Siapa yang tidak kenal Bratz? Patung fesyen yang penuh identiti dan attitude ini kini kembali menonjol dengan deretan kolaborasi yang tidak dijangka!
Bratz ialah jenama patung fesyen terkenal yang mula diperkenalkan pada tahun 2001 oleh syarikat MGA Entertainment dari Amerika Syarikat. Patung-patung ini dikenali dengan gaya yang bold, trendy dan penuh attitude, berbeza daripada patung fesyen klasik seperti Barbie.
Kini, Bratz kembali dengan ledakan gaya yang menggemparkan dunia! Kolaborasi demi kolaborasi, mereka membuktikan bahawa gaya berani dan personaliti besar memang tiada tandingan. Inilah himpunan kolaborasi Bratz yang paling power dan tak dilupakan!
Gentle Monster
Tak lengkap kalau nak cakap tentang kolaborasi terbaik Bratz tanpa menyebut Gentle Monster. Saat jenama itu menggoda peminat dengan teaser kolaborasi pada awal tahun 2025,
Jadi, apa yang terjadi bila dua jenama penuh gaya ini bergabung? Hasilnya, koleksi kaca mata berinspirasikan dunia siber, dengan rekaan inovatif, perincian logam yang menyerlah, dan patung edisi khas dalam gaya futuristik yang memang menang!
Jean Paul Gaultier
Dilancarkan pada 2 Julai, koleksi edisi terhad Jean Paul Gaultier x Bratz benar-benar membawa sentuhan mewah ke dalam almari Sasha. Diinspirasikan daripada koleksi ready-to-wear, patung Sasha tampil anggun ala Paris — lengkap dengan majalah fesyen mini Bratz x Gaultier dan botol minyak wangi ikonik Gaultier versi mini.
Untuk gadis-gadis yang menghargai perincian fesyen, Sasha turut dilengkapi pemegang beg keselamatan (safety pin handle) bertulisan ‘Gaultier’. Kali ini, dia menukar kasut platform tebalnya kepada tumit black patent cleated heels yang lebih elegan dan edgy.
Dr. Martens
Kolaborasi ini memang mencetus perdebatan dalam kalangan peminat Bratz. Kolaborasi penuh nostalgia ini menampilkan empat item yang menyerlah: Bratz Bex Boot, Buzz Bratz 5-Eye Shoe, Mattison Bratz Strap Sandal, dan Micro Heart Bratz Bag.
Bagi saya, rangkaian ini memang tepat, ada sesuatu untuk setiap gaya. Ada yang gemar sandal bertali gaya Dr. Martens, dan ada pula yang lebih selesa dengan but untuk gaya harian. Namun menurut sebahagian peminat Bratz, kasut platform tu “kurang bratitude”. Tapak patut lebih tebal dan bold, saya setuju.
Mowalola
Jenama Nigeria-British, Mowalola, bergabung dengan Bratz pada tahun 2022 dan hasilnya memang luar biasa. Pereka kelahiran Lagos itu berkongsi, “Membesar sebagai ‘tomboy’ di Lagos, Nigeria, saya memang terpesona dengan patung Bratz, dari kecantikan mereka yang melampau, gaya yang berani, hinggalah fesyen yang luar biasa. Kolaborasi ini memberi peluang untuk saya menilai semula definisi kecantikan dan kewanitaan, serta bagaimana saya boleh bawa Bratz masuk ke dunia saya dan menjadikan mereka cerminan identiti saya sendiri.”
Melalui gaya rambut trendy, skirt mikro dan kasut platform setinggi enam inci, dua karakter kegemaran peminat, Jade dan Felicia diberi sentuhan semula yang penuh dengan semangat alternatif dan edgy. Ketika mereka bentuk koleksi ini, Mowalola mengambil inspirasi daripada koleksi Bratz kegemarannya seperti “Tokyo A Go-Go,” “Pretty ‘N’ Punk,” “Treasures” dan “Live in Concert.”
Cult Gaia
CEO Cult Gaia, Jasmin Larian, telah memberi pengaruh kepada jenama Bratz sejak beliau berusia 12 tahun. Ayahnya, Isaac Larian, Pengasas dan CEO MGA Entertainment, melibatkan anak perempuannya dalam arah tuju kreatif jenama tersebut. 21 tahun kemudian, Jasmin menjadi pengarah kreatif bagi kolaborasi antara Cult Gaia dan Bratz.
Fasa pertama kolaborasi ini menampilkan koleksi Y2K ready-to-wear, termasuk topi bercorak haiwan, baju rama-rama, but platform, sandal dan banyak lagi. Pada ketika itu, CEO Cult Gaia, Larian, berkongsi, “patung Bratz x Cult Gaia adalah satu sambutan penting yang meraikan asal-usul kedua-dua jenama, hubungan semula jadi yang sering tidak diungkapkan, komuniti setia kami, dan segala perkara menarik yang bakal datang.Patung dan jenama Bratz sangat istimewa bagi saya, dan mencari titik keseimbangan antara estetik semula jadi Cult Gaia dan glamor berkilau Bratz benar-benar terasa seperti satu momen yang lengkap dan bermakna.”
Kemudian, patung Bratz dilancarkan dengan gaya utama yang diambil terus daripada koleksi ini.
Baca: KL Fashion Week 2025 Bermula 4 Ogos, Ini Jadual Pertunjukan Selama Seminggu