Scha Alyahya, nama yang tidak memerlukan sebarang pengenalan. Dia antara senior dalam dunia hiburan yang bijak merencana kerjaya, dia tahu bila dia perlu ke hadapan, bila perlu menarik selangkah ke belakang. Bagi saya tak ramai selebriti sepertinya, yang masyhur di kalangan penggemar hiburan arus perdana namun masih punya sisinya yang masih terlihat eksklusif.
Terbaru, Scha dilantik sebagai salah seorang Brave Beauties, satu inisiatif pintar yang dilancarkan oleh jenama kecantikan Wardah. Bergandingan bersama Elfira Loy dan Sharifah Rose, Brave Beauties adalah satu platform untuk menyebarkan mesej positif, ia bukan sekadar kempen kecantikan biasa-biasa.
Mac lalu pula Scha mencatat sejarah peribadi apabila jenama fesyen miliknya yang dinamakan sebagai Ayaya diperkenalkan. Tas tangan yang dinamakan sebagai ‘Hey June’ itu dipersembahkan dalam enam pilihan warna, dari hitam, biru, merah jambu hingga ke emas, semuanya tampil dalam kemasan metalik.
“Idea untuk memiliki jenama fesyen sendiri memang dah lama tapi saya tahu saya bukan designer. Saya menantikan right man yang betul, saya mahukan mutual partner yang juga tahu bagaimana nak navigate business. Lama menunggu, akhirnya tahun lepas saya tahu Yana (bekas Pengarang Fesyen EH!) available, jadi saya approach dia. Saya ada beberapa nama dalam fikiran tapi saya fikir, saya kenal Yana dah lama. Kita banyak idea bersama, bila dah banyak kali brainstorming kemudian baru kita buat keputusan untuk ada ofis sendiri.”
Bila ditanya bagaimana idea ini datang, ujar Scha semuanya bermula dari perbualan dengan arwah ibunya. “Saya ada cakap dengan my mom, saya teringin nak ada brand sendiri. Jadi my mom tanya, apa yang close to my heart. Sebelum ini ada bisnes yang saya buat tapi tak serius, one kaki in, one kaki out. My mom yang gerakkan hati saya untuk serius dan dia pesan untuk buat sesuatu yang dekat dengan hati saya, which is fashion. Bila ada sidekick yang betul, Awal pun serious about it, Alhamdulillah selepas setahun merancang akhirnya lahirlah Ayaya.”
Menurut Scha dia banyak diberi peluang untuk bekerja dengan banyak jenama, mengenali ramai stylist dan fesyenista, menghadiri pelbagai pertunjukan fesyen dan dari situ exposure untuknya kepada dunia fesyen sangat besar, dan bagi saya itu satu kelebihan baginya untuk merencana sesuatu bersaing dalam gelangang fesyen.
Secara peribadinya saya berpendapat penglibatan Scha dalam perniagaan fesyen adalah satu langkah terbaik melihatkan pengaruhnya dalam dunia fesyen tanah air yang sangat kuat. Tanyalah pada sesiapa, siapa ikon fesyen mereka, saya percaya nama Scha pasti ada dalam senarai. Lagi satu, pelancaran Ayaya juga berlaku dalam tempoh yang sangat tepat, kita berada di era sokongan kepada jenama lokal sedang memuncak. Diperhatikan sejak pasca Covid, banyak jenama lokal mula ke hadapan, baik fesyen, kecantikan mahupun makanan.
“Jenama lokal sudah mampu untuk provide head-to-toe, dari tudung, baju, skincare, mekap, kasut dan perfume, semuanya dihasilkan dalam kualiti yang bagus,” jelas Scha. Dan ini semuanya terbukti menjelang raya baru-baru ini, pelbagai jenama rancak melancarkan promosi mereka. Dan bila sudah banyak jenama, banyak jugalah persaingannya.
Melihatkan kerancakan jenama lokal, bagaimana Scha cuba bersaing?
Untuk Ayaya apa yang saya boleh katakan kita tak akan compromise bila menyentuh bab kualiti, kita nak produce sesuatu yang unik dan special, dan kualiti tetap jadi keutamaan. Kita ambil masa nak reka logo, buckle juga begitu, we really put much into it. Saya tak berani nak bercakap tentang persaingan berdasarkan satu koleksi ini saja, tapi dari koleksi ini kita sudah tahu siapa target market kita, faham our own DNA. Saya nak orang kenal Ayaya tu macam mana, dan kalau mereka nakkan sesuatu yang macam ini, mereka tahu mereka boleh cari di Ayaya. Sebagai sebuah jenama kita kena kuat dari segi DNA.
Tanggal 1 Mei bakal menyaksikan kemunculan Scha di layar lebar menerusi Telaga Suriram. Apa istimewanya karya ini yang membuatkan Scha tertarik?
Kenapa saya nak buat filem ini, nombor satu kerana Osman Ali. Saya dah lama nak bekerja dengan dia, dan dia juga sudah beberapa kali panggil dan kami selalu tak ada rezeki untuk bekerjasama, tak match. Telaga Suriram kita shoot sewaktu pandemik dan saya memang tiada komitmen apa-apa waktu itu. Saya diminta datang casting, bila dah diterima baru saya diberi skrip dan datang acting class.
Istimewanya projek ni kita ada masa sebulan untuk script reading and acting class, dan itu yang membezakan projek ini dengan naskhah yang pernah saya terlibat sebelum ini. Lagi satu watak badan beruniform memang dah sebati dengan saya tapi yang ini lain, dia banyak layers of acting dan Abang Osman tak mahu sesuatu yang dah biasa. Pengalaman shooting juga menarik, kami shoot di Perlis, Perak dan merata tempat lain, dan banyak kali juga kita stop and sambung.
Prosesnya panjang, banyak kali ditangguhkan, tetapi bagaimana Scha menjaga momentum?
Kalau dari segi rupanya rambut yang pendek dah jadi panjang.. hahaha. Tak susah sebenarnya sebab bila masuk set, bonding kita dah kuat, persamaan itu sentiasa ada. Kalau tersasar, Abang Osman ada, dia sangat bagus untuk bagi setiap cast faham. Lagi satu saya beruntung kerana ada Kak Ellie, dan acting class memang dengan dia. Even kalau ada hari yang saya tak berlakon, saya akan ke set dan tengok dorang shooting.
Okey Scha, Bids nak tanya soalan yang lebih general. Usia sudah melepasi angka 40, apa kelainan yang dirasai?
Kalau dulu bila orang kata kita cantik, kita rasa okey, kita suka dengan validation itu. Bila umur 20’s and 30’s kita berada di fasa yang struggling, kerana kita ada banyak expectation to meet. Kita kena work harder. Bukan bila dah masuk angka 40 kita tak perlu kerja kuat cuma kita dah sure dengan diri kita sendiri, you rasa less competition dan ini mungkin sebab kita dah selesa dan yakin di mana kita berada. You tak perlu risau ada orang jealous kalau ada orang kata you cantik, dan you pun tak perlu cemburu dengan generasi baru sebab kita ada our own category, it feels healthier.
Tapi saya tak cakap sewaktu kita in 20’s not healthy tapi environment and competition is tougher. Four series ini saya rasa lebih tenang, dulu kita kena work on ourself harder bukan sebab nak bersaing atau tearing up orang lain tapi kita nak prove ourself. Saya suka melihat generasi sekarang yang saya percaya tak mudah nak berada di dalam industri kerana mereka perlu gembirakan diri sendiri, penuhi expecation peminat dan family. Orang nak tengok media sosial you, more pressure, the game is different. Untuk sustain memang tak mudah. Orang hari ini tidak menilai bakat sahaja, mereka menilai as a whole. Dulu just me and media.
Bercakap tentang arus semasa yang makin mencabar termasuklah dengan teknologi, pernah atau tak Scha overthinking tentang cabaran yang bakal dihadapi Lara dan Lila in the future?
Honestly bila ada media sosial kita sudah membuka ruang untuk terdedah dengan dunia. Dulu mungkin ada tapi kita tak nampak, tambah dengan social issue membuatkan ia lebih challenging. Masa Scha dan Awal buka akaun Instagram Lara Alana, kami just buka saja, tanpa fikir apa-apa. Cuma baru-baru ini saya ada discuss dengan Awal tentang hal ini.
Lara tak ada access Instagram dia, cuma kadang-kadang saya bagi phone untuk dia tulis caption sendiri, then saya akan ambil balik telefon tu. Dia hanya akan ada phone Sabtu dan Ahad saja. Saya sangat berhati-hati kalau dia main Roblox sebab game tu ada chatbox. Lagi satu social skills Lara tak sama par dengan kawan-kawan dia yang lain disebabkan dia tak ada akses telefon, jadi dia agak struggle nak catch up dengan apa-apa yang kawan dia borakkan. Dia tak tahu apa yang tengah trending, apa yang orang tengah suka. Jadi, saya sendiri kena fahamkan diri untuk dia boleh bercakap dengan kawan-kawan dia. Memang ada banyak kontra untuk dia tak ada phone tapi saya percaya pro nya pun banyak juga.
Baru-baru ni saya ada cakap dengan Awal yang saya terfikir nak tutup akaun Instagram Lara, sebab benda yang dibuat (muat naik Instagram) bukan dia yang buat, kita yang buat. Bayangkan bila dia dah 16, 17 tahun, lepas habis sekolah , orang jumpa dia dan cakap ‘hey I know you, you do this, you do that, I remember you on Instagram’. Adakah benda ni akan backfire dia in the future.
Nowadays orang memang suka refer media sosial. Jadi saya rasa Lara tak aware dengan benda ini, dan tak adil untuk dia. Bagi saya benda ini satu yang serius yang saya dan Awal perlu bincang, kita tak pasti benda ni akan backfire dia in the future or not. Saya sedang fikir bagaimana nak navigate benda ni.
Maaf Scha, soalan ini mungkin agak sensitif. Bagaimana Scha mendefinisi ‘love’ selepas pemergian arwah emak?
Life is fragile. Kita tak perlu tua pun kalau kita nak meninggal. Life is very fragile dan kita tak tahu bila kita nak pergi. Even saya tengok ada kawan-kawan ada anak yang kena kanser. Hal macam ni buat saya berfikir, jaga selagi ada itu adalah moto saya hari ini. Kita memang appreciate dan jaga tapi yang penting adalah be present. Kita perlu betul-betul ada, bukan sekadar menguruskan anak-anak, bukan sekadar hantar ke sekolah, bawa bercuti atau bagi apa yang mereka nak semata. Bagi saya yang penting adalah untuk ada sesuatu yang akan buat anak kita ingat sampai bila-bila.
Bila my mom meninggal, Lara sangat lost, saya pun lost. Saya nak sangat ada benda yang kuat dengan anak-anak saya. Me and my mom dulu kita memang sayang each other dan kita sentiasa ada untuk satu sama lain. Saya dan my mom bukan jenis yang touchy touchy, kalau peluk yang kuat-kuat tu bila Raya saja. Kita berdua tak fizikal because my mom juga begitu. Kita tough love. Lepas my mom pergi banyak yang berubah, saya peluk anak-anak setiap hari, cakap I love you berulang-ulang dalam sehari. Saya dan my mom tak ada benda itu sebab kita tak ekspresif. Saya lihat Awal macam tu, dia ekspresif. Awal dengan anak-anak begitu, dengan parents dia pun begitu.
Sebelum ini saya tunjuk saya care dengan urus hal sekolah, manage head-to-toe, bukan dari segi emosi, saya nak sesuatu yang boleh penetrate perasaan mereka. Saya dan adik beradik sebelum ni tak cakap I Love You, bila kakak saya cakap I Love You saya pun awkward tak tahu nak reply apa sebelum ni. Sekarang baru saya faham, benda tu yang saya tak buat selama 40 tahun saya hidup, saya tak ekspresif, kalau ekspresif pun melalui teks saja.
Bila Scha rasa unsure dengan diri Scha atau dalam membuat pilihan, apa yang Scha lakukan?
Saya banyak bertanya dengan kawan-kawan dan saya ada seorang kawan yang saya boleh berbual dengannya tentang apa sahaja, dari segi agama, muzik, politik, isu sosial dan macam-macam lagi. Jika saya tak pasti dari segi spiritually saya banyak tengok orang-orang yang saya follow di Instagram, orang-orang ini adalah motivator, pakar psikologi, dan algorithm media sosial saya memang banyak kandungan begitu.
Dan saya banyak berborak dengan Awal semestinya kerana Awal adalah seorang yang sangat sure about himself. Saya ni boleh ke kiri, kejap ke kanan, saya sangat mudah berubah pendirian. Walaupun saya ada pandangan yang sangat kuat tapi ada benda yang tak pasti saya akan tanya Awal, my friend dan juga my dad. Tapi lately saya dah jarang tanya my dad sebab saya taknak beratkan kepala dia. Kalau hal-hal perhubungan saya akan tanya my sister.
Dalam keadaan bagaimana Scha Berrasa bebas dan yakin?
Bila usia saya mencecah 40 tahun! It feels great sebab kita dah tahu dan faham dengan diri kita. Saya rasa dah jadi pakar dengan hidup saya, rasa lebih yakin. Bila you tengok orang yang umur dah 40 ke atas, kita sendiri tahu orang tu dah pasti dan gembira di mana mereka berada sekarang. Kita dah pandai navigate emosi kita sendiri. Kita tahu bagaimana mengurus emosi, sebab masa muda kita huru-hara sebab emosi sendiri… hahaha!
Masa muda kita selalu kelam-kabut, overthinking dan kita cuba untuk control and try to manage everything sedangkan banyak benda akan berlangsung secara natural. Hidup memang dari dulu begitu cuma kita sebagai manusia kita tak tahu untuk approach. Bagi saya itu adalah sebagaian daripada proses kematangan juga.
Apa cabaran yang dihadapai oleh kebanyakan wanita hari ini?
Kita masih ada stigma yang perempuan tidak punya capability yang sama seperti lelaki khususnya dari segi karier. Tapi dari segi mengurus keluarga kita sangat hands on. Di luar sana wanita masih perlu bersaing dengan lelaki, jika dalam bidang hiburan bayaran artis wanita dan lelaki juga berbeza. Kita masih ada pemikiran yang perempuan seperti ini sepatutnya begini, perempuan begitu seharusnya begitu. Hari ini memang sudah ramai perempuan ke hadapan tapi bilangannya masih dianggap minoriti. Kita kena bekerja keras dua kali ganda berbanding lelaki.
Kalau you perasan wanita especially ibu mereka menguruskan segalanya 360 darjah yang adakalanya mereka meletakkan diri sendiri nombor dua. Kita sendiri tak pasti dengan diri sendiri tapi kita kena menyediakan segalanya untuk keluarga baik dari segi fizikal dan emosi, dan ini sudah berlaku sejak dulu lagi.
Benda ini berlaku sebab adanya expectation. Akan ada ‘eh awak tak buat ni ke?, eh awak tak provide ni ke untuk anak awak?’, dengan adanya group chat dan media sosial. Kita masih ada pemikiran yang menetapkan apa yang perempuan kena buat dan ada juga persepsi yang sama, ‘kalau perempuan bekerja mesti anak tak terjaga, kalau emak pergi travel anak mesti terbiar. Oh perempuan yang bawa kereta, oh marah-marah tu nak menopauslah tu’.
Bagaimana seorang wanita harus menunjukkan sokongannya kepada wanita lain?
Secara historically nya, sedar atau tak, dari dulu wanita memang digalakkan untuk bersaing. Dah lah kita kena compete dengan lelaki, kena pula bersaing sesama perempuan. Untuk tunjukkan sokongan adalah dengan kita memulakannya dulu. Saya memang tak nak wujudkan negative vibes dengan artis lain, saya tak nak main hirarki, dia senior kena macam ni, dia senior kena dilayan begitu. Benda begini siapa yang boleh ubah? Orang yang lama dalam industri macam saya. Saya yang kena say hi dulu. Sebab ada orang takut, kadang-kadang malu dan segan. Kadang-kadang orang ada insecurities tapi how I project myself supaya orang lain rasa selamat. Itu antara cara untuk kita support each other.
Bagi saya setiap selebriti akan ada prime time dia, dan kita kena cheer and support them. Celebrate mereka, and thats how you promote mentorship. Kita kena uplift each other dari berkelompok sana berkelompok sini. Kita dalam teknologi yang sama dan kita might know each other. Kita kena positif.
Bagaimana Scha melihat beauty standard di Malaysia?
Di Malaysia kalau kita perhatikan sudah ada diversity and inclusivity. Ada yang nampak dan ada juga yang masih terikut beauty standard lama. Kalau kita tengok mat saleh mereka sangat adore dengan Asian because of our skin tone, hair colour and features. We are getting there tapi belum secara total. Contohnya dari sudut dunia hiburan kita nak ubah heroin tak semestinya kena begitu begini. Kita mahu filem atau majalah ketengahkan orang yang boleh influence real people. Produser, editor dan senior macam saya yang kena educate benda ni.
Dulu whitening products sangat popular tapi sekarang slowly benda tu menghilang, dan orang banyah promote healthy skin. Sama juga dengan fesyen, orang bukan saja tambah saiz yang besar tapi makin banyak saiz untuk XXS misalnya kerana ada orang memang dilahirkan dengan tubuh yang kecil. Dulu orang selalu ada expectation untuk kita nampak muda, nowadays dengan wrinkles pun kita masih boleh nampak cantik. Orang dah mula redefine apa itu cantik.
Okey soalan terakhir, Scha dipilih sebagai salah seorang Brave Beauties, kerjasama dengan Wardah. Apakah mesej yang ingin Scha sampaikan menerusi platform ini. Apakah perbezaan yang mahu Scha bawa berbanding kolaborasi dengan jenama lain sebelum ini?
Apa yang Scha kenal Wardah, ia adalah sebuah jenama dari Indonesia yang sangat united. Mereka tidak meletakkan beauty standard tertentu, mereka berada di liga mereka sendiri. Apa yang saya nampak mereka suka dengan komuniti mereka sendiri, appreciate life dengan menganjurkan bermacam CSR dan mereka tak rush, sangat tenang.
Ia bukan sahaja jenama berbeza, objektif juga berlainan. Mereka nak berhubung dengan pengguna mereka secara emosi dan benda ini banyak persamaan dengan diri saya buat masa sekarang yang usianya sudah melebihi 40, saya mahu bawakan perubahan dan mungkin memberi sedikit inspirasi kepada generasi muda yang boleh relate dengan diri saya. Ia bukan sahaja tentang nak cantik saja, tapi berkaitan dengan keyakinan diri juga, memenuhi diri secara spiritual dan emosi. We go deeper, how do you feel, what do you want, where do you see yourself. Itu Wardah, tentang perkembangan dan kematangan diri.
Arahan Kreatif: Khairul Abidin, Fotografi: Bibo Aswan, Arahan Seni: Amirul Arif, Penata Gaya: Khairul Abidin & Erdina, Penyelaras Kandungan Digital: Farah Ain & Eqa Zulkifli, Solekan: Sahir Sabri (menggunakan Wardah), Pakaian: MAJE PARIS.
BACA: “Standard Kecantikan Memang Wujud, Ibarat Template Di Instagram,” – Bella Dowanna Halim