Menyambut kedatangan Haus Labs by Lady Gaga ke Sephora Malaysia, EH! senaraikan lima produk mesti cuba!
Haus Labs by Lady Gaga akhirnya tiba di Malaysia. Ini antara jenama kosmetik selebriti yang dilihat berjaya, dan benar-benar menjual kualiti yang dicari dalam sebuah rangkaian alat solek. Malah sebelum ini saya pernah ternampak jurusolek selebriti Thailand menggunakan bedak asasnya dalam step solekan, memang flawless!
Triclone Skin Tech Foundation
Jika anda pernah melihat video tutorial Lady Gaga pasti anda sudah maklum akan kehebatan bedak asas dalam tekstur cecair ini. Amazing! Malah bedak asas ini sudah menerima banyak pengiktirafan menerusi anugerah kecantikan. Apa istimewanya? Ia mengandungi 20 bahan yang bagus untuk penjagaan kulit termasuk Arnica yang berkesan dalam mengurangkan kemerahan kulit, keradangan serta kesan alam sekitar atau tekanan pada kulit. Menariknya ia mengandungi 51 ton untuk anda pilih.
Triclone™ Skin Tech Hydrating + De-Puffing Concealer
Tekstur ringan dan tahan lama, ia bukan sekadar menyamar cela malah ia mencerahkan bahagian yang mungkin gelap seperti lingkaran gelap bawah mata. Litupan yang boleh dikawal (buildable), selain bersolek anda juga akan mula sedar perbezaan pada kulit selepas dua minggu kerana sahap noda ini mengandungi lebih 20 bahan yang bermanfaat untuk kulit.
PHD Hybrid Lip Glaze
Siapa tak mahu bila kita boleh mendapatkan empat fungsi atau manfaat dalam satu produk saja. Produk bibir ini memberikan anda empat fungsi yang anda mahukan, yakni melembap bibir bak minyak bibir (lip oil), menyihat bak salap bibir, memunggil dan memberi efek kilat seperti glos. Ia juga mengandungi vegan collagen. PhD Hybrid Plumping Lip Glaze ini antara key product yang wajib ada bagi peminat Haus Labs.
Color Fuse Blush Powder
Disempurnakan dengan 11 peratus bahan penjagaan kulit aktif, pemerah pipi ini bukan saja mewah pigmen yang membuatkan buah pipi anda menyerlah malah dalam masa yang sama membelai kulit agar kekal sihat berseri. Ia mengandungi bahan ikonik Haus Labs, arnica yang ditapai serta hydraberry.
Berus
Saya rasa tempting bila melihat video tutorial Haus Labs, saya tertarik hendak mencuba berus foundation dan concealer nya. Ia punya bentuk yang menarik dan saya sukakan batang berusnya yang berwarna perak, terasa mewah.
BACA: Trend Rambut Pendek Kembali! Ini Selebriti yang Mencuri Tumpuan