Penyanyi sensasi Dua Lipa disunting sebagai wajah baru untuk kempen tas tangan Chanel 25. Video kempen ini dirakamkan di kota New York dibawah arahan Gordon von Steiner dan dilatari lagu “She Drives Me Crazy” oleh Fine Young Cannibals.
Kata Dua Lipa dia memang sukakan lagu tersebut. Ia bagaikan antem era 90-an yang ikonik, dan katanya lagi dia memang sukakan energi era tersebut. “Saya lahir di era 90-an dan zaman itu adalah inspirasi saya, baik dari fesyen, muzik atau pun filem. Lagu “She Drives Me Crazy” itu sendiri cukup tepat untuk gambaran atau ekspresi sebuah kebebasan yang membawa saya untuk merasai perasaan yang menyeronokan, raw dan memberontak,” luahnya.
Rakaman video untuk kempen ini terlebih dahulu dilancarkan dan ia dirakamkan di kota metropolitan New York, satu destinasi yang Chanel anggap menepati mood konsep kempen ini, sekaligus suasananya seiring dengan ritma muzik latar.
TENTANG CHANEL 25
“Saya obses dengan beg tangan ini. Bagi saya beg ini cukup sempurna untuk mereka yang selalu sibuk ke sana sini, dan juga orang yang perlu bawa barang yang banyak setiap masa. Beg ini ada banyak poket dan saya boleh isi barang-barang saya. Saya boleh isi beg ini dengan buku, kaca mata hitam, buku nota dan juga kristal saya. Ia memang beg yang sempurna untuk kegunaan setiap hari,” kongsi Dua Lipa.
Chanel 25 masih mengekalkan identiti Chanel dengan penggunaan rantai beg dan quilting. Beg ini juga hadir dalam tiga saiz berbeza, fleksibel dan praktikal.
Video kempen ini disempurnakan di bawah arahan Gordon Von Steiner. Manakala potret kempen ini diabadikan dari lensa jurugambar legenda David Sims dan hanya akan mula dilancarkan pada bulan Mac nanti. Excited!