Kecantikan selebriti memang selalu menarik perhatian, kan? EH! kongsikan rahsia kecantikan tiga selebriti Malaysia yang tak ‘gatekeeping’!
Kecantikan selebriti sering menjadi topik yang memikat dan penuh teka-teki. Setiap kali mereka melangkah di karpet merah atau berkongsi sekeping swafoto di media sosial, ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik wajah yang sentiasa berseri, kulit yang tampak sempurna dan aura keyakinan yang memancar?
Sama ada mereka berkongsi rahsia kecantikan secara terbuka ataupun hanya membiarkan hasil akhir berbicara sendiri, satu perkara pasti penampilan mereka bukan hasil kerja satu malam. Ia datang daripada gabungan pemilihan produk yang tepat, gaya hidup sihat, rawatan kecantikan berkala dan kadangkala, sentuhan pakar yang profesional.
EH! menyelami rahsia kecantikan selebriti Ameera Khan, Scha Ellinea & Mawar Rashid yang dikongsi melalui IG Story dan TikTok. Siapa tahu, mungkin ada antara rahsia ini yang boleh anda jadikan inspirasi untuk rutin kecantikan anda sendiri.
Ameera Khan – Oribe
Ameera Khan memang dikenali dengan gaya hidup mewah dan citarasa yang tinggi, termasuk dalam pemilihan produk penjagaan diri. Salah satu jenama yang digunakannya adalah Oribe, jenama premium yang terkenal dengan produk penjagaan rambut berkualiti tinggi dan juga banyak digunakan oleh hairstylist selebriti di peringkat antarabangsa.
Scha Ellinea – ELFORMULA Intensive Peeling Solution
Scha Ellinea sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sentiasa tampil dengan kulit wajah yang licin, bersih dan glowing tanpa cela. Ramai yang tertanya-tanya, apa rahsia Scha menjaga kulit agar kelihatan segar dan sihat walaupun sibuk dengan jadual kerja yang padat? Antara produk yang menjadi rahsia utama Scha adalah ELFORMULA Intensive Peeling Solution, sejenis serum eksfoliasi yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat penjagaan kulit.
Mawar Rashid – Mawarose Neutrals Face Palette
Salah satu produk yang cukup dekat dengan dirinya adalah Mawarose Neutrals Face Palette RM59, palet kecantikan di bawah jenama sendiri, Mawarose. Palet ini merupakan pilihan Mawar untuk solekan harian kerana ianya mudah digunakan, praktikal, dan lengkap. Ps, sesuai untuk wanita moden yang sentiasa on-the-go sepertinya! Dengan rona-rona nude, peachy dan earthy tones, palet ini boleh digunakan untuk eyeshadow, bronzer, blush dan highlighter.