Kini anda berpeluang merawat kulit dengan kesan seperti rawatan estetik profesional menggunakan Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule, serum yang mendapat sambutan hangat dari INNISFREE.
Apa trend kecantikan yang sedang rancak di Korea Selatan buat masa ini? Antara yang hangat diperkatakan ialah hypoallergenic, 20’s retinol untuk memudar kesan parut jerawat serta bahan-bahan aktif seperti PDRN, Exosomes, EGF dan Reedle shot (jarum mikro).
PolyDeoxyRiboNucleotide atau singkatannya PDRN adalah bahan yang sedang mendapat perhatian dan trending di Korea Selatan dek keberkesanannya dalam mencantikkan kulit. Ia adalah bahan yang diekstrak dari fragmen genetik atau DNA sel salmon, dimana ia bertindak sebagai healing booster untuk meningkatkan ketahanan kulit, menjadikannya lebih anjal, lembap, mulus dan menghasilkan ton kulit lebih sekata.
INNISFREE menemui alternatif lain yang lebih mesra kepada kulti dan alam sekitar. PDRN Teh Hijau™ adalah alternatif baharu yang memberi manfaat dan kesan sebaik PDRN salmon. PDRN Teh Hijau™ ini diformulasi menggunakan teh hijau dari Dolsongi Field yang terletak di Pulau Jeju, Korea Selatan.
PDRN Teh Hijau™ Atau PDRN vegan dalam ampoule ini yang juga dikenali sebagai lactobacillus lysate diekstrak daripada bakteria asid laktik. Ia mempunyai kesan yang sama seperti PDRN salmon yang mana ia boleh menyerap lebih dalam ke dalam kulit lantas merealisasikan impian anda untuk memiliki kulit yang anjal, diperbaharui serta terhidrat sempurna dan pastinya lebih muda.
BELAIAN KULIT LUAR DALAM
Bolehkah anda bayangkan bagaimana hebatnya apabila satu produk yang mengandungi PDRN yang sudah terbukti berkesan dalam membelai kulit, kini digandingkan pula bersama retinol. Dua bahan popular yang menjadi pilihan utama dalam mana-mana rawatan atau produk kecantikan kini disatukan menerusi produk terbaru INNISFREE, Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule.
Serum dengan cecair berwarna kuning air ini menawarkan penjagaan kulit secara dalaman serta luaran. Ia dimujarabkan dengan 1% Triple Retinol Complex yang mengandungi retinol bersama dua jenis retinoid untuk memulihkan tekstur kulit. Dan digabungkan dengan 56% PDRN Teh Hijau™ yang mempunyai formula unik untuk menaikkan seri kulit, menegang serta menganjalkan kulit lantas menjadikan wajah kelihatan lebih muda berseri.
Malah PDRN Teh Hijau™ lebih mudah diserap kulit dan serapan manfaatnya menembusi lapisan kulit lebih dalam berbanding PDRN yang diekstrak daripada salmon. Serum ini juga tidak mempunyai sebarang bahan yang diekstrak dari mana-mana haiwan, bebas paraben dan juga minyak mineral.
KESAN PENGGUNAAN
Secara klinikal, selepas empat minggu penggunaan, kulit 26% lebih berseri dan 42% perubahan pada saiz pori wajah. Dan area pori wajah juga 39% lebih baik dan pori yang jelas kelihatan sebelum ini 32% lebih mulus.
Dan hasil ujian HUT pula mendapati 94% kulit lebih anjal, tekstur kulit juga 94% lebih mulus dan 90% keseluruhan pori lebih rapat.
PENYERAPAN SEMPURNA
Retinol seperti yang kita tahu ia adalah bahan yang berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit. Garis halus dan kedutan antara tanda penuaan yang boleh dipudarkan dengan kesan retinol. Namun, ada juga yang masih ragu-ragu untuk menggunakan retinol kerana sesetengah orang mempunyai persepsi kulit mereka akan mudah mengalami iritasi apabila menggunakan retinol. Dan INNISFREE memahami tanggapan ini jadi mereka sangat berhati-hati dalam membentuk formulanya dengan panduan penggunaan yang betul .
Menggunakan teknologi serapan yang lebih rapi dan sempurna, Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule juga dilengkapi dengan formula iritasi rendah (low-irritation formula) yang membantu mencegah iritasi akibat penggunaan retinol. Dan formula ini sudah diuji keberkesanannya pada pelbagai jenis kulit, dari yang normal hingga yang sensitif. Ia mudah disapukan pada kulit dan ia meresap 3.4 kali lebih dalam ke lapisan kulit (terhad kepada lapisan epidermis).
PANDUAN PENGGUNAAN
Jadi bagaimanakah cara penggunaannya yang betul? Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule ini boleh dijadikan sebagai langkah ketiga dalam rejim penjagaan kulit, senang cakap ia adalah pengganti kepada serum anda.
Sapukan serum ini selepas wajah dicuci dan disapu dengan penyegar (toner). Lengkapkan langkah aplikasi selepas sapuan serum dengan aplikasi losen pelembap dan krim tabir suria.
Tapi, harus diingat jangan guna produk ini dengan mana-mana produk pengelupasan kulit (peeling) atau produk yang mengandungi AHAs, BHAs dan vitamin C yang tinggi. Dan elakkan pupur wajah LED atau sebarang alat mengurut muka.
Bagi penggunaan tujuh hari pertama, oleskan pada wajah sekali sehari sahaja yakni pada waktu malam, satu atau dua pam sudah memadai. Jika kulit terasa pedih atau mengalami kemerahan, redakan dengan sapuan pelembap. Selepas genap seminggu, barulah anda boleh menggunakan serum ini dua kali sehari, pagi dan malam.
Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule (RM168) sudah berada di pasaran dan anda boleh dapatkan informasi lebih lanjut tentang serum ini di pautan INI.