Hari keempat siri jelajah En Route to EH!xperience x Kérastase meneruskan jelajahnya ke INTI International University Nilai!
Acara kali ini meriah dengan kehadiran istimewa pempengaruh kecantikan dan pencipta kandungan digital yang semakin mencuri perhatian, Athina Kamarudin. Dalam suasana santai dan penuh semangat, Athina berkongsi pengalaman serta tip berguna sebagai content creator dalam bidang kecantikan hinggalah kepada bagaimana mengekalkan keaslian diri di media sosial.
Di INTI Nilai, para pelajar bukan sahaja menjadi penonton tetapi juga peserta aktif dalam pelbagai aktiviti. Antara yang paling mencuri perhatian ialah pertandingan melukis tas tangan kreatif bersama jenama fesyen tempatan Nazifi Nasri. Setiap pelajar diberi peluang meluahkan kreativiti dengan melukis tas tangan mengikut gaya mereka sendiri, reka bentuk terbaik bakal membawa pulang tas tangan eksklusif dari Nazifi Nasri!
Masterclass Glaze Drops by Kérastase pula menarik minat ramai pelajar yang ingin mencuba sendiri kehebatan produk yang kini menjadi pilihan ramai pempengaruh. Dengan bimbingan dari pakar, pelajar mendapat tunjuk ajar secara langsung bagaimana menggunakan produk dengan betul untuk hasil maksimum, rambut lebih lembut, bersinar dan sihat.
Suasana terus rancak dengan Memory Game padankan produk Kérastase, satu permainan yang bukan sahaja menguji memori tetapi juga menjadi cara kreatif memperkenalkan rangkaian produk kepada pelajar.
Di sudut yang lain, pelajar menikmati kopi percuma dari @hwc_malaysia, menjadikan acara ini bukan hanya tentang kecantikan, tetapi juga tentang pengalaman lifestyle yang lengkap.
Ruang Selfie & Slay bersama @canonmalaysia menjadi lokasi wajib singgah bagi mereka yang ingin merakamkan gaya terbaik hari itu. Dengan pencahayaan sempurna dan sudut bergambar yang kreatif, ramai pelajar menjadikan ia sebagai ‘studio mini’ untuk konten media sosial mereka.
Tidak dilupakan, sudut Draw My Hair yang terus mendapat sambutan, di sinilah pelajar bebas melukis impian gaya rambut mereka!
Baca: EH!xperience Gegarkan UiTM Shah Alam, Fashion Meets Fun di Kampus!