Ada sesuatu yang memikat EH! Malaysia tentang Azeva Natassha.
Dilahir dalam keluarga seni, membesar dikelilingi kamera, set penggambaran dan pentas konsert, setelah interviu secara peribadi bersama gadis berusia 24 tahun ini, saya konklusikan, Azeva senang disapa dan sopan orangnya. Tulus dan dedikasinya saat ditemu ramah, membuatkan saya kagum dengan informasi kepetahan tentang dirinya.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Victoria University, Melbourne dengan major dalam Accounting dan minor dalam Banking & Finance, Azeva kini bersedia mengorak langkahnya dalam dunia seni.
Terbaharu, Azeva bergandingan dengan Aniq sebagai pasangan teraju utama dalam telefilem Bos Nak Cuti, terbitan A. Aida Production, yang kini disiarkan di Salam HD, Unifi TV.
Projek ini menjadi satu lagi langkah berani Azeva dalam menyeimbangkan dunia korporat dan seni, sesuatu yang jarang kita lihat dilakukan dengan begitu tenang dan yakin.
Azeva Natassha bersedia mencipta namanya sendiri, menjadikan “The Next Bold Move” lebih daripada sekadar tagline.
1. Tiga perkataan menggambarkan siapa ‘Azeva Natassha’?
berdedikasi, berinisiatif, dan berdisiplin
2. Apa yang mendorong Azeva menceburi diri dalam bidang lakonan?
Sejak kecil lagi, saya memang minat dengan dunia kreatif. Rasa seronok bila tengok macam mana sesuatu cerita boleh dihidupkan di skrin.
Bagi saya, lakonan adalah medium yang sangat berkuasa untuk menyampaikan emosi dan mesej kepada penonton. Saya sukakan cabaran mencuba watak-watak berbeza sebab setiap satu ada karakter dan emosi yang unik.
3. Bagaimana rasanya membesar dalam keluarga seni dengan ibu bapa yang terkenal dalam industri hiburan?
Saya rasa sangat bersyukur kerana membesar dalam keluarga seni yang penuh dengan pengalaman berharga. Dari kecil, mama selalu bawa saya ikut ke set penggambaran dan studio, sementara papa pula rajin ajak saya ke konsertnya.
Semua itu secara tak langsung membuka mata saya tentang dunia hiburan. Saya belajar bagaimana nak membawa diri dengan baik, menjaga disiplin dan menghargai setiap usaha keras yang berlaku di sebalik tabir untuk menjayakan sesuatu karya.
4. Apakah satu nasihat paling ‘terkesan’ dari mama atau papa yang Azeva pegang sampai hari ini?
Nasihat yang paling saya ingat sampai hari ini datang daripada mama. Dia selalu pesan, ‘Always be yourself, dont be fake & jangan buat jahat dekat orang.’
Mama selalu ingatkan saya bahawa buat baik bukanlah untuk nampak baik di mata orang, tapi kerana kita tahu siapa diri kita yang sebenar. That stuck with me & I live by it.
5. Apakah tiga item kecantikan atau fesyen yang Azeva Natassha MESTI ada?
Tinted lip serum, compact powder dan jacket atau cardigan!
Dua yang pertama tu memang penyelamat kalau nak cepat touch up. Jacket pula bukan semata-mata untuk gaya, tapi sebab saya jenis cepat rasa sejuk hahaha jadi memang wajib bawa ke mana-mana.
6. Tiga karakter lelaki Azeva Natassha suka …
Saya suka lelaki yang ada wawasan hidup dan tahu dengan jelas apa yang dia nak capai.
Saya juga tertarik dengan lelaki yang family-oriented, yang betul-betul menghormati wanita.
Aaa! Lagi satu, saya rasa penting untuk ada keseimbangan, maksudnya si dia boleh serius bila perlu, tapi tetap ada sisi chill dan fun!
7. Tiga fakta menarik tentang Azeva Natassha yang ramai tak tahu …
Ramai tak tahu sebenarnya saya budak Accounting, memang minat kira-kira dan apa saja yang ada kaitan dengan matematik.
Selain tu, saya pernah kerja di sebuah kedai buku besar sebab memang suka membaca hahaha dan nak rasa suasana dikelilingi buku setiap hari. Lagi satu fun fact, saya pernah jadi barista dan yes, I can still make decent latte art!
Bonus! Fun Side of Azeva Natassha
- Anak kedua daripada tiga beradik.
- Double Life: Bekerja sebagai akauntan sepenuh masa, namun tetap aktif berkarya dalam seni apabila peluang datang.
- “Tidak lengkap minggu Azeva tanpa pilates, gym atau spin class!” katanya, itu cara dia recharge tenaga.
- Hobi Azeva waktu lapang ‘Bookworm Barista’, dirinya suka membaca dan pernah menjadi barista. Ps latte art masih on point okay!
- “I’m just a girl… Sushi dan ayam gepuk adalah ‘comfort food’ nombor satu! Hahaha”
- Merupakan anak kepada penerbit terkenal, A. Aida, yang pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kumpulan Spring, Ameng.