Banyak selebriti tanah air mewarisi darah campuran cina dan miliki raut wajah yang manis dan cantik.
Tidak terkecuali, dunia hiburan tanah air juga diperkaya dengan kehadiran selebriti Malaysia yang mempunyai darah kacukan atau keturunan Cina, yang menjadikan mereka unik serta menyerlah dalam industri seni dan hiburan.
Selebriti-selebriti ini bukan sahaja berbakat dalam bidang masing-masing, malah mereka turut membawa elemen budaya dan warisan keturunan mereka ke dalam kerjaya seni. Sama ada dalam bidang lakonan, nyanyian, mahupun pengacaraan, latar belakang mereka sering menjadi daya tarikan tersendiri yang menambah warna dalam karya-karya mereka.
Miliki raut wajah yang manis dan cantik adalah bonus bagi selebriti kacukan. Lihat 7 selebriti Malaysia berketurunan cina:
1. Tiara Jacquelina
Tiara Jacquelina, seorang pelakon dan penerbit terkenal Malaysia, merupakan figura seni yang cukup dihormati. Beliau mempunyai darah campuran Cina, Indonesia dan Myanmar.
Memiliki darah campuran dari bapa yang merupakan Cina Burmese dan ibu merupakan cina Indonesia, keunikan rupa paras dan bakatnya yang luar biasa telah menjadikan Tiara antara ikon seni tanah air. Salah satu pencapaian terbesar beliau adalah melalui wataknya dalam filem epik Puteri Gunung Ledang, di mana lakonannya terus diingati hingga ke hari ini.
2. Harris Baba
Dikenali dengan penampilan yang menyerupai penyanyi antarabangsa Zayn Malik, Harris Baba, seorang selebriti yang berasal dari Singapura ini mempunyai latar belakang keturunan campuran menarik iaitu Pakistan, Cina, dan Iran.
3 darah kacukan membuatkan Harris Baba memiliki rupa paras yang digilai wanita, dimana Harris memulakan langkahnya sebagai model sebelum menceburi dunia seni hiburan di Malaysia sebagai pelakon dan penyanyi.
3. Jonathan Putra
Dilahirkan di Middlesbrough, England, tetapi dibesarkan di Amerika Syarikat, Jonathan Putra berpindah ke Malaysia untuk memulakan kerjayanya sebagai VJ di Channel V.
Pengacara popular rancangan seperti NTV7 Breakfast Show dan Life! Sessions ini memiliki darah kacukan Cina, India dan Inggeris membuatkan dirinya mudah menyesuaikan diri dengan budaya Malaysia.
4. Lisa Surihani
Merupakan ibu kepada tiga orang anak, Lisa Surhani mempunyai keturunan Bugis, Cina, India dan Arab. Beliau mewarisi darah Melayu daripada ayahnya dan darah Cina daripada ibunya.
Kecantikan dan personaliti Lisa sering menjadi perhatian ramai, dan beliau sering dihargai kerana bakatnya dalam dunia lakonan. Keturunan kacukannya juga memberikan keunikan tersendiri pada penampilannya.
5. Maya Karin
Maya Karin, pelakon terkenal di dunia hiburan Malaysia, mempunyai latar belakang keturunan yang menarik. Selain berdarah Jerman melalui bapanya, Maya juga mewarisi darah campuran Cina dan India Muslim dari ibunya yang berasal dari Pulau Pinang.