Camila Cabello nampaknya memulakan percintaan baharu, apabila dia dilihat keluar secara terbuka bersama ahli perniagaan Lebanon, Henry Junior Chalhoub.
Tahun baru membawa pengembaraan baharu, dan Camila Cabello sudah memulakan perjalanan terbarunya dalam cinta. Penyanyi itu baru-baru ini dilihat menuju ke parti selepas BAFTAs bersama teman lelaki yang dikhabarkan, Henry Junior Chalhoub, di London dan sehari sebelumnya, pasangan yang mungkin bercinta ini juga dilihat menghadiri parti pra-BAFTAs bersama. Nampaknya keadaan semakin serius!

Dikaitkan secara romantik sejak November 2024.
Khabar angin mengenai hubungan antara Camila Cabello, 27, dan Henry Chalhoub, 38, mula tersebar selepas kedua-duanya menghadiri parti selepas pertunjukan Elie Saab di Riyadh, Arab Saudi. Camila membuat persembahan di acara itu, dan menurut laporan, mereka dilihat meluangkan masa bersama di sana.
Mereka menunjukkan kemesraan secara terbuka semasa percutian di St. Barts.
Pasangan itu seolah-olah mengesahkan hubungan mereka pada 5 Januari 2025 ketika percutian di pantai St. Barts. Foto yang tersebar menunjukkan mereka berciuman, ketawa, dan berpegangan tangan. Ini merupakan paparan kemesraan mereka yang paling terbuka setakat ini, menandakan kemungkinan babak baharu dalam percintaan penyanyi itu.
Mereka berada di London bersama untuk BAFTAs pada Februari 2025.
BAFTA Films Awards berlangsung di London pada 16 Februari, dan pasangan itu telah dirakamkan menuju ke parti pra-BAFTAs bersama. Dalam gambar yang tersebar, kedua-duanya dilihat mengenakan pakaian serba hitam, Camila dalam gaun hitam dengan perincian manik dan beberapa potongan pada bahagian torso, manakala Henry memakai sut hitam dipadankan dengan kemeja putih berkolar terbuka.


Pekerjaan Henry Junior Chalhoub.
Menurut “The Tab”, Henry dilaporkan bekerja sebagai pengarah di Barents Reinsurance S.A., sebuah syarikat yang pakar dalam “penyelesaian insurans semula.” Peranannya merangkumi corporate governance, pengurusan risiko, dan perancangan strategik.
Henry berasal daripada keluarga perniagaan yang berpengaruh.
Kakak Henry, Souraya Chalhoub merupakan seorang pereka fesyen dan pengasas jenama Maison Souraya.
Pernah bersama dengan supermodel Joan Smalls.
Sebelum hubungannya dengan Camila, Henry dikaitkan secara romantik dengan supermodel Joan Smalls. Mereka pernah dilihat bercuti bersama pada 2020 dan 2021 di St. Tropez dan Portofino.
Dia menjalani kehidupan yang low profile dalam talian.
Walaupun berasal dari keluarga berpengaruh, Henry memilih untuk mengekalkan profil rendah di internet. Menurut The Cut, dia tidak mempunyai akaun Instagram yang terbuka kepada umum dan berjaya mengelakkan perhatian media, sehinggalah khabar angin hubungannya dengan Camila Cabello mula tersebar.
Baca: Dirakam Bercukup Mesra, Camila Cabello & Shawn Mendes Kembali Bersama?