Bila tiba sahaja pertengahan tahun, kehangatan Dioriviera akan mula membara. Himpunan musim panas yang mengangkat cetakan Toile de Jouy Palms dan Toile de Jouy Sauvage cukup signifikan acap kali tibanya musim panas.
Tahun ini, pop-up Dior yang signifikan ini akan berlabuh di salah satu hotel ikonik di Pulau Pinang. Macalister Mansion, mansion yang sudah berusia lebih 100 tahun ini akan berubah rupa, sentuhan Dior dengan seni dekorasi mood musim panas, pameran koleksi Dioriviera serta sajian ringan di Dior Cafe.
Hotel ini dinamakan Macalister Mansion sebagai penghargaan kepada Gabenor British, Kolonel Norman Macalister yang hilang di laut pada tahun 1810. Mansion ini beroperasi sebagai hotel pada tahun 2012.
DIORIVIERA POP-UP & DIOR CAFE
Lokasi: Macalister Mansion, Penang
Tarikh: 13 Jun- 11 Aogos 2025
Waktu Operasi: Dioriviera Pop-Up 11am-9.00pm, Dior Cafe 10.30am-9.00pm
Dua tahun lalu Dior mencipta fenomena di tanah air apabila pop-up Dioriviera dibina gah di One&Only Desaru, kedatangan peminat penuh dari hari pertama hingga ke hari terakhir. Tahun lalu pop-up dan Dior Cafe kembali ke tengah kota dan Pavilion Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan.
Bagi anda yang berkenan untuk singgah bersantai mahupun membeli-belah di Dioriviera Pop-Up dan Dior Cafe, kalian boleh membuat tempahan menerusi laman sesawang Dior sendiri. Klik pautan INI untuk membuat booking, cepat, jangan terlepas kerana pop-up Dioriviera sering sahaja tampil dengan sesuatu yang istimewa dan luar biasa.
BACA: 9 Sebab Mengapa Pameran Christian Dior Designer of Dreams di Seoul Paling Menarik Setakat Ini