Langkah makin panjang, tiga gaun ilham Rizman Ruzaini menjadi pilihan selebriti antabangsa ke Festival Filem Cannes 2025.
Selepas mencipta sejarah dengan beberapa selebriti antabangsa menggayakan rekaan duo ini seperti Naomi Campbell dan Lady Gaga, kali ini mereka mencipta sejarah apabila tiga persalinan rekaan mereka berdua melintasi karpet merah Festival Filem Cannes.
Rizman dan Ruzaini yang dihubungi berkata, “melihat semula papan visi yang kami hasilkan tiga tahun lalu, tertulis satu impian: ‘Rizman Ruzaini menggegarkan karpet merah Festival Filem Cannes.’ Hari ini, impian itu menjadi kenyataan. Ini membuktikan bahawa dengan azam yang teguh dan keyakinan yang tidak pernah luntur, tiada impian yang mustahil untuk dicapai. Apabila kita benar-benar yakin dan berusaha, tiada destinasi yang terlalu jauh, namun usaha ini akan tetap berterusan demi mencapai cita-cita.”

Rawdah Mohamed, model kelahiran Smolia ini menggayakan gaun kembang warna merah jambu ros dengan kemasan butang di belakang. “What an honour to wear custom Rizman ruzaini. Thank you for making me feel one of a kind,” tulis Rawdah salam muat naiknya di Instagram. Dia melengkapkan penampilannya bersama sepatu Button Scarves dan aksesori mewah Bucheron.

Zarina Yeva pula menggayakan gaun ombre jingga-hitam yang sarat berhias batu jemeki, bertingkat-tingkat. Gaun ini antara busana dari arkib Rizman Ruzaini yang turut dibawa ke Cannes. Zarina hadir ke Cannes sempena tayangan perdana filem ‘The Phoenician Scheme’ yang diarahkan oleh Wes Anderson.

Seorang lagi model memilih menggayakan rekaan graduan UiTM ini, Roz, model wanita pertama dari Arab Saudi. Roz menyarung gaun kemban dengan kemasan lisu kembang. Gaun hitam ini sarat dengan perincian jemeki pada bahagian paha bawa ke lutut. “Serving elegance at the 78th Cannes Film Festival’ tulisnya di Instagram.
BACA: Noami Campbell, Peraga Jenama Rizman Ruzaini Di Minggu Fesyen Dubai