En Route to EH!xperience x Kérastase belum berhenti! Saksikan kejutan seterusnya di destinasi akan datang!
EH!xperience x Kérastase meriah dengan kemunculan istimewa Yaya Zahir, selebriti versatil, pencipta kandungan digital dan pengasas jenama fesyen Asly, menjadi tumpuan utama hari itu. Yaya bukan sahaja berkongsi perjalanan beliau dalam dunia fesyen dan media digital, tetapi juga mendedahkan rahsia rambut sihat dan produk must-have ialah Glaze Drops by Kérastase, serum yang memberikan kilauan ringan tanpa rasa melekit, sesuai untuk gaya aktif seharian.
Hari ke-6 En Route to EH!xperience x Kérastase di University of Nottingham Malaysia meriah dengan kehadiran Yaya Zahir serta aktiviti menarik!
Suasana tambah havoc dengan activation jenama Asly oleh Yaya Zahir yang turut dibawa ke lokasi. Pelajar berpeluang melihat sendiri koleksi terbaru dan mendapatkan mug cawan dan pelbagai hadiah secara terus.
Seperti hari-hari sebelumnya, masterclass bersama produk Glaze Drops by Kérastase kekal menjadi aktiviti utama yang dinanti. Ramai pelajar mengambil peluang mencuba produk ini dengan tunjuk ajar dari tenaga pengajar profesional.
Tidak kurang menariknya, aktiviti Memory Game padankan gambar produk Kérastase sekali lagi menjadi permainan kegemaran ramai. Sambil itu, pelajar mengisi tenaga di booth kopi percuma @hwc_malaysia, satu kombinasi sempurna untuk hari kampus yang panjang tapi menyeronokkan.
Sudut Selfie dan Slay bersama @canonmalaysia pula menjadi ‘spot’ pilihan ramai untuk merakam foto candid. Tidak dilupakan, Draw My Hair memberi ruang kepada pelajar mengekspresikan gaya rambut impian mereka secara kreatif!
Baca: Ceritera Tentang Gaya Bersama Yaya Zahir, Salah Satunya Tentang Peminat ASLY