Clean girl makeup look mungkin tidak lagi mendominasi suapan media sosial seperti dahulu, tetapi ia masih kekal relevan sebagai pilihan gaya solekan yang menjadi pilihan buat pencinta kecantikan yang gemarkan solekan yang minimal dan realistik.
Pernah mendominasi suapan TikTok dan Instagram sekitar 2022, trend clean girl menjadi sinonim dengan kulit yang bersih dan glowing, alis disikat kemas ke atas, slick bun tanpa sehelai rambut tercicir, dan solekan minimalis bak wajah segar baru selesai facial. Tetapi setelah hampir tiga tahun berlalu dalam dunia trend yang silih berganti secepat algoritma media sosial soalannya, masih relevankah gaya ini hari ini?
Trend ini bukanlah sesuatu yang benar-benar baharu. Ia diinspirasikan dari wajah-wajah effortless seperti Hailey Bieber, Bella Hadid dan Sofia Richie, yang mengangkat kecantikan semula jadi dengan sentuhan polished dan mewah. Namun ia juga menjadi topik perdebatan terutama dari segi definisi ‘clean’ yang terlalu berpaksikan satu standard kecantikan tertentu.
Dari Estetik ke Gaya Hidup
Kini, ramai yang melihat clean girl bukan sekadar gaya mekap, tetapi satu lifestyle. Ia berkait rapat dengan self-care, kecintaan terhadap kulit sendiri, dan rutin yang lebih mindful. Sheet mask bukan lagi sekadar step tambahan, tetapi momen healing. Solekan tipis bukan tanda malas, tetapi ekspresi keyakinan.
Jadi, Masih Relevan?
Jawapannya ya, tetapi berevolusi. Clean girl aesthetic bukan lagi trend utama, tetapi ia telah menjadi sebahagian daripada asas gaya moden yang clean, effortless dan chic. Ibarat white t-shirt dalam almari mungkin bukan statement piece, tetapi sentiasa ada tempatnya.
Evolusi Trend
Walaupun trend ini masih kekal sebagai asas kecantikan harian kini semakin berani tampil dengan Grunge makeup, mob wife glam, latte look, dan coquettecore yang mula mencuri perhatian, menandakan kebangkitan semula ekspresi diri yang lebih dramatik dan individualistik. Namun begitu, ramai juga memilih untuk menggabungkan unsur clean girl dengan elemen-elemen lain. Misalnya, kulit glowing clean girl dipadankan dengan bibir ombre ala Korea, atau slick bun digantikan dengan messy waves tetapi masih dalam siluet kemas.
Cipta Clean Girl Look Dengan Produk Rekomendasi EH!;
FWEE Lip & Cheek Blurry Pudding Pot (RM81)
Ini adalah antara produk yang wajib ada dalam beg makeup anda. FWEE Lip & Cheek Blurry Pudding Pot yang sangat praktikal. Teksturnya lembut dan bila disapu pada pipi atau bibir, ia memberi efek flushed yang sangat natural membuatkan wajah anda nampak segar. Ia bukan sekadar memberi warna, tetapi juga membantu menjadikan pipi nampak lembut seperti memakai filter secara real-life. Satu sapuan sudah cukup buat anda nampak effortlessly sweet.
Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara (RM 114)
Untuk melengkapkan clean girl look, mata perlu tampil segar tetapi tanpa drama yang berlebihan. Maskara dari Rare Beauty ini memberikan efek panjang, lentik dan volume sambil mengekalkan kemasan semula jadi. Dilengkapi berus yang mampu mencengkam setiap helai bulu mata dengan sempurna, menjadikan mata kelihatan segar dan terbuka, tanpa perlu eyeliner tebal.
Evereden Super Rich Lip Oil (RM 135)
Jujur, lip oil dari Evereden ini antara kegemaran EH!. Teksturnya ringan, tidak melekit dan cukup melembapkan sampai bibir terasa lembut dan selesa seharian. Dengan campuran siberian chaga mushroom, ceramide dan minyak bunga matahari, ia bukan saja cantik di bibir, tapi betul-betul merawat bibir kering dari dalam. Sesuai untuk duduk lama dalam aircond atau bila bibir rasa kering. Pendek kata, clean girl glow tidak lengkap tanpa lip oil ini.
Hourglass Vanish™ Airbrush Concealer (RM 199)
Siapa kata flawless look perlukan foundation tebal? Untuk gaya clean girl, prinsipnya jelas less is more. Concealer ringan dari Hourglass ini mampu menutup lingkaran gelap, kemerahan dan cela tanpa menenggelamkan tekstur asli kulit. Ia menghasilkan kemasan airbrushed yang halus, lembut dan effortless. Langsung tidak kelihatan seperti anda memakai apa-apa.
YSL All Hours Hyper Luminize Highlighting Powder (RM 290)
Glow yang cantik dan semula jadi bukan datang daripada glitter yang berlebihan, tetapi dari highlighter yang lembut dan menyatu dengan kulit. Highlighter dari YSL ini hadir dalam tekstur krim-ke-serbuk yang ringan, seolah-olah meresap ke dalam kulit meninggalkan kesan glitter yang tidak keterlaluan. Hanya sapukan sedikit di tulang pipi dan batang hidung sudah cukup untuk beri efek “you look well-rested”.
Artikel Berkaitan: 5 Langkah Mudah Cipta “Clean Girl Make Up Look”