Coach Airways kini berwajah baharu dengan gabungan gaya berani dan retro-futuristik, yang paling penting, Rexy sebagai maskot utama!
Coach sekali lagi mengukir sejarah dalam dunia fesyen dan gaya hidup dengan memperkenalkan semula Coach Airways, pengalaman dalam pesawat yang unik di outlet pertamanya yang terletak di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka. Lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah, Coach Airways mencerminkan semangat inovatif dan ekspresif generasi masa kini.
Dilancarkan pada tahun 2023, Coach Airways menjadi simbol pertembungan antara warisan jenama Coach dan semangat berpetualang. Dengan daya tarikan reka bentuk era keemasan penerbangan, Coach Airways kini diberi nafas baharu dengan sentuhan retro-futuristik yang menggabungkan elemen imaginatif angkasa dan rekaan moden, dihiasi dengan palet warna berani dan maskot ikonik Rexy sebagai naratif utama.
“Coach sentiasa komited untuk menyampaikan pengalaman runcit luar biasa yang melangkaui jangkaan tradisional. Sambutan yang diterima sejak pelancaran Coach Airways membuktikan resonansi kuat antara jenama ini dan semangat individualiti yang dimiliki oleh generasi kini. Dengan pembaharuan ini, kami ingin mengajak pelanggan meneroka dunia mewah dengan cara yang lebih peribadi dan ekspresif”, kongsi Campbell O’Shea, Pengurus Besar Tapestry SEA & Oceania,
Kini, pengunjung berpeluang melangkah masuk ke dalam sebuah pesawat Boeing 747 yang diubah suai secara eksklusif, menawarkan pilihan barangan Coach terpilih yang hanya boleh didapati di Coach Airways. Dari rekaan beg ikonik hingga aksesori bergaya, setiap sudut ruang ini direka untuk menggamit rasa teruja dan imaginasi.
Bagi mereka yang ingin mengalami sendiri keunikan destinasi ini, Coach Airways dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka. Satu pengalaman membeli-belah yang pastinya tidak akan dilupakan—dengan gaya, kelas dan sentuhan futuristik yang mengujakan.
Baca: Coach Play APW, Gabungan Seni Percetakan dan Kraf Kulit