BeautyTok, komuniti kecantikan yang berpusat di TikTok, telah menjadi platform utama untuk pengguna berkongsi ulasan dan cadangan produk kecantikan.
Setting spray sudah menjadi produk wajib dimiliki oleh penggemar solekan terutama yang inginkan penampilan yang tahan lama tanpa perlu sentuhan berulang kali. Menutup tirai tahun 2024, BeautyTok (komuniti kecantikan di TikTok) telah mengesyorkan beberapa semburan tetapan terbaik yang patut dicuba.
Berikut adalah ulasan ringkas pilihan semburan tetapan atau setting spray 2024 yang sedang viral dan mendapat pengiktirafan di kalangan peminat kecantikan.
1. Milani Make It Last Setting Spray
Milani Make It Last Setting Spray terus menonjol sebagai salah satu pilihan kegemaran BeautyTok. Produk ini bukan sekadar hype tetapi ia adalah drugstore gem, semburan tetapan ini menawarkan perlindungan hingga 16 jam, memastikan solekan kekal segar sepanjang hari tanpa pudar atau bercapuk. Formula yang ringan memberikan kemasan matte lembut yang sesuai untuk semua jenis kulit, tanpa rasa kering.
Tip Penggunaan:
Gunakan teknik “layering spray”—sembur sedikit selepas bedak asas dan sebagai langkah terakhir untuk ketahanan maksimum.
2. ELF Stay All Night Micro-Fine Setting Mist
Satu lagi bintang dalam dunia semburan tetapan adalah e.l.f. Stay All Night Micro-Fine Setting Mist. Produk ini dikenali kerana formula yang dirumus khas untuk memberikan ketahanan sehingga 16 jam, produk ini menjadi pilihan bagi mereka yang mengutamakan keselesaan, kualiti dan harga yang berpatutan. Teknologi micro-fine memastikan semburan yang sekata, memberikan rasa ringan tanpa rasa berat.
Tip Penggunaan:
Sembur dari jarak 20-30 cm selepas selesai solekan. Untuk kesegaran tambahan, gunakan pada waktu tengah hari untuk “boost” solekan anda.
3. NARS Light Reflecting™ Makeup Setting Mist
Diformulasikan dengan bahan unik, Light Reflecting Complex yang membantu memantulkan cahaya, memberikan kulit anda kilauan semula jadi tanpa rasa berat atau melekit. NARS Light Reflecting™ Setting Mist bukan sekadar semburan tetapan, ia juga membantu memperbaiki tekstur kulit dari masa ke masa, menjadikannya pelaburan dua dalam satu—solekan dan penjagaan kulit.
Tip Penggunaan:
Goncang sebelum digunakan untuk mencampurkan formula dengan sempurna. Sembur secara lembut dari jarak 20-30 cm, fokus pada kawasan tengah wajah untuk efek bercahaya maksimum. Boleh digunakan sebagai penyegar sepanjang hari untuk meningkatkan seri kulit.
4. One/Size On Til Dawn Setting Spray
Dicipta oleh Patrick Starrr, seorang solekan artis terkenal, semburan tetapan ini diformulasikan khusus untuk memberikan hasil yang matte dan tahan lama, tanpa mengorbankan kelembapan kulit. Dengan teknologi anti-peluh dan anti-minyak, ia menyegarkan wajah dan memastikan solekan anda kekal sempurna tanpa perlu sentuhan semula.
Tip Penggunaan:
Goncangkan botol dengan baik sebelum setiap penggunaan untuk memastikan formula bercampur rata. Jauhkan botol kira-kira 10-12 inci dari wajah anda. Semburkan semburan tetapan dalam gerakan bulat untuk memastikan semburan yang sekata di seluruh kulit wajah.
5. L’Oreal Paris Infallible Lasting Mist Matte
Diformulasikan untuk tahan lama selama 36jam, ia menyegarkan wajah serta memastikan solekan kekal stabil, walaupun dalam cuaca panas atau lembap. Formula ringan, matte finish mengurangkan kilauan dan memberikan hasil matte yang sempurna. Format aerosol mikrohalus yang baru, diilhamkan daripada profesional, ia cepat kering dan aplikasi sekata tanpa meninggalkan titisan atau kesan!