SHALS hadirkan koelksi yang tampil dalam ton monokrom, gaya minimalis namun masih versatil. Pelaburan gaya nan berbaloi.
Saya masih ingat lagi momen Shalma Ainaa memeluk erat suaminya saat muncul di pentas finale KL Fashion Week tahun lalu, ia bagaikan satu kegembiraan yang sukar diungkapkan buat Shalma, saya fikir saat itu bermacam-macam perasaan singgah, seronok, lega, terharu dan macam-macam lagi.
Kini selepas lebih kurang setengah tahun dipentaskan, Shalma Aina mengotakan ilhamnya ke rak-rak baju Shals. Karyanya sudah direalsisasikan apda satu koleksi sedia pakai, merangkumi helaian buat lelaki dan perempuan, malah majoritinya saya fikir konsepnya uniseks, lelaki atau perempuan boleh saja memakainya dengan senang hati dan penuh gaya.
Satu yang saya suka tentang koleksi ini (selain ia uniseks), warnanya juga timeless, boleh dipakai berulang-ulang dan senang untuk disuai padan dengan helaian lain. Di waktu orang berjaga-jaga dalam berbelanja, jadi pakaian yang versatil dan mudah digandingkan dengan helaian lain adalah satu pelaburan gaya yang berbaloi.
Menurut Shalma koleksi ini adalah satu keraian diri sendiri, merayakan perkembangan dan kematangan diri kita, ia satu refleksi kepada diri, siapa diri kita. Tiap helaian dihasilkan dengan material premium, berstruktur namun masih ada lembutnya.
5 PILIHAN EH!
OVERSIZED BLAZER
Helaian yang menjadi pembuka pentas KL Fashion Week, oversaized blazer ini adalah helaian berbaloi untuk dimiliki. Mudah disuai padan,warnanya pula hitam maka senanglah untuk kita bergaya dan memadakannya mengikut selera fesyen kita.
CROPPED SHIRT WITH SASH
Kemeja dengan material ringan lengkap dengan perincian poket. Siluetnya santai namun masih kelihatan kemas. Paling penting punya fungsi gaya yang versatil.
EMBROIDERED TEE
Baju-t longgar dan bertruktur potongannya, sajak sebagai helaian santai atau gandingan dengan jaket untuk gaya yang level up.
MIDI TRENCH SHIRT
Versatil! Satu lagi pilihan helaian untuk anda yang mahukan kepelbagaian gaya namun dalam pelaburan yang berbaloi.
SKIRT PANTS
Tiga gaya atau lebih dengan satu seluar. Celana dengan skirt perincian lisu sebagai skirt, atau layering dengan seluar, atau boleh saja menggayakan seluar ini semata.
Lebih banyak rekaan dan helaian di SHALS, klik pautan INI untuk melihat lebih banyak koleksi dan juga beli-belah dalam talian.