Dalam dunia penuh ekspresi dan kreativiti, pilihan solekan menjadi cerminan identiti diri. Sama ada memilih solekan natural yang sederhana namun memikat, atau artistik yang berani dan penuh karakter, Essence menjadi elemen utama yang melengkapkan penampilan dan personaliti seseorang.
Untuk “Ed & Eqa Series” kali ini, kami telah memilih untuk menggunakan produk daripada jenama kecantikan, Essence dalam mencipta dua jenis solekan yang berbeza. Eqa menampilkan solekan natural ke smokey eyes, manakala Ed pula menampilkan solekan artistik yang berani.
Menariknya, kami hanya menggunakan satu palet pembayang mata yang sama, namun berjaya menghasilkan dua tampilan solekan yang sangat berbeza dan menawan. Ini membuktikan betapa versatilnya produk kecantikan Essence dalam memberikan hasil yang luar biasa dengan hanya satu palet!
Lihat video penuh di sini.
the NUDE edition eyeshadow palette
Solekan Eqa ini sangat sesuai untuk penampilan harian, ringkas, elegan dan menyerlah. Hanya dengan menggunakan palet pembayang mata yang mengandungi sembilan rona nude berpigmen tinggi, solekan mata anda boleh disiapkan dalam sekelip mata. Setiap sapuan terasa begitu lembut dan halus, menjadikan mata kelihatan lebih bersinar dan memukau dengan rona-rona yang kaya dan berpigmen.
Daripada tona neutral yang lembut hinggalah kepada kemasan matte dan berkilau, palet ini benar-benar lengkap untuk mencipta pelbagai gaya solekan. Tambahan pula, saiznya yang ringan dan nipis menjadikannya sangat mudah dibawa ke mana-mana – sesuai untuk wanita moden yang sentiasa on-the-go.
I LOVE EXTREME crazy volume mascara
Untuk melengkapkan solekan matanya, Eqa memilih I Love Extreme Crazy Volume Mascara – maskara yang direka khas untuk memberikan efek bulu mata panjang dan lebat. Dengan berus plastik bersaiz ekstra besar, setiap helaian bulu mata diselaputi sempurna oleh tekstur maskara yang hitam pekat dan berkrim.
Berus elastomer yang fleksibel ini bukan sahaja membantu memberikan sapuan yang rata, malah mencipta kesan dramatik sejak sapuan pertama lagi. Hasilnya? Bulu mata yang kelihatan lebih panjang, tebal, dan memukau sepanjang hari.
ED
Produk Ed gunakan:
the NUDE edition eyeshadow palette
Bayangkan, hanya dengan satu palet ini, anda sudah mampu mencipta solekan mata yang artistik dalam sekelip mata. Saya menggunakan palet pembayang mata edisi NUDE yang mengandungi sembilan rona memukau. Dari tona neutral dan lembut sehinggalah kepada kemasan matte serta kilauan yang menawan, palet ini menawarkan pelbagai pilihan rona nude yang sempurna untuk melengkapkan solekan yang diingini.
I LOVE EXTREME volume mascara waterproof
Jika anda inginkan solekan mata yang tahan lama sepanjang hari, saya sangat menyarankan untuk melengkapkan solekan anda dengan maskara kalis air ini yang hadir dengan berus bersaiz ekstra besar. Maskara ini merupakan tambahan terbaharu dalam rangkaian popular “I Love Extreme Volume”. Ia direka khas untuk mereka yang menginginkan kesan volume yang ekstrem dan tahan lama.
Teksturnya yang kaya dengan pigmen hitam ultra mampu melapisi setiap helaian bulu mata dengan sempurna, sementara berusnya yang besar membantu memberikan kesan bulu mata yang lebih tebal, lebat, dan dramatik dalam sekelip mata.
Anda boleh dapatkan produk Essence di TikTok shop, Shopee dan Lazada