Jika anda baru saja kecundang dalam perhubungan dan mahu melayan rasa sendu itu dengan cereka filem yang menghibakan, ini antara 10 filem sedih yang akan membuat anda bercucuran air mata. Siap sedia dengan tisu!
500 Days of Summer
Tidak kisahlah anda gila bayang dengan seseorang sekalipun, kalau dah bukan takdirnya untuk bersama, takkan bersama. Sama seperti musim yang bersilih ganti, perasaan juga boleh berubah-ubah. When your summer ends in sadness, autumn is never far behind.
Music and Lyrics
Di era lewat 90-an, Hugh Grant antara aktor filem cinta yang mendapat permintaan tinggi dek tarikan yang dimiliki yang boleh membuat gadis-gadis gila bayang. Filem Music and Lyrics ini menemukan Hugh Grant (memegang watak Alext Fletcher) dan Drew Barrymore (sebagai Sophie), mencipta momen indah yang boleh terjadi dalam realiti pada sesiapa saja, maksud saya jatuh cinta dengan teman sekerja sendiri.
My favourite line? “People wait their whole lives to see an ex when things are going really good. It never happens. You could make relationship history,”- Alext.
Marriage Story
Jarang sekali saya boleh duduk setempat menghabiskan satu filem jika menonton di rumah, tapi tidak untuk Marriage Story. Jalan cerita dan lakonan Scarlett Johansson dan Adam Driver cukup hebat. Siapa boleh lupa dialog panjang perbalahan antara , perkataan ‘intense’ mungkin terlalu ringan untuk babak tersebut. Kredit juga harus diberikan kepada penulis skrip filem ini, Noah Baumbac yang juga mengarah dan menerbitkan filem ini bersama David Heyman.
Call Me By Your Name
Filem ini berjaya melonjakkan nama Timothée Chalamet (memeran watak Elio) dan meletakkan Armie Hammer (sebagai Oliver) sebagai antara wajah penting di karpet merah majlis anugerah sekitar tahun 2018. Filem yang berkisar suasana di tahun 1983 ini menceritakan bagaimana Elio yang jatuh cinta dengan Elio seorang pelajar yang datang untuk bekerja dengan ayahnya. Selain punya banyak babak yang mengharukan, lokasi penggambarannya juga menangkap mata. Babak yang mengesankan? Antaranya sudah tentu babak akhir perbualan Elio dan ayahnya. Boleh tonton di bawah.
A Star Is Born
Biar berkali-kali saya menonton filem ini, saya masih boleh menikmatinya dari awal sampai ke akhir. Lady Gaga menerima pencalonan Oscar pertama menerusi aksi berkesannya sebagai Ally Campana di dalam filem. Bergandingan dengan Bradley Cooper (sebagai Jackson Maine, pemuzik kaki botol), keserasian keduanya menyakinkan, sampaikan ada yang fikir mereka benar-berna dilamun cinta. Lihat saja chemistry bila mereka mempersembahkan ‘Shallow’, yang menonton seakan larut dalam emosi yang mengasyikan. Ia bukan sebuah ‘breakup movie’, tapi perpisahan kerana takdir yang tak mungkin boleh diubah.
Celeste and Jesse Forever
Adakalanya bila sudah berpisah, kita seakan tak bersedia mahu kehilangan orang yang kita pernah sayang sepenuhnya. Jadi kita mengambil keputusan untuk kekal bersahabat, dan itu yang cuba disampaikan menerusi watak Celeste (Rashida Jones) dan Jesse (dibawakan oleh Andy Samberg). Filem ini akan membuatkan anda sedar yang anda masih punya harapan bertemu seseorang selepas kecundangnya sebuh perhubungan.
Blue Valentine
Jika anda mahu melayan sedih dengan air mata membasahi pipi, inilah cerekanya. Blue Valentine akan membuat juraian air mata sukar berhenti. Dean (lakonan Ryan Gosling) dan Cindy (Michelle Williams). Quote atau skrip kesukaan saya di dalam filem ini antaranya, “You always hurt the one you love. The one you shouldn’t hurt at all.”
He’s Just Not That Into You
Bagi saya ini adalah satu filem ‘wake-up call’ buat sesiapa yang terlalu berusaha untuk memenangi hati seseorang yang kadang-kadang kita tahu orang tersebut memang tidak menunjukan sebarang tanda yang dia mahukan kita. Mengapa haru terus mencuba walhal sudah tahu pengakhirannya. Jika anda berada dalam situasi begini, tontonlah filem ini, saya harap anda akan sedar yang cinta tak semestinya memiliki, tiba masanya kita harus berhenti mencuba. Filem ini dibintangi Scarlett Johansen, Ben Affleck, Jennifer Anniston dan Bradley Cooper.
Silver Linings Playbook
Ada sebab mengapa Jennifer Lawrence meraih Oscar menerusi kecemerlangan wataknya sebagai Tiffany di dalam filem ini. Ini antara filem yang ada dalam senarai all-time favourites saya kerana ia punya jalan cerita yang ‘positif’, yang memberi peringatan pada kita akan ada cahaya di hujung terowong, sama saja seperti judulnya pasti akan ada ‘silver linings’ pada tiap kesulitan.
La La Land
Jika anda bukanlah penggemar filem muzikal, tapi saya rasa anda boleh beri pengecualian itu buat filem ini. Filem ini mengajar saya adalah penting untuk kita punya seseorang yang percaya dan menyokong impian kita. Filem ini berkisar tentang Sebastian (Ryan Gosling) dan Mia (Emma Stone) yang berusaha mencapai cita-cita mereka dan dalam masa yang sama bergelut menyelamatkan hubungan mereka. Ini antara filem yang saya ulang tonton berkali-kali. Runut bunyinya kekal membuat saya sayu acap kali terdengar di mana-mana.