EH! meraikan ulang tahun ke-25 dan acara EH! TOP 25 dengan penuh kemeriahan di Jio Space, hasil kolaborasi bersama jenama kecantikan terkemuka, SEPHORA.
EH! 25 tampil dengan tema trendsetter melalui empat era: Y2K, gaya jalanan, sartorialist, dan trend era 2020-an. Tema ini dihasilkan sempena kelahiran EH! pada tahun 1999, dan masih relevan sehingga sekarang. Ia memberikan ruang kepada para tetamu untuk menonjolkan kreativiti dan keunikan gaya peribadi mereka mengikut era yang mereka gemarkan.
Berlatarbelakangkan Jio Space, acara ini dipenuhi dengan sentuhan glamor dan inovasi. EH! kongsikan gaya para selebriti lelaki pada malam yang meriah ini.