Dari aroma herba segar seperti basil dan oregano hingga keju cair yang melimpah di atas hidangan, setiap suapan membawa anda ke tengah-tengah negara Mediterranean yang terkenal dengan cinta terhadap makanan.
Restoran Itali kini menjadi pilihan ramai kerana ia menawarkan pengalaman kulinari yang penuh romantik dan keunikan rasa. Dengan pelbagai hidangan klasik seperti pasta ber-krim, pizza yang dibakar sempurna, hingga pencuci mulut tiramisu yang memikat, masakan Itali sentiasa menggamit hati mereka yang menghargai keaslian.
EHxperience kali ini membawa anda menerokai restoran Itali terbaik di Malaysia, yang menjadi pilihan eksklusif pengarang EH!. Dari suasana romantik yang memukau hingga ke sajian autentik yang dihidangkan dengan penuh seni, senarai ini pasti memenuhi selera pencinta makanan Itali.