Dari seorang atlet yang lincah beraksi di gelanggang gimnastik dan ais, Sabrina kini mengukir nama sebagai content creator dalam dunia fesyen dan kecantikan. Di usia 26 tahun, gadis berbintang Libra ini telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang psikologi sebelum meneruskan minatnya dalam bidang fesyen di Fashion Institute of Technology, New York. Minatnya terhadap fesyen dan kecantikan memang sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi dan itulah yang mendorongnya untuk mula mencipta content di media sosial dan mula meraih perhatian ramai pengikut.

1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apakah yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rutin cantik anda dengan pengikut di media sosial?
Kecantikan bagi saya bukan sekadar penampilan, tetapi satu bentuk ekspresi diri dan self-care. Saya sukakan rutin kecantikan yang ringkas, hanya dengan sapuan lip gloss ia sudah membuatkan saya rasa more like myself. Apa yang menginspirasi saya untuk berkongsi tentang kecantikan adalah kepercayaan bahawa ia bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang rasa selesa dengan kulit sendiri. Jika saya boleh membantu seseorang rasa lebih yakin atau memudahkan rutin mereka, that’s what makes it all worth it.
2. Bagaimana anda mempersiapkan diri untuk acara besar atau photoshoot, terutama dari segi kecantikan?
Saya sentiasa akan memastikan kulit saya cukup terhidrat pada malam sebelum dengan memakai mask atau serum yang bagus. Keesokan harinya, saya akan luangkan masa untuk bersiap dengan tenang dan memastikan diri rasa tenang dan bersedia. Also girls, a little pep talk in the mirror never hurts!
3. Apakah rutin kecantikan harian anda yang tak boleh ditinggalkan?
Omg double cleansing, no matter what! Walaupun penat, saya tetap akan pastikan setiap sisa solekan dan skincare dibersihkan sepenuhnya. Kulit bersih adalah kulit yang bahagia!

4. 3 produk kecantikan yang wajib ada dalam beg anda
My Fresh sugar lip treatment (because dry lips… definitely a no-no), Huda Beauty lip liner dan mini YSL perfume!
5. Apakah langkah pertama yang anda lakukan selepas bangun tidur untuk menjaga kulit wajah?
WATER! Paling penting. Selepas tu, saya akan buat quick cleanse untuk segarkan kulit. Kalau ada lebih masa, saya akan guna cooling eye roller atau Medicube Age-R booster untuk lancarkan peredaran darah dan bagi kulit lebih berseri. Ini ritual pagi saya dan cara terbaik untuk reset dan mulakan hari dengan rasa segar dan terjaga!
6. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa tidak mengapa kalau ada hari yang rasa ‘off’. Kecantikan bukan sekadar tentang rupa, tetapi lebih kepada bagaimana saya rasa dari dalam. Daripada terlalu keras pada diri sendiri, saya pilih untuk fokus pada perkara kecil yang memberi ketenangan seperti self-care, bermain dengan kucing saya, pakai sesuatu yang buat saya rasa yakin, gaming, atau sekadar ambil masa untuk bertenang. Kadang-kadang, reset yang ringkas seperti wajah segar, playlist yang bagus, dan a moment to appreciate myself, makes all the difference.
7. Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada mereka yang baru hendak membina rutin kecantikan sendiri?
Keep it simple! Mulakan dengan asas dulu seperti cleanser, pelembap, dan sunscreen! Bila dah biasa, barulah tambah apa yang sesuai dengan kulit sendiri. Paling penting, jangan stress dengan trend. Apa yang benar-benar penting adalah apa yang buat YOU rasa baik dan yakin. Most importantly, sayangi diri sendiri kerana rutin kecantikan sepatutnya rasa seperti self-care, bukan beban.

Artikel Berkaitan: Chit-Chat Cantik: Qasrina