K-Drama memang tidak pernah gagal mencuri perhatian penonton, dan ia terus menjadi fenomena yang besar bahkan di seluruh dunia. Dengan jalan cerita yang penuh emosi, setiap episod seakan membawa kita ke dunia yang penuh dengan drama dan keindahan. Ditambah pula dengan kemudahan platform streaming, K-Drama kini lebih mudah dinikmati oleh semua.
Tidak lengkap rasanya tahun 2024 tanpa menyaksikan deretan K-drama yang berjaya mencipta fenomena tersendiri di kalangan peminat drama Korea. Tahun ini memperlihatkan pelbagai karya hebat yang membawa penonton menyelami dunia penuh dengan emosi yang mendalam, konflik dramatik, dan jalan cerita yang benar-benar menarik.
Dari kisah cinta romantik yang membuai perasaan hingga ke thriller mendebarkan yang mencengkam minda, setiap genre menawarkan pengalaman menonton yang unik dan sukar dilupakan. Untuk itu, EH! telah menyenaraikan 7 K-drama terbaik sepanjang tahun 2024 yang bukan sahaja mencuri perhatian, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam di hati setiap penonton.
1. Queen of Tears
Drama Queen of Tears telah mencipta gelombang besar buat peminat K-drama. Merupakan antara drama yang paling dinantikan pada tahun 2024, dan ia tidak mengecewakan kerana setiap episod benar-benar membawa penonton melalui sebuah perjalanan emosi yang penuh, dengan gandingan dua bintang besar, Kim Soo-Hyun dan Kim Ji-Won.
Mengisahkan tentang hubungan antara sepasang suami isteri yang menghadapi pelbagai ujian dalam perkahwinan mereka, memberikan penonton sebuah pengalaman menonton yang penuh dengan konflik, kuasa dan kemewahan. Setiap episod dipenuhi dengan ketegangan, menjadikannya salah satu K-drama dengan tontonton tertinggi untuk tahun ini
2. Lovely Runner
Drama Lovely Runner telah mengangkat nama Byeong woo-seok menjadi salah satu hero paling hit untuk tahun ini. Menawarkan perjalanan cinta yang penuh dengan ketegangan dan emosi yang membekas. Mengisahkan tentang Im Sol yang dilakonkan oleh Kim Hye-Yoon, seorang wanita yang berusaha merentas masa untuk menyelamatkan kehidupan selebriti terkenal, Ryu Sun-Jae, dari kematian.
Drama ini menggabungkan elemen sci-fi dan romantik dengan cara yang unik, menyajikan kisah cinta antara Im Sol dan Ryu Sun-Jae, walaupun rintangan masa menjadi penghalang besar dalam hubungan mereka. Setiap episod Lovely Runner penuh dengan kejutan, dan perjalanan waktu yang berliku-liku memberi dimensi yang mendalam terhadap watak utama.
3. Gyeongseong Creature
Gyeongseong Creature adalah drama yang menggabungkan elemen sejarah dan ketegangan yang tiada henti, memberikan pengalaman menonton yang menegangkan dan penuh kejutan. Drama ini berlatarkan era sejarah Korea dan mengisahkan perjuangan untuk bertahan hidup dalam dunia yang penuh dengan makhluk berdarah dan misteri. Dibarisi oleh dua bintang popular, Park Seo-Joon dan Han So-Hee, Gyeongseong Creature membawa penonton ke dalam dunia yang gelap di mana ketegangan dan misteri menyelubungi setiap pergerakan watak utama.
Dengan aksi yang mendebarkan dan elemen seram yang kuat, drama ini pasti membuatkan penonton teruja dan tidak mahu berhenti menonton. Gyeongseong Creature menampilkan kualiti produksi yang sangat tinggi, dengan visual yang menakjubkan dan jalan cerita yang penuh dengan ketegangan. Bagi peminat genre seram dan sejarah, drama ini adalah wajib tonton.
4. A Killer Paradox
Mengangkat tema yang kompleks tentang moraliti, A Killer Paradox menyelami kedalaman persoalan tentang pembunuhan. Drama ini bermula dengan seorang pelajar kolej yang mendapati dirinya tidak sengaja membunuh beberapa orang, memulakan perjalanan yang penuh dengan ketegangan psikologi.
A Killer Paradox mengajak penonton untuk berfikir apakah tindakan membunuh seorang pembunuh dapat dianggap sebagai tindakan heroik atau sebaliknya. Dengan plot yang penuh debaran dan pergolakan emosi, drama ini menyajikan konflik yang sangat mendalam dan menarik, membuatkan penonton tertanya-tanya tentang garis pemisah antara yang benar dan yang salah.
5. Love Next Door
Love Next Door adalah sebuah drama yang mengisahkan tentang pertemuan tidak sengaja antara dua sahabat yang tinggal bersebelahan. Meskipun bermula dengan sebuah pertemuan yang ringkas, drama ini berkembang menjadi kisah cinta yang penuh dengan perasaan dan cabaran. Kedua-dua watak utama yang berbeza latar belakang ini belajar untuk menerima kekurangan masing-masing dan mencipta ikatan yang kuat dalam kehidupan mereka.
Dengan plot yang ringan tetapi penuh dengan perasaan, Love Next Door menawarkan kisah cinta yang menyegarkan di tengah-tengah dunia yang serba sibuk. Drama ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari kisah cinta yang hangat dan menyentuh hati.
6. Marry My Husband
Salah satu drama balas dendam terbaik 2024, Marry My Husband membawa kisah Kang Ji-Won yang dilakonkan oleh Park Min-Young, seorang wanita yang mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan sahabat baiknya dan akhirnya dibunuh oleh mereka. Setelah kematiannya, Ji-Won mendapati dirinya kembali ke masa lalu dan bertekad untuk membalas dendam.
Dengan plot yang penuh dengan ketegangan dan emosi, drama ini mengajak penonton untuk mengikuti perjalanan Ji-Won dalam memperjuangkan haknya dan menuntut balas atas pengkhianatan yang dialaminya. Park Min-Young membawa watak utama ini dengan penuh kehebatan, memberi dimensi yang mendalam terhadap karakter Ji-Won yang bertekad dan kuat.
7. Mr plankton
Tidak semua kisah cinta dalam K-drama berakhir dengan kebahagiaan, dan Mr. Plankton merupakan salah satu yang membawa pengakhiran yang pahit. Dari episod pertama, drama ini sudah memberi bayangan akan nasib tragis watak utamanya. Drama 10 episod hasil karya Jo Yong ini muncul di penghujung tahun sebagai sebuah siri yang berani mencabar format biasa dalam genre komedi romantik.
Mengisahkan Hae Jo lakonan Woo Do-hwan, seorang lelaki yang menghidap penyakit terminal, yang memutuskan untuk menculik bekas kekasihnya, pada hari perkahwinannya untuk mencari bapa kandung Hae Jo dalam sebuah perjalanan yang penuh huru-hara, gelak tawa, dan proses penyembuhan diri. Namun, tidak seperti kebanyakan drama romantik yang lain, Mr. Plankton tidak menawarkan keajaiban atau keindahan cinta yang mampu melawan takdir. Sebaliknya, ia menyerlahkan keindahan menerima kenyataan hidup, walaupun perit.
Artikel Berkaitan: 7 Filem Seksi Korea Harus Tonton Bersama Pasangan Anda