Kami bariskan 25 perkara menarik yang berlaku sepanjang berlangsungnya Malam Ulang Tahun EH! ke-25.
1- Antara ruang yang berjaya mencuri tumpuan dan menjadi buah mulut ialah photowall bersaiz mega. Dengan saiz 64 kaki x 11 kaki, photowall ini memaparkan 241 gambar rakaman editorial EH! Sejak dari awal penerbitan sehingga ke hari ini.
2- Malam ulang tahun EH! 25 tampil dengan tema ‘Trendsetter’ berserta kod pakaian yang lebioh variasi, dari era Y2K hingga ke trend semasa. Pemilihan ini seiring dengan tagline EH!, Relevan Merentas Era.
3- Sephora adalah rakan kerjasama utama untuk keraiaan ini, dan stor kecantikan ini turut membuka booth eksklusif untuk para tetamu ‘touch-up’ solekan dan dandanan mereka sepanjang acara berlangsung.
4- Terdapat banyak ruang bergambar dibina khas sebagai salah satu activation di acara ini. Terdapat empat bilik berlainan konsep untuk ‘fit check’, juga dua photobooth.
5- Adriana Adnan cukup profesional dan menghiburkan sepanjang mengemudi acara. Walaupun banyak perubahan di saat akhir dek kerana pelbagai persembahan kejutan, namun Adriana melunaskan tanggungjawab dengan cemerlang.
6- Sebelum acara bermula, Adriana Adnan sempat menemubual 11 selebriti di karpet merah. Antara selebriti yang sempat ditemubual untuk rakaman video eksklusif ialah Dayang Nurfaizah, Sofea Shra, Uyaina Arshad, Yaya Zahir dan Azrel Ismail.
7- M Resort Hotel menaja bilik penginapan buat empat penyanyi yang membuat persembahan malam itu.
8- Ernie Zakri membuka acara dengan lagu Yes, And nyanyian Ariana Grande diikuti lagu kedua ‘Anggapanmu’ yang dipopularkan oleh Ziana Zain. Menurut Ernie pemilihan lagu itu adalah sesuatu yang tepat kerana baginya Ziana Zain adalah seorang trendsetter.
9- Shalma Ainaa adalah salah seorang tetamu yang paling teruja bila Ernie menyampaikan lagu ‘Anggapanmu’, malah lensa EH! sempat merakam aksinya menyanyi bersama Ernie dari tempat penonton.
10- Nurfaizah memberikan eksklusiviti buat EH! apabila buat pertama kalinya dia mempersembahkan lagu ‘Mungkin Ke?’ sebuah lagu yang ditulis oleh Aisha Retno secara live di mana-mana acara.
11- Persembahan penutup oleh Hael Husaini adalah kejutan manis dari Hael buat EH! Dia menghubungi pengarah kreatif EH! Beberapa jam sebelum acara dan dia berkongsi hasrat untuk menyanyikan lagu ‘Kelentang Kelentong’ sebagai hadiah buat ulang tahun EH!
12- Hael Husaini membuat persembahan dari belakang audien dan diiringi oleh Sherry Alhadad, Indah Ruhaila, Marsha Milan dan penata gaya, Tym Fatimah sebagai penari pengiring.
13- Selain Hael, Aisha Retno juga mahu menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat EH! Dan persembahan lagu ‘Rockstar’ nyanyian asal Lisa menjadi pilihan team EH! selepas Aisha sendiri menyenaraikan beberapa buah lagu sebagai pilihan.
14- Kaka Azraff sepatutnya membuat persembahan lagu ‘Bawaku Pergi’ sebagi penutup persembahannya namun diubah saat akhir apabila Noki bersetuju untuk sama-sama menyampaikan lagu ‘Gila’ bersamanya. “Aku pun dah lama tak perfrom dengan Kaka,” kongsi Noki.
15- Yuna membuat kemunculan mengejut di acara ini. Dia merealisasikan kata-katanya yang mahu ‘sneak-in’ ke acara ini. Mungkin ada yang tidak tahu, Yuna adalah selebriti berhijab pertama yang menjadi cover girl EH! Dan EH! Juga merupakan majalah fesyen pertama yang meltakkan Yuna sebagai penghias muka depan.
16- Sembilan selebriti EH!TOP25 tidak dapat hadir memeriahkan acara istimewa ini atas komitmen kerja. Antara yang tidak hadir ialah Daiyan Trisha, Mimi Lana, Janna Nick, Dini Schatzmann, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hun Haqeem dan Mierul Aiman.
17- Walaupun tidak dapat hadir, Redza Rosli menghantar isterinya, Bella sebagai wakil pada malam tersebut. Bella hadir bersama aktres, Elvina Mohamad.
18- Aina Abdul berasa gemuruh apabila melihat ramai orang di pintu masuk, dan dia meminta izin untuk terus ke belakang pentas sejurus tiba.
19- Mimi Fly dan Miedy Daniel dipilih sebagai best-dressed pada malam tersebut. Menariknya, kedua-duanya menggayakan busana rekaan Masyadi Mansoor.
20- Seramai 20 selebriti dan pempengaruh fesyen termasuk pengarah kreatif EH!, hadir dalam koleksi musim bunga/panas Longchamp, lengkap dengan tas tangan. Antara selebriti yang menggayakan koleksi Longchamp ialah Adriana Adnan, Eyka Farhana, Yaya Zahir, Azira Shafinaz, Manggis, Sophia Liana, Sofea Shra dan Puteri Aishah. Dan sesi fitting bersama selebriti ini dialngsungkan enam hari sebelum acara di The Westin KL.
21- Walaupun acara sudah berakhir, ramai yang masih ramai tetamu masih berada di ruang acara untuk merakam gambar. Neeta, Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Eyka Farhana dan Sophia Liana masih duduk bersantai selepas acara tamat.
22- Siti Hariesa dan Hazeeq Dean terus ke parti EH! dari set di Genting Highland. Jazmy Juma turut hadir dari set yang sama namun tiba selepas acara tamat kerana penggambarannya habis lewat. Sikap komited mereka untuk sama-sama memeriahkan acara cukup kami hargai.
23- Sazzy Falak menunaikan janjinya untuk ke acara ini walaupun baru sehari dua pulih dari Influenza. “Dont worry, I dah lepas dari tempoh berkurung,” selorohnya. Dia hadir bersama Liyana Jasmay, Dynas yang turut ditemani anak gadisnya, Khyra.
24- Acara ini turut dihadiri lebih kurang 100 pembaca EH! Dan 35 #EHsociates (rakan content creator pilihan EH!).
25- Kemunculan Kaka Azraff bersama Adam antara yang mencuri perhatian di malam tersebut. Penampilan mereka berdua adalah satu berita gembira bagi semua peminat.
BACA: