Kecantikan sebenar tidak lahir daripada mengikut trend semata. Sama ada rutin penjagaan ringkas J-Beauty atau rytin berlapis ala K-Beauty, kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Yang penting, fahami keperluan kulit anda dan pilih rutin yang paling serasi dengan gaya hidup dan komitmen anda.
Apabila bercakap soal kecantikan, dua nama yang sering mendominasi perbualan adalah J-Beauty dari Jepun dan K-Beauty dari Korea Selatan . Masing-masing memiliki kelebihan tersendiri serta pendekatan berbeza dalam penjagaan kulit. K-Beauty tampil moden, berinovasi dan gemar bereksperimen dengan tekstur dan teknologi baharu, manakala J-Beauty pula berpegang teguh pada prinsip minimalis, tradisi dan keberkesanan jangka panjang.
Namun begitu, kedua-duanya berkongsi matlamat yang sama iaitu membantu mencapai kulit yang sihat, bersih dan berseri secara semula jadi. Tapi dalam cuaca Malaysia yang panas, lembap dan sering terdedah kepada pencemaran serta sinaran UV, kita perlukan lebih daripada sekadar rutin yang trending. Maka timbul persoalan antara K-Beauty dan J-Beauty, yang mana lebih sesuai dengan keperluan kulit rakyat Malaysia? Kali ini EH! akan kupas perbezaan antara keduanya dan bantu anda tentukan pilihan yang paling ideal atau mungkin gabungan keduanya adalah jawapan terbaik.
Apa Beza J-beauty dan K-beauty?
Sebelum membuat keputusan, mari kita lihat dahulu asas pendekatan dua dunia kecantikan ini.
J-Beauty
Rutin kecantikan Jepun lebih memfokuskan kepada rutin penjagaan kulit yang lebih ringkas. Dengan pendekatan “less is more”, J-Beauty mementingkan pembersihan mendalam dan perlindungan kulit jangka panjang. Produk seperti cleansing oil, toner atau dikenali sebagai lotion dalam J-Beauty dan emulsi menjadi asas utama.
J-Beauty turut mengangkat ramuan semula jadi dalam formulasi mereka, seperti teh hijau, beras, serta kolagen laut dalam produk mereka. Pendekatannya lebih tenang dan konsisten sesuai untuk anda yang gemar rutin praktikal tanpa terlalu banyak langkah.
K-Beauty
Jika anda sudah lama mendalami dunia kecantikan Korea, pasti anda biasa dengan istilah glass skin. Ia merujuk kepada kulit yang licin, lembap dan bercahaya dari dalam. Untuk mencapai hasil ini, K-Beauty terkenal dengan rutin kecantikan yang berlapis-lapis memberi fokus kepada hidrasi maksimum, dari double cleansing, toner, essence, serum hinggalah ke sheet mask dan sleeping mask. Setiap langkah direka untuk memberi kelembapan maksimum dan memperbaiki tekstur kulit.
Antara bahan popular yang kerap digunakan termasuklah snail mucin, centella asiatica, dan niacinamide. Kebanyakan produk K-Beauty juga ringan dan mudah menyerap, sesuai untuk kulit yang mudah berpeluh dalam cuaca tropika.
Jadi, Mana Satu Lebih Sesuai?
Jawapannya bergantung pada jenis kulit, gaya hidup dan komitmen kita terhadap rutin penjagaan. jika anda suka bereksperimen dan gemar hasil yang cepat K-Beauty adalah untuk anda. tetapi jika anda gemar pendekatan minimal dan hasil jangka panjang j-Beauty patut menjadi pilihan utama. Dan kenapa tidak gabungkan kedua-duanya? Gunakan pembersih dari J-Beauty untuk asas yang bersih, kemudian lapisi dengan serum dan essence dari K-Beauty untuk hidrasi mendalam. Dan siapa tahu menggabungkan kedua-duanya mungkin adalah rahsia terbaik untuk kulit yang betul-betul seimbang dan bersinar.
EH! Senaraikan Beberapa Produk Pilihan Untuk Anda Cuba;
cleansing oil adalah langkah pertama yang wajib dalam rutin penjagaan kulit. Pilihan dari Hada Labo ini bukan sahaja popular, malah digemari kerana teksturnya yang ringan, mudah dibilas dan tidak mengeringkan kulit. Ia menanggalkan solekan dan kekotoran dengan efektif tanpa meninggalkan rasa berminyak.
Innisfree Green Tea Seed Hyaluronic Serum
Nama Innisfree tidak asing lagi dalam dunia K-Beauty. Diperbuat daripada ekstrak teh hijau dari Pulau Jeju, serum ini menjadi pilihan ramai yang menginginkan kelembapan mendalam dan antioksidan semula jadi. Ia sesuai untuk kulit yang haus dan memerlukan rangsangan segar setiap hari.
SHISEIDO Ultimune Power Infusing Concentrate
Apa salahnya laburkan sedikit untuk sesuatu yang berkualiti tinggi dan terbukti berkesan? Serum yang diformulasi dengan teknologi Power Fermented Camellia+ yang membantu memperlahankan tanda-tanda penuaan kulit ini boleh membantu menguatkan lapisan pertahanan kulit dan menjadikan kulit lebih anjal, sihat dan bertenaga sesuai untuk anda yang ingin fokus kepada penjagaan jangka panjang.
Dr.Jart+ Cicapair™ Sleepair Intensive Soothing Repair Mask
Dr.Jart+ adalah antara jenama paling dipercayai. Sama ada kulit anda kering, letih, atau breakout, pasti ada mask yang sesuai. Dan yang Paling digemari adalah Dr.Jart+ cicapair™ sleepair intensive soothing repair mask yang membantu merawat kemerahan dan memberi ketenangan segera pada kulit.
KOSÉ Sekkisei Skincare UV Defense Essence Milk
Apa gunanya rutin skincare berlapis jika kulit tidak dilindungi dengan sunscreen. sunscreen bertekstur ringan, tidak melekit dan mudah menyerap dari Kose ini mampu memberikan perlindungan UV yang menyeluruh sambil menjaga kelembapan kulit. tiada kesan white cast dan sesuai untuk dipakai di bawah solekan.
Artikel Berkaitan: Reviu Jujur 5 Jenama Sheet Mask Korea Paling Berkesan