Sekilas pandang, anda mungkin keliru. Dua wajah sama, dua senyuman manis, namun personaliti yang berbeza. Tengah seronok scroll media sosial, tiba-tiba muncul senyuman yang terasa familiar. Namun, bila melihat nama handle yang berbeza, anda berasa pelik, besar kemungkinan itu adalah kembarnya. Gadis Capricorn yang dikenali dengan panggilan Aina Lee ini bukan sahaja manis di depan kamera, malah memiliki aura yang membuatkan setiap kemunculannya di media sosial terasa autentik. Sedang menuntut dalam jurusan Mass Communication di UiTM Shah Alam, Aina gemar menghabiskan masa bersama Kindle kesayangannya, sementara hujung minggu pula menjadi momen dimana dia menghabiskan masa memasak bersama kembarnya.

1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apakah yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rutin cantik anda dengan pengikut di media sosial?
Saya gemar bereksperimen dengan produk penjagaan kulit dan make up sejak di bangku sekolah menengah lagi! Minat ini bermula sebagai hobi peribadi bersama kembar saya. Apabila saya mula berkongsi di media sosial, barulah saya sedar ramai yang terhubung dengan reviu jujur dan real rutin. That’s what keeps me creating! membantu orang lain mencari apa yang membuatkan mereka rasa yakin, glowing dan real.
2. Apakah tips anda untuk menjaga kecantikan kulit ketika travel?
Saya sentiasa memastikan diri kekal hidrat, tidak pernah skip SPF, dan membawa my must-have skincare minis. Setiap kali bercuti, saya pasti akan membawa Caudalie Vinoperfect Dark Spot Serum! Ini adalah rahsia kulit saya kekal cerah. Saya juga tidak lupa membawa face mist yang melembapkan untuk memberi kesegaran segera ketika dalam penerbangan. Memang penyelamat kulit!
3. Apakah tiga produk kecantikan yang wajib ada dalam beg tangan anda setiap hari?
Sudah tentu face mist kegemaran saya iaitu Caudalie Beauty Elixir, krim tangan, dan lip gloss!
4. Jenama kecantikan lokal yang anda rasa setaraf antarabangsa?
I gotta say it’s PALOMA!

5. Kalau boleh cipta produk kecantikan sendiri, apa yang akan anda hasilkan?
Produk impian saya pastinya serum pencerah kulit yang serta-merta memberi efek seperti baru lepas membuat facial. Ringan, tidak melekit, dengan kilauan lembut keemasan yang sempurna digunakan di bawah solekan.
6. Pernah atau tidak anda alami “skincare disaster”?
Of course! Siapa yang tidak pernah kan? Tetapi saya tidak akan sebut jenama produk tempatan itu haha! Itu adalah pengalaman ngeri untuk saya. Nasib baik sekarang semuanya sudah okay, terima kasih kepada pakar dermatologist saya!
7. Apa beauty splurge paling mahal yang pernah anda beli dan adakah ia berbaloi?
Haruman mungkin adalah ultimate splurge saya. Saya sudah mengumpul koleksi wangian yang agak banyak dan sejujurnya saya memang seorang pencinta tegar minyak wangi. Setiap botol sangat berbaloi untuk dimiliki. But my poison is ROSE ROUGE dari Van Cleef!
8. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
I have reminders of past compliments, achievements, and good moments. Jadi, bila saya melalui hari-hari sukar, saya akan kembali membacanya untuk menguatkan semangat.

Artikel Berkaitan:Chit-Chat Cantik: Sabrina Azmi