Kali terakhir Hawa Rizwana menjadi cover girl EH! adalah sewaktu awal-awal dia disunting sebagai pengacara Meletop. Selepas beberapa tahun bersiaran secara live setiap hari Selasa, pastinya banyak pengalaman yang membuka mata dan jiwa wanita yang sedang membilang hari untuk meraikan hari lahir ke-30 pada bulan September nanti.
“Pengalaman di Meletop dalam lebih tiga tahun ini mengajar saya menjadi seorang yang lebih fleksibel lebih-lebih lagu dengan uncertainties and surprises. Apa-apa saja boleh jadi kerana ia sebuah program live. Sebanyak mana pun kita study tentang tetamu yang datang, siap sedia dengan semua soalan dan kita dah letakkan expectation tapi… ada masanya apa yang terjadi bukan seperti dirancang, kadang-kadang terjadi guest tak datang,” kongsi Hawa.
”Dari segi peribadi pula, pengalaman ini mengajar saya untuk stay calm, usah terganggu dengan emosi sendiri. Kita sebagai manusia mesti ada hari-hari dan masalah yang menganggu perasaan kita.”
Ikuti catatan temubual saya dan Hawa yang berlangsung di kamar bersolek beberapa jam sebelum Meletop bersiaran secara live dari studio 1 di pejabat Astro yang terletak di Bukit Jalil.

Bekerja dengan nabil, apa yang Hawa belajar?
Dengan Nabil saya belajar untuk enjoy the show, untuk have fun dan hanya go with the flow. Dia juga mengajar saya untuk buat sesuatu lebih ekstra dan berbeza lagi-lagi bila kita ada guest yang pernah kita interviu sebelum ini.
Selepas beberapa tahun, dalam skala 10, Hawa di skala berapa? Apa yang ingin diperbaiki?
Dalam 10 saya letakkan diri saya di skala tujuh kerana banyak benda yang perlu saya pelajari dan baiki. Saya masih baru, belum puas dan saya masih belum selesa sepenuhnya. Which is good kerana jika saya sudah berasa selesa saya akan mula fikirkan apa arah tuju saya seterusnya. What’s next? Kerana saya tak suka dengan kehidupan dan kerjaya yang mendatar. Saya mahu belajar lagi dan interviu lebih ramai orang lagi.
Apakah pengalaman atau insiden yang paling menguji kesabaran sepanjang berada di dalam industri?
Dalam bidang ini akan selalu ada perkara yang berubah di saat akhir. Sebanyak mana pun kita buat persiapan benda last minute itu akan ada, yang mana lama-lama kita dah terbiasa. Awal-awal dulu ya, ia seakan menguji tapi tidak lagi hari ini. Bagi saya bila orang tak menghormati kita itu yang lebih menguji sebenarnya.
Hawa baca komen di media sosial? Bagaimana reaksi selalunya?
Orang kata jangan baca, tapi sebagai manusia tipulah kalau saya kata saya tak nampak atau terbaca. Tipulah kalau terbaca komen negatif ia tak affect emosi saya. Satu dua komen is fine, tapi kalau banyak komen bercakap benda yang sama mesti ia menganggu. Tapi saya tak boleh ignore komen-komen ini kerana saya tak boleh overconfident apa yang saya buat betul. Saya ambil kira untuk perbaiki mana yang kurang. Tidaklah hari-hari kita optimistik untuk terima negativiti tapi ia membuat saya lebih kuat biar pun ada yang negatif.
Masa kita shoot tempoh hari, Hawa ada kata your parents tak berapa menggalakkan Hawa berlakon. Agaknya kenapa dan bagaimana Hawa yakinkan mereka?
My mom tak berapa suka pada awalnya, ayah lebih supportive and he told me kalau betul serius nak berlakon, masuk teater kerana baik lokal atau antarabangsa, pelakon yang bagus ada experience in theatre untuk perbaiki acting skills. Mungkin mereka lebih terbuka dan menyokong bila saya buktikan yang saya boleh menjaga dan membawa diri dalam industri. Mereka juga mula datang menonton saya berlakon teater dan tengok drama-drama saya.

Hawa punya kelulusan di peringkat sarjana, apa perancangan yang mahu digunakan dengan kelulusan yang ada?
Dari dulu memang ada dalam plan saya untuk menjadi pensyarah. Mungkin kerana saya datang dari latar belakang yang ramai menjadi cikgu dan pensyarah, jadi itu adalah jalan yang saya nampak di masa depan. Ayah saya lecturer and my mom seorang guru, grandparents pun cikgu.
Dulu bila tamat belajar dan habis internship saya plan nak sambung terus master, tapi my lecturer suruh kerja dulu, beri masa setahun, kemudian boleh sambung master kalau nak. And I think timing was right, masa saya sambung master kebetulan covid, jadi setahun pergi kelas, setahun lagi belajar dari rumah saja. Untuk guna kelulusan yang ada di masa depan, ya ada. Bila tiba masanya nanti untuk saya give back to community.
Tahun ini Hawa lancarkan jenama sendiri, dan bermula dengan koleksi tudung. Apa yang Hawa belajar dari pengalaman awal ini dan apa yang Hawa harap Hawa boleh lakukan dengan lebih baik untuk jenama ini?
Growing up saya harus akui yang saya adalah seorang yang nak buat macam-macam benda. Mungkin kerana saya curious kot dan ada banyak interest dan macam-macam hobi. Dari menguruskan jenama sendiri ni saya sedar saya kena fokus. Saya ada banyak benda yang saya nak buat, jadi fokus itu kadang-kadang kurang. Saya perlu masa. Saya bermula dengan team yang kecil, saya pun ada kerja full time dan bisnes perlukan banyak planning.
Bila saya mula dulu saya rasa saya kena buat sekarang, I started small but I have bigger dreams. Saya mulakan dengan tudung dulu. Apa yang saya belajar ialah buat dulu, sebanyak mana pun kita fikir dan plan, kita takkan tahu kesilapan kita kalau tak buat apa-apa. Kita akan takut-takut.
Apa perancangan terdekat untuk Hawa Rizwana & Co?
Sesuatu yang lebih vibrant.
Hawa berbintang Virgo, berdasarkan apa yang Hawa baca dan dibandingkan dengan diri sendiri, ada yang betul?
Very accurate kerana orang-orang Virgo yang saya kenal atau tahu adalah orang yang suka plan dengan apa yang dia nak buat.
Beyonce?
Ya, Beyonce (kami ketawa). Virgo orang yang sangat analytical, suka plan, suka buat pro and cons, seorang yang mementingkan kesempurnaan. Perfectionist itu adalah benda yang saya tak berapa suka sangat kerana disebabkan kita nak semua benda sempurna, perfect timing juga jadi bila kita buat ia dah terlambat and boleh jadi tak buat langsung.
Kadang-kadang kita terlalu bersedia dan banyak fikir, kita tak nampak peluang lain yang mungkin datang. Terlalu fokus pada baik dan buruk sesuatu benda pun tak bagus kerana kita terlalu tumpu pada masalah sampai tak fikirkan solution.

Apakah perkara yang membuatkan Hawa teruja kebelakangan ini?
Saya akan ke Milan untuk short course tak lama lagi. I’m so excited because I never been to Milan or Italy.
Itu hal yang akan berlaku, tapi apakah perkara yang akan buat Hawa excited everytime you get chance to do?
Bila dapat cuti beberapa hari. Like recently selepas sebulan kerja back to back akhirnya saya dapat berehat, unfortunately I fall sick. Apa yang buat saya gembira bila dapat cuti panjang, sekurang-kurangnya empat hari jadi dapatlah buat spring cleaning, kemas rumah dan macam-macam lagi.
Hari itu kita terserempak masa hiking, dan Bids Tengok Hawa hiking seorang diri. Memang selalu begitu?
Itu kali ketiga saya hiking sorang-sorang sebenarnya. Tapi bagi saya hiking dan running seorang diri tak berapa selamat. Tapi saya memang enjoy workout seorang diri. You know, kerja saya memerlukan saya berjumpa ramai orang, sama juga dengan berlakon, dan kerja saya banyak involve talking. Jadi, workout adalah my me time, sama juga dengan driving.
Apakah benda yang dulu Hawa selalu buat tapi sekarang tidak lagi kerana sibuk dengan kerja?
Sebenarnya hari ini saya dapat buat lebih banyak benda berbanding dulu. Saya bekerja awal, habis belajar terus kerja. I had full time job sebagai wartawan dan pembaca berita, dalam masa yang sama juga mengacara Wanita Hari Ini, kemudian sambung belajar.
Bagi saya sesiapa saja pada usia awal 20-an adalah waktu yang kita nak buktikan kita boleh buat macam-macam benda. Kerjalah 24 jam sekalipun, tak apa. Tak ambil annual leave pun tak apa, kita nak kerja saja. Bila masuk Meletop saya ambil masa beberapa tahun untuk fit in. Jadi saya rasa masa sekarang saya ada lebih banyak masa untuk buat apa yang saya nak buat.
Bagaimana Hawa meraikan small wins?
Pergi massage, chilling with friends and workout.
Tahun ini Hawa mencecah 30 tahun, apa ekspetasi Hawa bila melangkah masuk ke era baru ini?
Untuk percaya pada apa saja pilihan yang saya buat. Not second guess my decision. Kalau dulu saya akan tanya pendapat ramai orang kerana macam saya cakap tadi saya agak analytical. But I think I’ve done that in my 20’s. Kita pun dah lalui banyak perkara dan belajar macam-macam dari pengalaman. Saya harap bila dah masuk 30 saya akan lebih tenang dan tak cepat melatah.
Sebelum masuk ke usia tiga dekad ini, menoleh sedikit ke masa silam, ada apa-apa yang Hawa ingin perbaiki atau wish you could do better?
Saya bersyukur dengan apa saja yang berlaku sebelum ini, tapi kalau ada benda yang I wish I could do differently, kalau dulu ada benda yang saya tak selesa untuk buat, saya kena cakap. Dulu saya people pleaser. Hari ini kesihatan mental saya lebih penting.
Menerusi banyak temubual sebelum saya dengan selebriti sebelum ini, ramai yang meletakkan ‘to be happy’ sebagai life goals mereka. Bagi Hawa, apa itu happy?
Right now saya sedar kalau saya happy sorang-sorang tapi kalau orang sekeliling saya tak happy dengan kehidupan mereka atau tak sihat ke, I can’t be really happy. To have people around me feel content, to feel enough and happy, itu yang penting untuk saya berasa gembira. I don’t know but making other poeple happy makes me happy, dan saya cuba lakukan itu semampunya. I dont want make everything about me all the time.
Okey soalan terakhir hari ini, jika Hawa boleh namakan individu yang betul-betul memahami Hawa, yang menjadi orang tempat Hawa bercerita, siapa?
Ermm… hahaha (Hawa ketawa). Okey saya harap tak ada orang terasa, saya rasa my sister in law. Saya selalu ke rumah abang untuk berjumpa dengan anak sedara saya, dan itu buat saya feel connected dan rapat dengan kakak ipar saya. Dia selalu banyak mendengar, dan bila-bila kita berjumpa kita akan ada sharing session.