Serlahkan diri dengan koleksi sniker baharu dari lima jenama yang bukan sahaja stylish tetapi selesa!
Sniker adalah item yang sangat penting, terutamanya bagi mereka yang menyukai gaya jalanan dan sporty. Lebih daripada sekadar kasut, sniker telah berkembang menjadi elemen utama dalam dunia fesyen moden dan gaya hidup seharian. Dengan reka bentuk yang serba boleh, ia bukan sahaja digunakan untuk aktiviti sukan, tetapi juga menjadi simbol ekspresi diri dan pernyataan gaya yang mencerminkan personaliti pemakainya.
EH! bariskan lima sniker menjadi pilihan kami bulan ini, yang anda perlu ada!
New Balance X Miu Miu 530 SL leather sneakers
Gaya kulit vintaj eksklusif ini adalah hasil kolaborasi istimewa antara **Miu Miu dan New Balance**. Miu Miu memperbaharui sepenuhnya struktur asal, menjadikannya **ultra ringan**, sambil bermain dengan rekaan tali kasut dalam warna dan tekstur yang kontras. Logo jenama melengkapkan reka bentuk dengan sentuhan ikonik yang tersendiri.
Beli di sini.
FENTY x PUMA Avanti LS Stitched Sneakers Unisex
Ini adalah Avanti LS seperti yang anda belum pernah lihat sebelum ini. Hadir dalam dua warna yang berani dan menawan, Avanti LS Stitched menampilkan perincian crochet dan jahitan serta tapak getah klasik kasut bola sepak. Diilhamkan oleh kasut bola sepak lagenda PUMA KING, Avanti LS Stitched sedia untuk beraksi.
Menampilkan siluet yang diadaptasi dari kasut taekwondo klasik, sneaker ini membawa gaya martial arts ke pentas streetwear dengan sentuhan feminin yang lembut dan kontemporari. Diperbuat daripada material berkilat dengan kemasan satin dalam rona merah jambu pastel yang manis, ia menggabungkan elemen sporty dan elegan secara harmoni.
Beli di sini.
Coach SOHO Sneaker
Dengan siluet klasik bertemakan gaya sukan era ’90-an, Soho Sneaker daripada Coach ini menawarkan rekaan bersih dan sofistikated. Dibina daripada kulit berkualiti tinggi dalam rona putih krim yang elegan, ia menampilkan perincian logo “C” ikonik di bahagian sisi — memberikan sentuhan jenama yang halus tetapi tetap menonjol.
Beli di sini.
Golden Goose Mid Star
Mid Star dalam suede kelabu dengan bintang kulit berlapis merah jambu adalah gabungan elegan antara gaya dan keselesaan. Dikenali dengan reka bentuk ikoniknya, Mid Star ini mempamerkan material suede yang lembut dan tahan lama, memberikan tekstur yang menarik dan kemewahan pada setiap langkah.
Bintang yang terbuat daripada kulit berlapis merah jambu menambah sentuhan warna yang menonjol, memberikan kontras yang cantik dengan warna kelabu yang lebih neutral.