pipi kerana pemerah pipi mempunyai cara ajaib untuk membuat sesiapa pun kelihatan ‘lively’,”- Ameera Khan
Pempengaruh fesyen dan kecantikan, Ameera Khan melancarkan jenama kecantikan baharu yang dinamakan sebagai ellemkay, yang mana saya percaya nama tersebut adalah singkatan kepada nama akaun Instagram miliknnya @littlemisskhan. Dan ternyata betul telahan saya apabila Ameera sendiri mengakui ramai pengikutnya merujuknya sebagai LMK.
“Saya ingin menciptakan sesuatu yang mudah. Saya juga memilih ellemkay berbanding huruf LMK itu sendiri kerana saya mahu ia menjadi sesuatu yang sukar untuk dijangkakan. Kebanyakan orang yang mengikuti saya di laman sosial mengenali saya sebagai LMK, tetapi mengejanya sedemikian menambah kelainan sambil mengekalkan sentuhan dan rasa yang sama. Rasanya lebih peribadi dan tersendiri.”
Pembukan kepada jenama ini, Ameera memilih untuk melancarkan pemerah pipi versatil Baby Blush. Ada sebab mengapa dia memilih pemerah pipi sebagai produk debut kerana dia inginkan sesuatu yang minimalis, mudah digunakan, dan sangat comel — sesuatu yang dia sendiri gunakan setiap hari.
“Baby Blush dari ellemkay menonjol kerana ia direka supaya mudah digunakan, versatil, dan sempurna untuk penggunaan sehari-hari. Teksturnya ringan, lembut, dan mudah untuk dibentuk. Pemerah pipi ini juga sangat mudah dipakai — saya hanya menggunakan jari sahaja,’ kongsinya.
Menariknya, menurut Ameera logo ellemkay dihasilkan daripada tulisan tangan ibunya sendiri.”Mama menulis di jurnalnya tentang perancangan ellemkay, dan ketika saya melihatnya, saya terus terfikir, ‘Ini mesti menjadi logo saya.’ Rasanya sangat ‘personal’ dan bermakna, dan saya suka yang logo ini memiliki sentuhan ibu saya — rasanya seperti sebagian kecil dirinya ada dalam jenama ini.”
Baby Blush hadir dalam dua ton iaitu Kisses dan Darling. Baby Blush sesuai untuk semua jenis dan warna kulit, lantas menjadikannya sebagai salah satu item yang pantas menyempurnakan solekan, paling tidak membuatw ajah anda lebih berseri-seri. Produk ini juga bebas bahan pewangi jadi ia amat sesuai untuk semua termasuk yang berkulit sensitif. Teksturnya ringan dan mudah sekali diratakan pada kulit, tidak melekit malah melembap.
Baby Blush sudah dilancarkan semalam dan boleh dibeli secara dalam talian di ellemkay-shop.com