Bayangkan hari yang padat dengan kelas dan tugasan, cuaca panas membahang… tiba-tiba anda disambut dengan sebotol kopi sejuk menyegarkan, Cold Brew Latte atau Cold Brew Coffee, percuma pula tu! Itulah magis yang dibawakan oleh HWC Coffee dalam siri jelajah En Route To EH!xperience, dari 23 Jun hingga 3 Julai 2025, di 8 buah universiti seluruh Malaysia!
Siri jelajah paling ikonik tahun ini, En Route To EH!xperience x HWC Coffee yang berlangsung dari 23 Jun hingga 3 Julai 2025, inisiatif penuh tenaga ini menyaksikan kunjungan ke 8 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih seluruh Malaysia, membawa bersama semangat gaya, kecantikan dan aroma kopi premium khas dari HWC Coffee untuk generasi Gen Z.
Siri jelajah ini membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi mencuba produk kecantikan, jenama fesyen lokal, permainan interaktif digital dan penampilan selebriti serta pempengaruh media sosial yang menjadi inspirasi kepada generasi muda.
Kehadiran booth HWC Coffee di lapan lokasi memberi peluang kepada para pelajar untuk menikmati cold brew segar, sama ada latte berkrim atau kopi, sambil menyertai aktiviti EH! yang meriah.
Ia bukan hanya tempat untuk melepak, tapi ruang untuk berinteraksi, mencipta kenangan dan merasai pengalaman bersama rakan!
Di setiap lokasi, sebanyak 100 botol Cold Brew HWC Coffee diedarkan secara percuma kepada para pelajar yang hanya perlu:
- Follow Instagram @ehmalaysia
- Follow Instagram @hwccoffee.my
Dan boom! Segar, stylish dan caffeinated dalam sekelip mata!
Pilihan antara Cold Brew Latte yang berkrim lembut atau Cold Brew Coffee yang klasik dan kuat memang jadi kegilaan. Ramai pelajar yang terus berkongsi pengalaman ini di Instagram Story, siap dengan aesthetic flat lay di bawah sinaran matahari kampus!
Baca: EH!xperience x Kérastase, Jelajah Glaze, Gaya & Kampus Bersatu!