Ramai selebriti Hollywood akhirnya membawa hubungan mereka ke langkah seterusnya dengan bertunang pada tahun 2024.
Baru-baru ini, Selena Gomez dan Benny Blanco mencuri perhatian dunia maya dengan membawa kisah cinta mereka ke tahap yang lebih istimewa. Tiada yang lebih indah dan romantis daripada menyaksikan sebuah hubungan yang melangkaui sekadar status teman lelaki dan teman wanita.
Pertunangan selebriti yang semakin banyak tahun ini menjadi bukti bahawa cinta sejati benar-benar wujud, terutama apabila kita menemui seseorang yang tepat untuk melengkapkan hidup kita.
Selena Gomez dan Benny Blanco
Penyanyi terkenal Selena dan penerbit Benny kini mengumumkan pertunangan mereka! Pasangan ini, yang telah saling mengenali sejak sekurang-kurangnya tahun 2015, menggunakan Instagram untuk berkongsi detik manis di mana Benny melamar Selena, dan mereka kini merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Selamanya bermula sekarang…” tulis Selena, penyanyi itu sambil berkongsi gambar cincin berlian besar miliknya dan momen mesra mereka berpelukan. Selena dan Benny mula bercinta sejak awal tahun 2023.
Halsey dan Avan Jogia
My favourite couple! Hampir setahun selepas Halsey dan pelakon yang dikenali dalam siri Victorious, Avan Jogia mengesahkan hubungan mereka, Halsey mengumumkan di media sosial bahawa mereka telah bertunang.
Halsey juga berkongsi bahawa anaknya, Ender bersama bekas teman lelakinya sungguh rapat dengan Avan, membuatkan mereka sukar untuk berenggang.
Lady Gaga dan Michael Polansky
Siapa saja tidak kenal Lady Gaga, yang kini berusia 38 tahun mendedahkan bahawa dia telah bertunang dengan kekasihnya, Michael Polansky, semasa Sukan Olimpik Paris tahun ini.
Alexa Chung dan Tom Sturridge
Model Alexa Chung dan pelakon Tom Sturridge dilaporkan telah bertunang selepas percintaan mereka selama dua tahun.
Paris Jackson dan Justin Long
Anak perempuan Michael Jackson, Paris Jackson mengesahkan pada enam Disember bahawa teman lelakinya, yang juga rakan se-bandnya, telah melamarnya.