Adakah millenials atau majikan perlu khuatir?
Maksud ‘Gen Z Stare’ merujuk kepada ekspresi wajah kosong, tanpa emosi, atau “poker face” yang sering diekspresikan oleh generasi Z, terutamanya semasa mereka menghadiri temu duga kerja, menghadiri mesyuarat atau berinteraksi secara profesional.
Ekspresi ini bertentangan dengan norma ekspresi sosial yang biasa bagi generasi sebelumnya, seperti milenial, yang cenderung menunjukkan senyuman, anggukan atau reaksi positif dalam situasi sosial dan profesional.

‘Gen Z Stare’ lebih gemar menampilkan ekspresi muka yang neutral atau “deadpan” sebagai simbol gaya, sindiran sosial, atau bentuk protes terhadap tekanan budaya.
1. Penat
Wajah tanpa ekspresi di tempat kerja, kelas online atau semasa makan. ‘Gen Z Stare’ penat sering mencerminkan keletihan mental dan emosi daripada burnout, tekanan hidup hingga rasa tidak bermaya tetapi dipaparkan secara senyap dan ‘cool’. Ia jadi cara pasif-agresif Gen Z untuk meluahkan rasa letih tanpa perlu berbicara panjang. Pendek kata, mereka tidak gemar bersuara atau complaint masalah peribadi.
2. IDGA…
Aku tak peduli! Contoh terdekat, seperti selfie dengan muka ‘straight face’ dalam situasi pelik atau dramatik. Gaya ini digunakan sebagai reaksi terhadap perkara yang membosankan, cringe atau keterlaluan. Ia bentuk sindiran terhadap drama sekeliling dan satu bentuk perlindungan emosi seakan berkata, “You don’t get to see me react.”
3. Melawan norma kecantikan
Generasi Z semakin menolak idea bahawa senyuman atau ‘aesthetic look’ itu wajib untuk dilihat menarik. ‘Gen Z Stare’ adalah bentuk penentangan terhadap piawaian kecantikan tradisional sekaligus meraikan keaslian dan ekspresi diri yang bebas.
4. ‘Don’t talk to me’
Gaya ini kadang-kadang menggambarkan kekeliruan identiti, keresahan hidup atau rasa hilang arah secara langsung Gen Z gemar bersendirian di satu masa dan mereka tak nak bercakap kerana tiada mood. Namun dalam dunia media sosial, ‘rasa kosong’ itu diubah menjadi estetika visual yang dianggap ‘deep’ dan relatable. Seperti muat naik gambar yang mengekspresikan situasi terkini.
5. Take it or Leave it
Ini antara ‘Gen Z Stare’ yang perlu dikhuatir kerana ia satu kenyataan yang terlalu jujur dan tidak bersembunyi. Bahawa mereka tak mahu berpura-pura bahagia atau sempurna. Ia adalah refleksi kejujuran diri dalam era di mana ramai ‘berlakon’ di media sosial. Gen Z memilih untuk tampil seadanya, walaupun dengan wajah yang nampak ‘kosong’.