Fesyen dan dunia hiburan adalah dua lapangan yang erat bergandingan, bagai irama dan lagu masakan boleh dipisahkan. Begitu juga di gelanggang hiburan tanah air khususnya muzik, pereka fesyen pasti punya figura favourite yang sering menjadi motivasi dan inspirasi untuk mereka berkarya. Ini lima pereka fesyen terkenal bersama celebrity muse kesayangan mereka.
Dato’ Rizalman Ibrahim & Dayang Nurfaizah
Pereka dan jenama yang sangat sinonim dengan penyanyi dari bumi kenyalang ini. Queen D (nama panggilan penggemar setia Dayang Nurfaizah) dilihat sangat setia dengan rekaan dari Rizalman Ibrahim. Penampilannya di acara-acara besar dinanti, bukan hanya kerana suaranya yang hebat malah peminat mahu tahu apa gaya yang ditampilkan Dayang. Banyak rekaan Rizalman Ibrahim yang ikonik buat Dayang. Hubungan Dayang Nurfaizah dengan rumah fesyen Kuala Lumpur ini terus kekal sampai ke hari ini biar pin Dato’ Rizalman sudah melepaskan tanggungjawab sebagai pengarah kreatif kepada Faizul Luziaf untuk menyambung legasi.
Rizman Ruzaini & Jaclyn Victor
Rizman Ruzaini antara jenama fesyen yang banyak memakaikan selebriti lokal seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain termasuklah bintang antarabangsa seperti Lady Gaga. Namun jika ditanyakan siapakah penyanyi yang konsisten menggayakan busana rekaan duo ini ialah juara Malaysia Idol, Jaclyn Victor. Pelantun lagu ikonik ‘Gemilang’ itu acap kali dilihat menggayakan koleksi dan karya Rizman Ruzaini, baik acara kecil mahupun besar. Malah, Jac turut menggayakan dua persalinan di majlis perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini.
Melinda Looi & Aina Abdul
Saya boleh kata Melinda dan Aina Abdul adalah ‘made match in heaven’, kedua-duanya punya idea gila-gila dan sangat serasi. Apa yang Melinda zahirkan dibawa dengan sempurna oleh pelantun ‘Jangan Mati rasa Itu’ ini. Bagi saya kedua-duanya seakan memahami antara satu sama lain, mereka berkongsi radar kreatif yang sama. Melinda sering tampil dengan idea luar kotak, lazimnya sarat namun seiring dengan konsep yang mahu dibawa Aina ke atas pentas. Kolaborasi dua insan kreatif yang terus dinanti dari masa ke semasa.
AMAZAE & Ernie Zakri
Saya masih ingat lagi top off-shoulder yang Ernie gayakan pada tahun 2017 saat kami meraikannya di malam parti EH!TOP20 (waktu itu Ernie turut membuat persembahan). Itu antara look awal yang saya lihat kolaborasi antara Amaze dan Ernie. Ernie Zakri, tubuhnya petit namun berjaya tampah gah di atas pentas dengan karya pereka duo, Ammar dan Zeed. Rekaan Amazae sering saja menjadi teman Ernie di atas pentas khususnya di konsert dan juga di Anugerah Juara Lagu.
Michael Ong & Dato’ Sheila Majid
Michael Ong antara pereka busana pentas yang saya anggap sebagai genius. Dia bijak mengatur gaya buat bintang-bintang pentas seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain, Misha Omar dan satu bintang yang terus setia dengannya sampai ke hari ini ialah Dato’ Sheila Majid.Michael sering saja mereka gaun-gaun elegan buat diva jazz negara ini. Saya tak sabar untuk menonton konsert Sheila Majid hujung tahun ini, dan saya harap Michael Ong akan mereka busananya kerana bagi saya hanya Michael Ong yang faham figura petit Sheila Majid.
Hatta Dolmat & Yuna
“Thank you Hatta for being the older sibling I always wanted!,” tulis Yuna di ruangan komen dalam satu muat naik oleh Hatta Dolmat di media sosial. Hubungan Hatta dan Yuna bukan antara pereka dan selebriti semata, mereka memang akrab. Malah kolaborasi mereka pernah dipanjangkan menjadi satu koleksi fesyen. Selain untuk persembahan pentas, Hatta juga yang bertanggungjawab mereka busana perkahwinan Yuna tujuh tahun lalu.
Alia Bastamam & Scha Alyahya
Alia Bastamam punya barisan selebriti favourite (terdiri dari wanita yang elegan) seperti Neelofa dan Eyka Farhana (menggayakan busana Alia di hari perkahwinan mereka), namun saya lihat Scha Alyahya antara yang sangat sinonim dengan pereka ini. Alia Bastamam sering saja menjadi pilihan Scha, dan Alia juga setia meletakkan Scha sebagai figura penting baik sebagai penghias kempen, duduk di bangku hadapan di setiap pertunjukan termasuk menjadi muse di pentas peragaan seperti di Dubai Fashion Week. Gandingan Alia Bastamam dan Scha Alyahya berjaya mendefinisi apa itu keanggunan dalam nuansa new era!
BACA: MUA Pilihan Selebriti Malaysia, Siapa Paling On Demand?