Kulit cerah, sihat, dan berseri bukan sekadar lambang kecantikan, tetapi juga petanda bahawa kulit dijaga dengan baik dari dalam dengan mengamalkan suplement terbaik.
Memiliki kulit yang cerah, sihat, dan berseri adalah impian orang ramai. Namun, dengan gaya hidup sibuk dan pendedahan harian kepada sinar UV, habuk, dan pencemaran, usaha untuk mendapatkan kulit idaman sering kali terganggu.
Selain penjagaan luaran seperti penggunaan produk penjagaan wajah, kesihatan kulit juga perlu dijaga dari dalam.
Di sinilah suplemen memainkan peranan penting. Dengan ramuan khas seperti kolagen, vitamin C, dan antioksidan, suplemen tertentu membantu mencerahkan kulit secara semula jadi, meningkatkan keanjalan, dan melindungi daripada kerosakan radikal bebas.
EH! kongsikan 5 suplemen terbaik yang dapat membantu anda mencapai kulit lebih cerah dan sihat dari dalam.
1. Flavettes Glow Effervescent Tablet
Flavettes Glow Effervescent Tablet merupakan suplemen popular yang mengandungi gabungan Vitamin C, Vitamin E dan Glutathione. Kombinasi ini membantu mencerahkan kulit, meningkatkan penghasilan kolagen dan melindungi kulit daripada sinaran UV. Vitamin C dalam suplemen ini menyokong imuniti tubuh sambil mencerahkan kulit, manakala glutathione mengurangkan pengeluaran melanin untuk kesan pencerahan yang lebih ketara.
2. Beauxlim Glo10+
Beauxlim Glo10+ adalah suplemen pencerah kulit yang diformulasikan khas dengan 10 bahan aktif premium, termasuk Glutathione, Vitamin C, Kolagen Marin, dan Ekstrak Buah-buahan.
Gabungan bahan-bahan ini membantu mencerahkan kulit secara menyeluruh, mengurangkan bintik gelap dan meningkatkan keanjalan kulit. Kolagen marin dalam suplemen ini menyokong struktur kulit, manakala glutathione bertindak mengurangkan pengeluaran melanin untuk tona kulit yang lebih sekata. Pastikan anda mengambilnya secara konsisten setiap malam, kerana waktu malam adalah masa terbaik untuk kulit menjalani proses pemulihan.
3. Shaklee Sustained Release Vita-C Plus
Sustained Release Vita-C Plus ialah suplemen vitamin C yang dirumus khas dengan teknologi hasil perlahan. Ini memastikan tubuh anda menerima bekalan 500mg vitamin C yang konsisten sepanjang hari untuk menyokong kesihatan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.
Formula Sustained Release Vita-C Plus™ mengandungi vitamin C bersama 120mg Kompleks Bioflavonoid Citrus yang diperoleh daripada bioflavonoid lemon, oren, dan limau gedang, serta Hesperidin, untuk meningkatkan fungsi penyerapan dan sokongan antioksidan. Pastikan anda minum air secukupnya untuk menyokong penyerapan vitamin C dalam tubuh.
4. ESP Shaklee – Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
ESP Shaklee (Energizing Soy Protein) adalah salah satu produk suplemen terkenal keluaran Shaklee yang menjadi pilihan ramai, terutamanya dalam kalangan individu yang mementingkan kesihatan dan kecantikan. Produk ini dirumus khas untuk menyediakan protein berkualiti tinggi berasaskan soya yang mampu menyokong pelbagai keperluan tubuh badan.
Dihasilkan daripada protein soya non-GMO yang bermutu tinggi, setiap hidangan ESP mengandungi 14 gram protein berkualiti yang mudah diserap oleh tubuh. Protein ini penting kerana ia berfungsi untuk membina dan memperbaiki tisu badan, termasuk kulit, otot, rambut, dan kuku.
Selain protein, ESP juga kaya dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia bebas daripada kolesterol dan rendah lemak, menjadikannya pilihan ideal untuk individu yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat. ESP membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan untuk kulit yang lebih anjal, cerah, dan sihat. Protein juga penting untuk menguatkan rambut dan mengurangkan keguguran.
5. Oxithion® Brightening
Menggunakan bahan aktif utama, L-Glutathione, yang terkenal sebagai antioksidan kuat, ia memberi manfaat pencerahan kulit dengan mengurangkan pengeluaran melanin, iaitu pigmen yang memberi warna gelap pada kulit.
Disokong oleh teknologi farmaseutikal yang memastikan penyerapan optimum ke dalam tubuh, aa hadir dalam bentuk suplemen oral, seperti tablet atau kapsul, yang mudah diambil sebagai sebahagian daripada rutin harian. Dengan penggunaan yang konsisten, ramai pengguna melaporkan perubahan positif pada tekstur kulit mereka, termasuk tona kulit yang lebih sekata, pengurangan bintik gelap, dan pencerahan semula jadi.