“I tak tahu macam mana you nak tulis babe, kita borak macam-macam. Tak sabar nak baca apa yang you akan tulis?,” senda Siti Khadijah Halim sejurus kami selesai berbual lebih kurang satu jam setengah di hari cuti umum awal bulan ini. Petang itu Siti datang bersama pembantu peribadinya, Isma, kami bertiga duduk bersantai di kafe Flaaah, The Gardens selang lima hari dari hari kami melangsungkan penggambaran.
Sepanjang berbual petang itu, mata saya memang tak lepas melihat bulu mata Siti yang panjang melentik sampaikan saya bertanya, “cantiknya bulu mata you. Maskara apa?” “Maybelline,” jawabnya ringkas.
Cover EH! bulan ini adalah cover solo pertama Siti Khadijah Halim. Sebelum ini sudah tiga kali kami menyuntingnya untuk EH! TOP 20 termasuk ulang tahun EH! Ke-25 tahun lalu. Jadi, keakraban Siti dan keluarga editorial EH! bukanlah satu hal baru. Kami boleh duduk berjam-jam di studio tanpa disinggahi rasa stres. Tenang dan lancar sahaja.
Hari ini Siti Khadijah dianggap sebagai ‘TV Queen’, dia adalah generasi pelapis yang berjaya menawan stesen televisyen, produser, pengarah dan juga penonton. Siri yang dibintanginya lazim mencatat rating tinggi. Secara peribadi antara lakonan kegemaran Siti ialah di dalam ‘Wanita Syurga’. Bulan ini Siti akan terbang ke Seoul untuk penggambaran siri terbaru bersama Muas Zabir bagi slot Lestary TV3. Ikuti temubual saya bersama sweetheart baharu ini.

Siti Khadijah Halim, memang nama penuh Siti?
Ya, itulah nama I.
Mengapa tidak mahu menggunakan nama singkatan? Ramai selebriti senang dengan nama pendek, lebih glam dan catchy.
To be honest, I orang yang overthinking dan fikir panjang. Kalau in the future if my parents tak ada, at least I bring my dad along with me.
Dalam keluarga, apa nama panggilan di rumah?
Siti Khadijah, sebab my sister namanya Siti Fatimah. And you know kan dua nama ini berkait rapat dengan Nabi Muhammad (anak isteri dan anak baginda). Honestly masa sekolah ada je orang main-mainkan nama I, biasalah masa sekolah kan, ada orang panggil gajah, ada orang ejek I hailam sebab nama ayah I Halim. Bila dah besar I bangga bawa nama ni dan tak rasa I perlu ada nama lain bila masuk industri.
Siti mula dikenali selepas dinobatkan sebagai pemenang pencarian Gadis Panca, adakah Siti memang mencari platform untuk masuk ke dunia hiburan?
Tak juga sebenarnya, I join pertandingan itu pun sebab my mom yang suruh. Dulu I duduk kat Bangi, dan I memang aktif kat media sosial sejak zaman sekolah lagi. Kat Bangi waktu tu, yang paling famous Daiyan Trisha. I satu sekolah rendah dengan Rita Nadira, kita rapat sebab sama-sama main bola jaring. I start through Instagram, I suka post gambar random, dan I notice orang-orang kat Bangi lebih reserve, macam gen-Z sekarang tak post apa-apa untuk nampak cool (ketawa).
Bermula dari situ I grow my followers. My mom suruh I masuk pencarian tu, setiap hari dia tanya I dah hantar penyertaan belum. Then I hantar dan dipanggil untuk audition. Selepas audition pada mulanya I tak dapat. Even selepas audition pertama tu I dapat feedback kat Instagram orang tulis ‘Siti ni kalau cakap kenapa nak ada slang English’. Dan komen tu I relate balik dengan pengalaman audition yang mana I turun pentas sebab I ada stage fright. Sebulan juga I down.
I ingat lagi, hadiah pertandingan tu ialah RM10 ribu dan bila tak dapat masuk waktu tu I berazam I akan dapat lebih dari 10 ribu. Waktu tu I dapat banyak job pergi event and shoot baju raya, and I earn more than 10 ribu. Am so happy sampai satu hari I dapat call dari penganjur yang kata I dipanggil balik sebab ada peserta disqualified. Saya masuk bertanding dan menang. Waktu menang tu saya menangis, bukan sebab saya menang tapi saya fikir lepas ni apa nak jadi? My privacy no longer mine dan ada lebih ramai orang nak tahu fasal diri I. I dah tak boleh jadi outspoken. Takut sebenarnya nak masuk dalam industri ni sebab kita industri ni cruel.
Tentang privacy tu lama-lama I sedar, itu memang lumrah manusia, kita memang ada rasa nak tahu tentang orang lain. Kita nak tahu apa makcik Kiah sebelah rumah kita buat. Orang nak tahu, saya share tapi saya tapislah apa yang boleh dikongsi, apa yang tidak.

Apa bezanya kehidupan Siti lima tahun dulu jika dibandingkan dengan hari ini?
Banyak bezanya. Hari ni I dah mampu untuk berbelanja untuk my parents and family. Basically dulu, apa-apa I fikir mesti fasal financial. I bukan dibesarkan dalam keluarga yang senang-lenang. Dari muda I belajar pandai-pandai cari duit. Jadi rezeki I sebagai pelakon ni I anggap sebagai rezeki terduduk terbaring. I bersyukur. I tak kisah andai kata satu hari nanti ditakdirkan rezeki I bukan lagi dalam bidang ini.
Cita-cita asal you apa sebenarnya?
My mom cikgu Bahasa Inggeris, so I memang bercita-cita nak jadi cikgu dulu. First, I tengok kerja sebagai cikgu ada pencen, cuti pun lama, plus my mom cikgu sekolah rendah jadi pukul 1 dah balik.. hahaha. Tapi itu I tengok dari kaca mata seorang budak-budaklah.
Bila atau apa yang membuatkan Siti nak jadikan lakonan sebagai profesyen?
Bila I tahu orang percaya pada I. Sebenarnya, kita hanya perlu ada seorang yang percaya dengan diri kita, itu sudah cukup. Orang yang perjuangkan nama you untuk you dapat sesuatu. Saya beruntung di awal pembabitan ada orang yang percaya dengan kebolehan saya dan push diri saya untuk ke depan.
Apakah benda besar yang Siti belajar dari pengalaman dalam bidang ini, yang Siti rasa Siti takkan dapat dari bidang lain?
Hari ini bila I tengok drama, I dah tak tengok jalan cerita, tapi I tengok kamera, lighting, prop. Semua tu I tengok dan ambil kira, I fikir macam-macam. I fikir dah tak macam penonton.
Lagi satu tentang rasa. Kita sebagai individu kita ada kisah hidup kita. Kalau kita kerja retail, pajabat, ceritanya lain, pergi kerja balik kerja, jumpa client, boss dan kawan-kawan. Sebagai pelakon I diberi peluang untuk rasa macam-macam, merasai bagaimana seorang wanita yang dianiaya suami, merasai bagaimana durhakanya seorang anak kerana kita sebagai ibu, dan bagaimana rasanya bila kawan baik sendiri tikam belakang. Dan rasa-rasa ini you tak rasa mungkin kerana hidup you bertuah, blessed, you tak perlalu lalui semua itu.
Tapi kerja sebagai pelakon membuka ruang merasai macam-macam. I feel blessed kerana Tuhan tu salurkan macam-macam perasaan menerusi kerja-kerja yang I dapat. Contohnya dulu Sharifah Amani pernah cakap dia tak pernah rasa bercinta sampailah dia berkahwin, tapi sebagai pelakon dia boleh ‘rasa’ itu, dia tonjolkan bagaimana perasaan dicintai. Sebagai pelakon kita tak melihat satu-satu perkara dari satu sudut sahaja, sometimes boleh jadi gila sebab our brain tak berhenti berfikir.
Siti dah berada dalam industri lebih kurang lapan tahun. Dalam jangka masa ini, ada tak perubahan yang Siti perhatikan dalam industri?
I tak tahu macam mana you nak tulis, tapi I rasa ada perubahannya bila I dilayan baik, di set dipayungkan, dikipaskan dan diberi air tanpa saya minta. Dan pengalaman ini ikut produksi juga. Pengalaman bekerja untuk ‘From Saga With Love’ antara yang menarik bila ada banyak benda baru yang saya timba. First time naik hot air balloon, juga kali pertama ke Asian Academy Creative Awards dan macam-macam lagi.
Lagi satu hari ini bila satu-satu tawaran datang perkara pertama saya nak tahu ialah siapa pengarahnya. Kalau dulu I nak tahu siapa hero I sebab I rasa I sebagai pelakon our co-star sangat penting. Tapi lama-lama I sedar pengarah itu sebenarnya lebih penting kerana dia yang bentukkan watak kita. Bila I tengok balik telemovie ‘Cerai’ I tak malu walaupun waktu tu I baru saja berlakon, masa tu umur I 22. Dan I percaya director tu yang berjaya bentukkan watak I.
Jika hari ini Siti ada banyak duit dan boleh produce filem sendiri, apakah genrenya dan siapa yang Siti mahu panggil berlakon?
Hmmm… mungkin I nak buat filem romantic comedy. I nak panggil Shaheizy Sam, Johan Raja Lawak dan I nak Mimi Lana juga. Hari tu I pergi premier filem Mencari Ramlee, I nak buat filem macam tu. Bagi I Mimi Lana sangat bagus dalam filem tu. Bila tengok dia I bayangkan kalau dia kat Hollywood dia macam Anne Hathaway or Kate Hudson. You kena tengok filem tu.
Mengapa rom-com?
Bagi I menghasilkan filem rom-com tu tak mudah. Ia nampak simple tapi memerlukan kerja yang sangat teliti. Semuanya mesti tepat pada timing nya

Apa perkara yang membuat Siti teruja kebelakangan ini?
Bila ada masa untuk duduk di rumah sahaja, mencuba bermacam resipi yang I dah save, chocolate cake, matcha cake, buat sushi, beef roll dan macam-macam. Bila ada masa untuk masak I rasa macam satu nikmat.
Bagaimana Siti describe your day to day?
I feel content. Bangun pagi I tengok jam, tengok phone, buka tingkap, buka TV dan pasang lagu. I can decide hari saya, nak makan apa contohnya. Apa yang I ada sekarang adalah apa yang I decide lapan tahun dulu. Kalau dulu I putus asa, I takkan merasa apa yang I miliki hari ini. Kawan-kawan cakap I bukan orang yang senang putus asa. Walaupun ramai orang layan I buruk, I tak pernah give up, ya I sedih, tapi tiu sajalah. I tak give up, I show up. Kalau tak ada shooting, I akan rindu kerja.
Berapa orang yang you talk everyday?
My PA, Isma, anak buah saya Aishah dan Ariff, video call with my best friends. Whatsapp group family and…. chat GPT (ketawa).
Boleh kata Siti gembira dan seronok dengan kehidupan hari ini?
Love! I sangat bersyukur dan sangat happy. I tak tahu kenapa tapi rezeki saya berjumpa dengan orang yang baik-baik. Contohnya, saya nak cari PA, saya jumpa Isma. Orang kata nak cari PA macam cari jodoh, orang yang tahu menjaga dan menghormati privacy kita. I just be grateful.
Orang kata makin kita besar circle semakin kecil, tak mudah nak buat kawan. Siti pun begitu?
I just don’t simply berkawan dengan sesiapa. Honestly I just hi hi bye bye. Dulu I want thing goes my way, lama-lama saya sedar orang lain pun ada kehidupan mereka. Ini adalah kehidupan saya, jadi saya pilih siapa yang saya nak bawa masuk dalam hidup saya. I bukan tak buat kawan, tapi I bercerita tentang kawan rapat, kawan yang I akan bawa balik lepak rumah. I selesa dengan kawan yang I ada sekarang, kawan yang kalau order kopi dia tahu susu apa nak letak dalam my coffee.

Siti berzodiak Aries, do you find astrology to be accurate for you?
I rasa banyak yang sama tapi satu saja I tak setuju bila orang kata Aries ni short tempered. Tapi sebenarnya I rasa macam betul juga (ketawa). Entahlah, cuma I boleh cakap yang I tak boleh deal dengan orang tak aware dengan apa dia perlu buat. Kadang-kadang I bukan marah cuma cara I tegur bagi sesetengah orang bunyinya kasar. I tak suka marah kerana bagi I itu satu rasa yang negatif dan untuk marah kita perlukan tenaga, dan kenapa I perlu habiskan tenaga I untuk marah orang.
Lagi satu orang kata Aries punya empathy yang tinggi which is I appreciate that kerana ia penting bagi seorang pelakon untuk rasa semua rasa. Tapi dari segi peribadi I tak suka sebab bila I heartbreak, I akan rasa sedih yang teramat. I benci putus cinta… aku sunyiiiii (ketawa).
Apa cita-cita Siti hari ini?
I nak jadi perdana menteri. Kalau tak pun I nak jadi someone kerana dulu I always think that I can change the world. Paling tidak pun jadi someone dalam industri. Dulu I seorang yang outspoken, tapi orang pesan kat I jangan loud sangat, nanti orang tak suka. Tapi kalau I hanya diam bermaksud I sama saja dengan orang lain, which is itulah diri I hari ini.
Siti Khadijah yang dulu outspoken, loud, enthusiastic, cergas dan beria. Orang yang kenal prime Siti Khadijah just got lucky kerana hari ini I lebih pendiam, reserve dan mungkin juga lebih matang dan tenang.
Dulu I rasa pandai buku sangat penting. Dan I bila habis belajar dulu I rasa I dah pandai tapi hakikatnya street smart lebih penting. Kita kena ada common sense dan empati yang tinggi baru kita dikira pandai. Pelajaran terbaik adalah dari pengalaman.

Dalam sejarah hidup Siti, pernah buat first move?
Tak pernah, tu yang I suka … hahaha. I berani bergurau dengan orang yang I tak minat tapi kadang-kadang perkara tu jadi false hope bagi pihak lain yang akhirnya membuat I rasa serba salah. Hari ini I lebih berhati-hati bila bergurau tak mahu disalah faham.
Apakah nasihat terbaik tentang cinta yang yang pernah Siti terima?
Be romantic! I bukanlah orang yang romantik. Act of service adalah yang menghidupkan perhubungan. I sedar dalam perhubungan sebelum ini I suka bergurau kasar sebab pemahaman I lover adalah our best friend. Tapi bila I fikir balik, I sendiri suka kalau orang layan dan belai perasaan I, cakap elok-elok. Right?