En Route EH!xperience x Kérastase kembali, bakal jelajah 8 Universiti dengan aktiviti kecantikan & fesyen yang mengujakan!
Dipersembahkan oleh EH! Malaysia bersama jenama penjagaan rambut mewah Kérastase, siri jelajah kampus En Route EH!xperience bakal menemui para pelajar di lapan universiti terpilih seluruh Malaysia bermula 23 Jun hingga 3 Julai 2025.
Dengan pelbagai aktiviti menarik, selebriti jemputan dan peluang mendalami dunia kecantikan rambut daripada pakar sendiri, edisi tahun ini sememangnya acara yang wajib disertai oleh semua pencinta kecantikan dan fesyen Gen Z!
Pelajari rahsia rambut cantik dari pakar Kérastase
Pelajar akan didedahkan kepada tip dan trik penjagaan rambut terus daripada pakar kecantikan rambut Kérastase, sama ada rambut anda ikal mayang, kerinting, lurus, beralun mahupun bertudung. Masterclass istimewa akan memperkenalkan rangkaian produk Gloss Absolu, termasuk:
- Bain Hydra-Glaze Shampoo
- Insta-Glaze Conditioner
- Anti-frizz Glaze Milk Spray
- Glaze Drops Hair Oil
Penampilan selebriti & pempengaruh popular
Sebagai kejutan istimewa, selebriti dan pempengaruh akan membuat penampilan khas di setiap lokasi universiti. Mereka merupakan ikon Gen Z yang terkenal dengan gaya tersendiri dan sering menjadi rujukan kecantikan dan fesyen di media sosial!
Masuk percuma & hadiah eksklusif!
- Kemasukan adalah PERCUMA!
- Kopi HWC percuma untuk 100 peserta terawal
- Cenderahati eksklusif untuk 100 pengunjung pertama
Jadi, tunggu apa lagi? Tandakan kalendar anda dan sertai En Route EH!xperience x Kérastase di kampus anda!
Lokasi & tarikh jelajah
Minggu Pertama:
- 23 Jun 2025 – HELP University Subang 2
- 24 Jun 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
- 25 Jun 2025 – Multimedia University (MMU) Cyberjaya
- 26 Jun 2025 – INTI International University
Minggu Kedua:
- 30 Jun 2025 – UCSI University
- 1 Julai 2025 – University of Nottingham Malaysia
- 2 Julai 2025 – Taylor’s University, Lakeside Campus
- 3 Julai 2025 – City University Malaysia, Cyberjaya Campus
Apa Yang Menanti Anda?
En Route EH!xperience bukan sekadar jelajah kampus biasa. Tahun ini, kami hadir dengan 6 stesen aktiviti interaktif yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan dan sarat ilmu kecantikan:
- Padanan Memori Kérastase
- Transformasi Cantik Bermula Di Sini!
- Lukis Rambut Anda
- Kopi HWC Percuma
- En Route to EH!xperience Stail!
- Selfie & Slay Bersama CANON