Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2024 kembali untuk edisi ketiga, mengiktiraf pencipta kandungan digital dan selebriti paling berpengaruh. Bertemakan ‘Flex Your Art’, anugerah ini meraikan kreativiti dan ekspresi seni tanpa batas di dunia digital.
Anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 sekali lagi menyaksikan deretan selebriti tempatan serta pempengaruh digital tampil dengan gaya yang memukau di karpet merah. Oleh itu, EH! himpunkan beberapa gaya solekan yang mencuri perhatian kami yang pasti boleh dijadikan inspirasi buat anda.
Gaya solekan selebriti di GMWA 2024;
Scha Elinnea
Persis puteri kisah dongeng, Scha Elinnea tampil dengan aura elegan di GMWA 2024, menyarung gaun mewah rekaan Shanel Harun yang penuh pesona. Sentuhan ajaib Aqil Asri melengkapkan look-nya dengan solekan yang effortless tetapi tetap impactful. Kilauan shimmer lembut pada mata mencipta efek dreamy dan segar, manakala bibir rona merah jambu lembut menambah sentuhan feminin yang classy.

Malia
Malia mencuri tumpuan dalam busana biru yang memberi sentuhan regal yang penuh karakter. Wajahnya disempurnakan oleh sentuhan magis Zafiqha Zarif, menghidupkan gaya soft glam dengan kilauan berlian di mata yang diberi definisi dengan shimmer halus dan bulu mata yang lentik untuk mencipta efek solekan yang memukau dan berani, menjadikan keseluruhan penampilan Malia penuh karakter.

Yazmin Aziz
Penyanyi kacukan Melayu-Filipina ini tampil memukau dengan solekan yang disempurnakan oleh sentuhan magis @iamjojiemakeupartist. Eyeshadow berani dengan permainan warna-warna pop menjadikan matanya tumpuan utama, manakala bibir berona nude memberi keseimbangan sempurna untuk look yang elegan dan chic.

Anna Jobling
Dua tahun berturut-turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gempak Most Wanted, Anna Jobling sekali lagi membuktikan pesonanya di pentas glamor. Kali ini, dia memilih gaya sleek bun yang chic, menonjolkan keanggunan yang effortless. Solekan soft glam dari Gebriel Padan memberikan sentuhan segar dan berseri, mencipta aura feminin yang lembut dan classy, menjadikan wajahnya segar dan berseri sepanjang malam.

Erysha Emyra
Pelakon, Erysha Emyra hadir dengan aura edgy yang penuh attitude, menyarung busana serba hitam yang memancarkan look misteri yang glamor dan sentuhan smokey eyes dari Cuki Ajis menambah elemen dramatik, menjadikan penampilannya lebih tajam dan memukau. Untuk keseimbangan, gincu nude dipilih bagi memberi kontras yang moden, memastikan keseluruhan look kekal bold, sleek dan penuh karakter.

Artikel Berkaitan: Gaya Fesyen Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-39