Filem romantik bukan sekadar kisah di skrin, tetapi refleksi emosi dan kenangan yang pernah kita lalui. Setiap senyuman, air mata, dan debaran yang dirasai watak-watak ini sering mengingatkan kita pada detik manis, pahit, atau mungkin juga what if dalam hidup.
Hari Kekasih tidak lengkap tanpa sentuhan filem romantik yang penuh emosi, nostalgia, dan tentunya, cinta yang menyentuh jiwa. Filem-filem Indonesia sememangnya terkenal dengan jalan cerita yang dekat di hati, membuatkan kita hanyut dalam kisah-kisah manis, pahit, dan penuh kejutan. Sama ada anda mahu mengimbau cinta lama, menikmati kisah romantik, atau hanya sekadar melayan perasaan.
Oleh itu, EH! telah senaraikan tujuh filem romantik indonesia wajib tonton pada Hari Kekasih ini yang pasting membawa anda hayut dalam kisah cinta romantik yang penuh suka dan duka.
1. Ada Apa dengan Cinta?
Jika disebut filem cinta ikonik Indonesia, Ada Apa dengan Cinta? pasti ada dalam senarai teratas. Kisah cinta antara Rangga dan Cinta ini bukan sekadar percintaan remaja biasa, ia adalah rollercoaster emosi yang dihiasi dengan puisi yang menusuk jiwa, dialog penuh makna, dan babak-babak romantik yang terus melekat di ingatan.
Walaupun sudah lebih dua dekad berlalu dan sekuelnya muncul selepas lebih 10 tahun, filem ini tetap relevan dan menjadi rujukan bagi genre romantik hingga ke hari ini. Jika anda mencari kisah yang timeless dengan sentuhan nostalgia yang membuai perasaan, filem ini wajib ditonton berulang kali!
2. Eiffel… I’m in Love
Kalau anda membesar dengan filem romantik era 2000-an, Eiffel… I’m in Love pasti menjadi salah satu yang paling diingati. Filem ini berlatarbelakangkan kota cinta, Paris, mengisahkan Tita dan Adit yang pada awalnya saling tidak sebulu. Tita benci dengan sikap Adit yang dingin dan misterius, manakala Adit pula suka mengusik Tita tanpa henti. Namun, tanpa mereka sedari, benci bertukar rindu, dan mereka akhirnya jatuh cinta.
Lebih menarik, Eiffel… I’m in Love juga mengambil hampir 10 tahun untuk mendapatkan sekuelnya, membuktikan betapa ikoniknya filem cinta ini. Jika anda rindukan vibe cinta remaja yang penuh dengan rasa manis dan debaran, filem ini adalah pilihan yang tepat untuk tontonan semula.
3. Habibie & Ainun
Kisah cinta penuh sejarah dan inspirasi, Habibie & Ainun adalah bukti bahawa cinta sejati itu wujud. Mengisahkan perjalanan hidup BJ Habibie, bekas Presiden Indonesia, dan isterinya, Ainun, filem ini membawa kita menyaksikan bagaimana mereka melalui suka dan duka bersama, dari perjuangan membina impian hingga ke saat perpisahan yang mengundang air mata.
Lebih menarik, filem ini berkembang menjadi trilogi yang memberi perspektif lebih luas tentang perjalanan hidup Habibie selepas pemergian Ainun. Jadi, jika anda mencari filem yang boleh buat hati tersentuh dan mungkin menangis sepanjang malam, ini adalah pilihan yang tepat. Sediakan tisu secukupnya, kerana anda pasti akan perlukan!
4. Kapan Kawin?
Buat anda yang sukakan filem romantik dengan sentuhan komedi, Kapan Kawin? adalah pilihan yang tepat dimana filem ini mengangkat realiti yang sangat relatable mencerminkan realiti kehidupan moden dalam mencari keseimbangan antara cinta, keluarga, dan kebahagiaan diri sendiri.
Mengishakan tentang Dinda, seorang wanita bekerjaya, yang sering ditanya dengan soalan “kapan kahwin?” membuatkan dia nekad menyewa seorang lelaki bernama Satrio lakonan Reza Rahadian untuk berpura-pura menjadi teman lelakinya. Tanpa disangka, perasaan sebenar mula tumbuh ketika Satrio mengikut Dinda pulang ke kampung dan semakin rapat dengan keluarganya. Definitely a must-watch!
5. Teman Tapi Menikah
Pernah terjebak dalam friendzone atau tiba-tiba sedar yang sahabat baik sendiri mungkin sebenarnya the one? Kalau ya, Teman Tapi Menikah adalah filem yang akan buat anda tersenyum, tersentuh, dan mungkin juga overthink tentang seseorang.
Mengisahkan Ditto lakonan Adipati Dolken dan Ayu lakonan Vanesha Prescilla yang merupakan dua sahabat baik yang sering berkongsi rahsia, impian, dan detik-detik penting dalam hidup, tetapi tidak pernah terfikir bahawa ada perasaan lebih mendalam antara mereka. Dengan jalan cerita yang ringan tetapi penuh perasaan, filem ini adalah pilihan sempurna untuk sesiapa yang masih keliru sama ada ingin confess atau biarkan saja. Siapa tahu? Mungkin selepas menonton, anda akan dapat keberanian untuk melihat ‘sahabat’ dengan cara yang berbeza!
6. Dilan 1990
“Jangan rindu, itu berat. Kamu tidak akan kuat. Biar aku saja.” Siapa boleh lupa dialog ikonik yang menjadi fenomena ini? Dilan 1990 bukan sekadar kisah cinta remaja biasa, tetapi sebuah perjalanan penuh nostalgia yang membawa penonton mengimbau semula detik-detik manis ketika cinta pertama hadir dalam hidup.
Mengisahkan percintaan remaja yang penuh dengan surat cinta, puisi indah, dan kata-kata manis yang mampu mencairkan hati. Kisah cinta antara Dilan dan Milea berbeza daripada lelaki lain, Dilan mempunyai cara tersendiri untuk memikat Milea. Dengan kata-kata penuh puitis, janji-janji manis, dan kejutan yang pasti membuat anda tersenyum. Namun, cinta remaja tidak pernah semudah yang disangka. Konflik, cemburu, dan cabaran mula menguji hubungan mereka, membuatkan penonton turut merasai naik turun emosi mereka.
7. 172 Hari
Kisah cinta bukan sekadar tentang kebahagiaan dan janji manis semata. Filem 172 Hari mengisahkan perjalanan hidup Nadzira Shafa, seorang wanita yang dahulunya jauh dari agama, tetapi akhirnya memilih untuk berhijrah demi menjadi versi terbaik dirinya. Dalam perjalanan hijrahnya, Zira bertemu dengan Ameer Azzikra, lelaki yang bukan sahaja menerima dirinya dengan penuh kasih sayang, malah membimbingnya ke arah kehidupan yang lebih baik.
Perjalanan cinta mereka bermula dengan perkahwinan yang penuh kebahagiaan dan penuh kasih sayang. Namun, kisah cinta yang baru berputik itu akhirnya teruji apabila Ameer mula jatuh sakit dan pemergian Ameer, mula menguji Zira meninggalkan hati yang luluh tetapi jiwa yang semakin kuat.
Artikel Berkaitan: Hari Kekasih : Restoran Romantik di Kuala Lumpur