Menjelang Hari Raya, bukan sahaja baju dan solekan yang perlu dititikberatkan, tetapi juga penjagaan kuku agar kelihatan kemas dan berseri.
Hari Raya semakin hampir dan sudah tiba masanya untuk memberikan perhatian lebih kepada kecantikan diri, ps! Termasuk kuku yang cantik dan terjaga!
Sama ada anda gemar gaya minimalis atau mahu tampil lebih glamor dengan nail art yang memukau, rawatan manicure dan pedicure yang berkualiti akan memastikan kuku anda kelihatan sempurna pada hari lebaran.
Untuk pengalaman spa kuku yang terbaik, EH! senaraikan lima lokasi pilihan yang menawarkan perkhidmatan profesional dan suasana yang menenangkan.
Nikmati sesi rawatan yang bukan sahaja mencantikkan kuku, tetapi juga memberikan keselesaan dan ketenangan selepas sibuk membuat persiapan raya.
Dari rawatan mewah hingga ke kuku minimalis yang elegan, pilihan ini pasti memberikan hasil yang memuaskan.
1. Nailed It Manicure & Pedicure Lalaport
Jika anda mencari spa kuku yang menawarkan perkhidmatan yang elegan, Nailed It Manicure & Pedicure di Lalaport adalah pilihan yang tepat! Terletak di lokasi strategik, spa ini terkenal dengan servis profesional, penggunaan produk berkualiti tinggi dan teknik rawatan kuku yang teliti.
Dari classic manicure & pedicure hingga ke gel polish tahan lama serta nail art eksklusif, Nailed It memastikan kuku anda tampil sempurna menjelang Hari Raya. Ps, anda perlu cuba rawatan ‘Rose & Milk Foot Spa & Pedicure’ pada harga RM158, ia menyegarkan dan memanjakan kaki anda dengan belaian manja.
@nailedit.lalaport Your sign to treat yourself to a delicious Rose & Milk Foot Spa & Pedicure today 🌹 #nails #manicure #kualalumpur #NailedItLalaport
2. Lax. Retreat
Bukan sahaja mencantikkan tetapi juga memberikan ketenangan minda, Lax. Retreat adalah destinasi yang wajib anda cuba sebelum Raya!
Terkenal dengan konsep self-care dan wellness, spa ini menawarkan suasana minimalis dan moden yang membantu anda berehat sepenuhnya sambil mendapatkan rawatan kuku berkualiti tinggi. Di Lax. Retreat, anda boleh menikmati pelbagai rawatan seperti signature manicure & pedicure, gel polish premium, serta nail care treatment untuk memastikan kuku sihat dan berseri.
@athisha.khan went to a ladies-only spa, Lax Retreat, with the girls for a massage 🧖🏻♀️ love everything about this experience
3. Nicola Beauty & Salon
Dengan suasana salon yang elegan dan layanan mesra daripada pakar kecantikan profesional, setiap lawatan ke Nicola Beauty & Salon akan memberikan pengalaman yang menyenangkan dan memuaskan.
Konsep merah jambu dan perkhidmatan manicure & pedicure mewah, Nicola Beauty & Salon adalah tempat yang wajib dikunjungi sebelum Hari Raya!
@nicolabeautysalon Congratulations! You’ve found the beauty salon of your dreams — where every detail is perfection ✨💅 Book your appointment now at 0149711415 #nicolabeautysalon #nicola #nails #waxing #browsculpt #buffing #manicure #pedicure #nailart #manicurekl #browlamination #browtint #browsculpturekl #browsculpturemy #callustreatment
Baca : 5 Pelembap Bibir Terbaik Untuk Elak Bibir Kering Ramadan Ini