Kalau rambut boleh bercakap, mungkin ia kecewa. Mana tidaknya, diam-diam menanggung sisa hair dye tahun lepas yang sudah pudar warnanya atau trauma alat haba dan hari-hari rambut dibiarkan kusut tanpa disikat. Tapi percayalah, dengan produk yang tepat dan rutin yang konsisten, anda masih sempat menebus kepercayaan rambut anda. Berikan ia peluang kedua untuk bersinar dan sihat seperti yang sepatutnya.
Sudah tiba masanya kita berhenti menganggap penjagaan rambut sekadar mencuci dan menyikat semata. Tahun 2025 ini telah menyaksikan revolusi sebenar dalam dunia haircare, apabila formula biomolekul berteknologi tinggi bukan sahaja membina semula setiap helaian seakan magik malah menghidupkan kembali rambut yang rosak dan kusam. Kini, penjagaan rambut adalah satu bentuk self-care. Ia hadir dalam tekstur dan aroma yang memberikan hasil seolah-olah baru keluar dari sesi rawatan di salon mewah
EH! telah menyisir ratusan produk dari yang viral di internet hingga ke kegemaran hairstylist selebriti. Kami mencuba, meneliti dan inilah senarai produk penjagaan rambut terbaik setakat ini yang wajib ada dalam rutin anda. Kalau rambut boleh bercakap, ia pasti berterima kasih.
1. K18 Leave-In Molecular Repair Hair Mask
Ada sebab kenapa K18 sering dinobatkan sebagai holy grail dalam dunia penjagaan rambut. Disahkan pula keberkesanannya oleh hairstylist selebriti popular, Chris Appleton, stylist kepada Kim K dan J.Lo. Selain diperkaya dengan peptida biomimetik, K18 ini mampu menembusi batang rambut dan membina semula kerosakan dalaman hanya dalam empat minit. Ramai pengguna memanggilnya magic in a bottle kerana teksturnya ringan, tidak melekit, dan tidak perlu dibilas cukup satu pam selepas mencuci rambut dan biarkan ia bekerja. Hasilnya, rambut anda akan lebih kuat, lembut, dan kembali bersinar.
2. Briogeo Don’t Despair, Repair! Deep Conditioning Mask
Nama pun sudah cukup meyakinkan Don’t Despair, Repair! dan mask dari Briogeo ini memang terbukti menjadi penyelamat ketika rambut kering, rapuh dan hilang sinarnya. Secara peribadi, saya sendiri sudah menghabiskan satu tube dan dengan jujur boleh katakan ini antara produk yang benar-benar memberi hasil yang memuaskan. Helaian rambut terasa jauh lebih lembut, senang diurus, dan kelihatan bersinar seolah-olah baru lepas rawatan di salon, walhal hanya rawatan ringkas dari rumah. Paling penting, ia senatus peratus vegan serta bebas sulfat, paraben dan silikon menjadikannya pilihan selamat dan berkesan untuk semua jenis rambut.
5. Olaplex No.4 & No.5 Bond Maintenance Shampoo & Conditioner
Dua produk ini ibarat pasangan duo yang wajib anda miliki terutamanya buat anda yang kerap bleach, warnakan rambut atau sering menggunakan alat haba. Rambut yang terdedah kepada semua ini memang mudah rapuh dan rosak dari dalam dan itula sebabnya kenapa best duo ini memainkan peranan penting. Dengan teknologi eksklusif Bond Builder, Olaplex No.4 & No.5 bekerja dari dalam memulihkan rambut yang rosak dan melindungi daripada kerosakan yang akan datang, menjadikan rambut lebih kuat setiap kali dicuci. Syampunya membersih dengan lembut tanpa mengeringkan, manakala perapinya pula memberikan kelembapan yang cukup.
4. Kérastase Gloss Absolu
Walaupun Gloss Absolu masih baharu dalam keluarga besar Kérastase, rangkaian ini telah membuktikan statusnya sebagai game changer buat mereka yang dambakan kilauan maksimum tanpa mengorbankan kesihatan rambut. Saya sendiri telah mencuba keseluruhan siri ini daripada syampu, perapi, hinggalah ke serum dan setiap satu daripadanya memainkan peranan penting dalam memulihkan struktur rambut. Diformulasi dengan teknologi Hydra‑Glazing, ia menggabungkan hyaluronic acid untuk menarik dan mengekalkan kelembapan. Pendek kata, Gloss Absolu bukan sekadar cantik di luar, tetapi juga menyihatkan dari akar hingga ke hujung.
5. Ouai Hair Gloss
Tidak lengkap rasanya bercerita soal penjagaan rambut tanpa menyebut jenama satu ini. Ouai memang terkenal sebagai jenama pilihan selebriti, dan Hair Gloss mereka sering menjadi bualan ramai. Ia merupakan rawatan kilauan intensif yang memberi efek glass-like shine setanding rawatan profesional. Diperkaya dengan hyaluronic acid, rice water dan panthenol formulanya bekerja dari akar hingga ke hujung untuk melembap, menguatkan serta melindungi rambut daripada kerosakan haba sehingga 232°C. Gunakan selepas syampu, ini adalah shortcut kepada glass-hair look yang effortless!
Artikel Berkaitan: Trend Rambut Cloud Curls Pilihan Selebriti Yang Anda Patut Cuba!