Anugerah berprestij yang mengiktiraf pencapaian dalam dunia hiburan digital Malaysia, Gempak Most Wanted Awards 2025 kini kembali dengan taruhan nama pemenang yang sengit dan ini senarai pemenang keseluruhan.
Berlangsung pada 23 Februari 2025 di Auditorium MBSA Shah Alam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria, On Demand, Astro GO dan sooka, Gempak Most Wanted Awards 2025 berlangsung meriah dengan tema bagi tahun ini adalah “Flex Your Art”, yang menyeru para calon dan tetamu untuk mengekspresikan kreativiti mereka dalam fesyen dan seni.
Dress code rasmi ialah “Artwear”, yang memberi kebebasan kepada hadirin untuk menonjolkan gaya unik mereka dengan elemen seni. Acara ini dihoskan oleh Amelia Henderson, Sean Lee dan Sherry Alhadad. Antara barisan artis yang menghangatkan pentas ialah Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta kumpulan terkenal seperti Hujan dan Diskoria. Malah, Datuk Sheila Majid juga akan membuat persembahan istimewa!
Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2025
Pemenang Program Digital Tergempak 2024: Sterk Production
Pemenang Digital Creator (E-Sport) Tergempak 2024 : Pok Ro
Pemenang Digital Creator Tergempak (Entertainment) Tergempak 2024 : Ryan Fahmi
Pemenang Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024 : Fatih Hussein
Pemenang Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 : Sofeashra
Pemenang Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024 : Khairul Aming
Pemenang Lagu / Audio Tergempak 2024 : Aina Abdul
Pemenang Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024 : Amin Othman & Abid Othman
Pemenang Drama Tergempak 2024 : Syurga Itu Bukan Mudah
Pemenang Selebriti Tergempak 2024 : Anna Jobling
Pemenang Gempak Most Wanted 2024 : Anna Jobling